The Coffee Crowd merupakan tempat makan pertama kami sebaik tiba di kota Medan, Indonesia. Ia terletak di Centre Point Mall yang berada cuma di seberang jalan Stasiun Medan. Jadinya ia menjadi tempat makan kami semasa tiba di Medan dan sebelum meninggalkan Medan dengan menaiki tren KAI Bandara di Stasiun Medan.
Ada bermacam pilihan menu, memang keliru nak memilih. Mujur juga kami berkunjung ke sini sebanyak dua kali, dapatlah mencuba menu berbeza. Kecuali minuman, encik suami tetap setia memilih jus avocado.
Tengok buku menu, semuanya nampak sedap.
Ada nama menu yang asing - Nasi Prang. Kena cuba ni…
Jus kedondong dihidangkan bersama air gula. Memang masam sungguh jus kedondongnya, mungkin memang tak letak gula. Kita campur sendiri air gula mengikut cita rasa. Bagus juga begini, bolehlah sesuaikan tahap manis yang kita mahu.
Pisang goreng keju coklat. Terkejut saya tengok bukan main banyak kejunya. Isi pisang rasa tawar, sesuailah dimakan dengan salutan coklat dan juga keju. Sedap!
Mie Rebus pilihan encik suami. Dihidangkan bersama dua jenis keropok - keropok belinjau dan satu lagi yang ada warna merah tu saya tak tahu panggil keropok apa. Kuahnya pekat dan agak berlendir. Saya cuba merasa sedikit, tetapi nampaknya tak kena dengan cita rasa saya. Tapi ok saja pada encik suami, habis dimakan.
Gado-gado pilihan saya. Dihidangkan bersama sambal hijau. Sambal tu memang pedas pada deria rasa saya, jadinya saya ambil sedikit je.
Nasi Sop Buntut Kuah pilihan encik suami. Sop Buntut kalau di tempat kita panggil Sup Ekor. Dihidangkan bersama nasi putih, keropok belinjau, sambal kicap dan sambal hijau.
Ada kisah lucu di sini! Kisahnya, pinggan berisi kuih-muih (ada kuih nagasari dan satu lagi tu lupa namanya) diletakkan di meja sebaik saja kami duduk di kerusi. Kuih-muih tu tak ada dalam buku menu, kalau kita makan barulah dikira dalam bil.
Selepas kami siap membuat pesanan, dihantar lagi satu pinggan dengan makanan berbungkus seperti bungkusan tapai. Teringin jugak nak merasa tapai di Medan, sebelum makan encik suami bertanya kepada pelayan kedai. Jawabnya - Nasi Kucing. Oh, ok bukan tapai 😅
Selepas itu minuman yang dipesan pun tiba, diikuti dua hidangan lainnya. Makan punya makan sampai dah nak habis semua, tapi satu lagi makanan masih belum tiba iaitu Nasi Prang. Encik suami bangun ke kaunter bertanyakan Nasi Prang yang masih belum kami terima. Rupa-rupanya…
Nasi Kucing itulah Nasi Prang 😂. Macam manalah kami nak tahu, di menu tulis Nasi Prang tapi tadi bila tanya dengan pelayan kedai dijawabnya Nasi Kucing. Keliru.
Marilah kita cuba makan Nasi Prang. Tadi kan dapat dua bungkusan. Ini bungkusan pertama. Comel je isinya, beberapa suap habis dimakan 😄
Apa ada dalam bungkusan Nasi Prang? Nasi putih, kacang panjang tumis, sambal tempe, sambal merah dan potongan kecil ikan. Nasinya terasa seperti kita makan nasi dagang. Sedap semuanya, sesuai selera saya. Ditambah pula dengan aroma daun pisang, memang membuat saya buka satu lagi bungkusan Nasi Prang.
Oh, rupanya satu lagi bungkusan berbeza sedikit lauknya. Potongan kecil ikan berganti dengan hirisan telur dadar.
Selepas itu barulah saya tahu bahawa Nasi Prang merupakan makanan khas Medan. Nasi Prang merupakan nasi dalam bungkusan dengan porsi kecil. Jadi kenapa pelayan kedai tadi sebut Nasi Kucing? Itu kerana di sesetengah tempat lain di Indonesia nasi seperti ini dikenali sebagai Nasi Kucing. Ini info yang saya dapat hasil carian internet, kalau salah boleh betulkan ya.
Semua foto makanan di atas bukan kami makan dalam satu kunjungan saja tau, tapi dua kali. Tiada foto - jus avocado, jus mangga dan tempe goreng. Tempe gorengnya juga sedikit berbeza, macam ada salutan tepung tebal tapi lembut dan garing di luarnya. Dimakan bersama sambal kicap yang ditabur bawang goreng rangup, memang rasa nak menambah. Tapi tak bolehlah kan, makan jangan berlebihan.
Salam Ujie....jauh ke seberang perginya....have a nice trip...
ReplyDeleteWa salam Angah...seberang yang dekat je ni 😀
Deletemungkin namanya nasi kucing sebab portion kecik sesuai utk kucing kot hehe. byk menu yg di order kak ujie dan suami, semua sedap2 belaka.
ReplyDeleteMungkinlah...mula tu ingat silap dengar - nasi kucing 😄
DeleteTu semua gambar order dua kali datang.
unik2 namanya kak...sup buntut tu pun kelakar aje namanya,tapi nampak semuanya menarik nampak sedap
ReplyDeleteMujur order cara tulis sendiri atas kertas, kalau tak memang segan2 kita nak sebut sup buntut tu 😄
Deleteohhhh kenapa la dipanggil nasi kucing ye kak rupanya sebab kecil2 gitu... banyak istilah yang kita kena paham ni. Mereka suka singkatkan perkataan itu kadang kita tak paham juga. Sesuai dengan harga tu kak sebungkus kecil nasi prang tu baru rm3 lebih
ReplyDeleteNasi kucing tapi orang yang makan 😅
DeleteIya..sesuai harga, pulak tu bukan beras biasa, ala2 macam makan nasi dagang.
Wah, sedapnya, makan-makan di Medan. Nasi kucing... hehe...Buku menu dia pun menarik ye, gambar besar-besar. Uiii, banyaknya cheese atas pisang goreng... seronok dapat cuba makanan di tempat orang. :)
ReplyDeleteMemang seronok tapi seram bila fikir kalori 😄
DeleteHehe. Aduh tulis lendir, ingat negatif sedikit.
ReplyDeleteOh! Lauk beza-beza dalam nasi prang.
Buku menu tunjuk makanapun menggiurkan.
Ehh..sorry, tak reti nak tulis camne 😅. Memang macam lendir gitu, bukan setakat pekat.
DeleteHahaha...
ReplyDeletelawak..
Nasi Kucing saya selalu nampak kat youtube seberang tapi Nasi Prang ni belum pernah dengar.Rupanya sama yer..hihihi
Saya ni pertama kali tau Nasi Kucing 😄
DeleteDiolah bentuk dan hidangan dan diberi nama yg berbeza hihihii :D
ReplyDeletetapi yg pasti ia nya sedap :D
Hehe..iya, memang sedap walaupun ringkas gitu je. Guna beras apa entah. Bukan nasi putih biasa.
Deletebyk betul kejunya, meriah...nampak sedap semua makanan..
ReplyDelete