Pada pagi hari kedua di kota Medan, kami ke Tjong A Fie Mansion. Sebuah rumah agam berusia lebih 120 tahun milik seorang tokoh filantropi bernama Tjong Fung Nam yang juga lebih dikenali sebagai Tjong A Fie.
Sejarah Ringkas Tjong A Fie
Tjong A Fie berasal dari tanah besar China. Pada tahun 1880 ketika berusia 18 tahun, beliau telah berlayar dan tiba di Labuhan Deli, Sumatera Utara, Indonesia. Beliau memulakan hidup sebagai pekerja bawahan sehingga akhirnya berjaya memiliki perkebunan dan pelbagai bisnes. Ini menjadikan beliau seorang tokoh penting di Medan.
Tjong A Fie meninggal dunia pada tahun 1921. Beliau dikenang sebagai individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat setempat.
Rumah agam milik Tjong A Fie mula dibina pada tahun 1895 dan siap pada tahun 1900. Rumah dua tingkat yang memiliki banyak ruang/bilik ini merupakan kediaman beliau bersama isteri ketiga dan anak-anak mereka.
Rumah tersebut kini dijadikan sebuah muzium bagi orang ramai menyaksikan sendiri sejarah dan pengaruh Tjong A Fie. Sewaktu kunjungan kami ke sini, kami dimaklumkan bahawa sebahagian rumah ini masih didiami oleh salah seorang cucu beliau.
Jom kita lihat foto-foto sekitar rumah agam Tjong A Fie :
Tjong A Fie Mansion terletak di Jalan Jenderal Ahmad Yani, Kesawan, Kota Medan.
Setelah melewati sebuah pintu gerbang berwarna hijau, kami tiba di perkarangan rumah Tjong A Fie. Melihat seni binanya, saya terasa bagai berada di zaman lalu (berdasarkan tontonan drama seperti ‘The Little Nyonya’).
Pintu masuk rumah. Sebelum masuk, kami membayar tiket di kaunter yang terletak di sebelah kanan.
Tiket lawatan. Selepas mendapatkan tiket masuk, staf berkenaan bertanya sama ada kami mahu melawat sendiri atau perlukan tour guide. Kami memilih lawatan bersama tour guide. Lebih mudah dan lebih seronok mendengar penerangan dari tour guide. Lagi pula bukan setiap ruang/barang ada disediakan info bertulis.
Kami dibawa melawat setiap ruang oleh tour guide - seorang perempuan muda (mungkin berbangsa Cina). Penerangan diberi dalam bahasa Indonesia.
Ruang tengah rumah tanpa bumbung untuk menerima kemasukan cahaya sebagai simbol rezeki masuk, ciri-ciri rumah mengikut kepercayaan feng shui. Lebih kurang begitulah yang saya faham. Selesai bercerita berkenaan ruang ini, tour guide menawarkan diri untuk mengambil foto kami di sini. Encik suami tak mahu, maka saya seorang jelah berfoto di ruang yang menarik ni.
Hiasan gantungan pelbagai saiz, corak dan warna memberi suntikan elemen ceria di rumah lama ini.
Ruangan luas di lantai atas untuk majlis tarian. Langit-langit rumah daripada papan dengan motif pepatung. Tentu ada simbolik disebalik pemilihan serangga tersebut.
Berkenaan perabot yang ada, sebahagiannya merupakan tinggalan sejak zaman dahulu.
Ruang dapur masak.
Potret Tjong A Fie.
Entah berapa bilik/ruangan ada di rumah agam ni. Lupa saya nak bertanya. Di bahagian ini juga terdapat sebuah telaga yang masih berfungsi sehingga ke hari ini.
Lawatan berakhir apabila kita tiba di pintu ini.
Foto-foto di atas hanyalah sedikit daripada apa yang kami lihat. Tour guide membawa kami ke bilik-bilik tidur, ruang kerja, ruang menyambut tetamu, galeri sejarah, ruang makan dan ruangan lain yang terletak di lantai bawah dan lantai atas rumah dua tingkat ini. Tetapi bukan semua ruangan dibuka untuk lawatan, mana-mana yang bertutup pintu tu tak boleh masuklah ya. Juga tak semua ruangan kita boleh ambil foto.
Lawatan bersama tour guide tamat sekitar 30 minit saja, maklumlah yang di bawa melawat cuma kami berdua. Selepas itu kami sambung melihat-lihat sendiri rumah ini. Kami ambil masa agak lama di ruang galeri, meneliti deretan foto & info tertera berkenaan bisnes-bisnes yang dijalankan, hubungan baik Tjong A Fie bersama Sultan Deli dan pelbagai sumbangan beliau kepada masyarakat.
Setelah melihat sendiri sejarah Tjong A Fie, ada beberapa perkara yang dapat kami simpulkan tetapi tak perlulah dinyatakan di sini. Benarlah, sejarah adalah jendela masa lalu untuk kita memahami situasi semasa.
Berbaloi atau tidak kunjungan ke sini? Dengan harga tiket Rp. 35k saya terasa agak mahal dan kurang berbaloi. Tetapi tak banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi di kota Medan ini, lawatan ke Tjong A Fie Mansion menjadi sesuatu yang menarik bagi memenuhi itinerari. Selain dapat melihat tinggalan sejarah seorang tokoh di Medan, dapat juga saya merasai suasana berbeza berada di dalam rumah agam berusia lebih 120 tahun dengan seni bina klasik.
.
biarpun harga tiket masuknya agak mahal tapi berbaloi juga dpt info & rasa sendiri feeling aura rumah lama begitu indah hasil nya :)
ReplyDeleteCantiknya rumah agam ni, lebih kurang macam heritage mansion di Pulau Pinang kan Kak Ujie. Saya pernah menginap di The Edison Georgetown, lebih kurang macam ni la design rumah agam The Edison tu.
ReplyDeleteOoh...tak tau sebab belum jalan-jalan tempat menarik di Georgetown 😅
DeleteTapi masa buat entri ni akak ada buat carian, katanya Tjong A Fie Mansion ni lebih kurang Pinang Peranakan Mansion di Georgetown. Katanya mereka ada hubungan saudara. Dan lagi, yang di Penang ni jadi antara lokasi penggambaran drama bersiri The Little Nyonya.
Lawa kak. Mahal pun berbaloi. ;)
ReplyDeleteMemang menarik binaan rumah ini. Lama juga menyiapkannya sampai memakan masa lima tahun! Ada keunikannya yang tersendiri, menterjemah budaya hidup era lampau.
ReplyDeleteRumahnya masih dipelihara dengan baik.
ReplyDeleteBagus juga dibuat muzium untuk tatapan generasi muda.
Kak, saya yang orang Medan saja tak pernah ke rumah museum Tjong a fie ini 🤣🤣. Tapi setidaknya setelah baca tulisan Kaka, saya jadi tahu dalamnya seperti apa 😅
ReplyDeleteSejarah seperti ini memang kadang menarik, kadang biasa aja. Saya tak terlalu suka museum yg hanya bercerita kisah masa lampau sebenarnya.
Tapi walo yang di Medan ini saya belum pernah DTG, tapi saya pernah ke Heritage mansion di Penang 🤣. Tuh lah memang, yang di negeri sendiri belum pernah liat, tapi yang di negara orang malah sudah 😄. Menarik juga yang di Penang tuh. Hampir sama rasanya dengan rumah Tjong a fie.
Biasa begitu kan...saya sendiri belum pernah pergi yang di Penang 😆
Deletecantikkkk...klasik & vintage...rasanya senibina baba&nyonya ni lbh kurang sama..pernah gi Penang Peranakan House & Cheong Fatt Tze (Blue House), macam ni jugalah senibinanya....ruang dapur tu...teringat drama The Little Nyonya...banyak scene masak2 kat dapur macam ni..
ReplyDelete