Thursday, 9 February 2023

Pengalaman Menaiki KAI Bandara Laluan Kualanamu - Kota Medan

Jarak Bandara Internasional Kualanamu yang terletak di Kabupaten Deli Serdang dengan kota Medan adalah sekitar 40 km. Kita boleh memilih untuk menaiki tren (kereta api), bas, teksi atau GrabCar untuk ke kota Medan.

Saya dan encik suami memilih untuk menaiki tren atas faktor berikut :
  • Perjalanan lebih pantas, cuma sekitar 30 minit kerana tidak terperangkap dalam kesesakan.
  • Lebih selesa, ruang tempat duduk lebih luas.
  • Merasai sendiri pengalaman menaiki tren KAI Bandara.

KAI Bandara Kualanamu
Dari balai ketibaan, berpandukan papan tanda yang ada kami menuju ke ruangan pengangkutan awam. Seterusnya kami ke arah Stasiun Kereta Api. Pembelian tiket tren dibuat di mesin, tiada kaunter tiket. Pembayaran hanya melalui debit/kredit card, prepaid card, digital payment & voucher. Tiada pilihan bayaran tunai, kami bayar menggunakan kad kredit.

Harga tiket tren - Rp. 70k / seorang sehala

KAI Bandara Kualanamu
Suasana di ruang berlepas.

KAI Bandara Kualanamu
Ruang dalam tren KAI Bandara. Tak ramai penumpang, masing-masing duduk berjarak jauh. Pendingin hawa di dalam tren terasa tidak cukup sejuk bagi saya, ketika ini cuaca di luar panas terik. Bunyi enjin tren ini juga agak bising, tidak senyap seperti yang saya jangkakan. Ini bukanlah satu rungutan ya, tetapi sekadar penceritaan pengalaman.

KAI Bandara Kualanamu
Pemandangan dari tingkap tren, kabur je. Ternampak tanda nama Kualanamu, Deli Serdang. Selepas itu barulah saya faham bahawa Kualanamu terletak di Deli Serdang, Sumatera Utara.

Pemandangan pada awalnya disajikan dengan hamparan sawah padi menghijau. Kemudian berganti dengan pemandangan deretan rumah yang terletak begitu hampir dengan landasan. Penduduk sekitar kelihatan bebas berjalan di atas landasan dan ada juga kumpulan kanak-kanak yang duduk berkumpul di tepi landasan. Kerap kali hon dibunyikan sebagai amaran kepada mereka. Memasuki kota Medan, pemandangan berganti dengan deretan bangunan tinggi yang berkedudukan rapat. 

KAI Bandara Kualanamu
Tren tiba di Stasiun Medan, kota Medan.

Bagi mengetahui lokasi perkhidmatan KAI Bandara, jadual perjalanan dan pembelian tiket secara online, boleh ke laman https://www.railink.co.id/. Sememangnya KAI Bandara merupakan pilihan pengangkutan dengan masa perjalanan lebih pantas dan lebih selesa.


Video berdurasi 0:54 minit memaparkan pemandangan yang saya lihat dari dalam tren.

Buat pengetahuan, orang tempatan panggil ‘kereta’ merujuk kepada tren/kereta api. Kalau kereta pula dipanggil ‘mobil’.



21 comments:

  1. Indah sungguh pemandangan hijau sebelum keretapi bergerak ke hadapan di kawasan rumah-rumah.
    Ngeri pula apabila membayangkan kanak-kanak berkumpul di landasan!

    ReplyDelete
  2. Suka tengok permandangannya sis. ;)

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi merasa ke sana. Insyaallah minggu depan ke Pekan Baru sebentar ada mesyuarat kemudian balik.. huhu, bos ni pun berilah masa 3,4 hari ke.. boleh le jalan-jalan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekanbaru...kalau sempat, cubalah makan Sate Padang di Sate Bundo Kanduang. Sedap 👍

      Moga2 bos tukar fikiran bagi la sehari dua sekurang-kurangnya kan..hehe

      Delete
  4. Jauh berjalan luas pemandangan ni kak ;)

    ReplyDelete
  5. Banyak tak ambik video? Buat vlog best ni!

    ReplyDelete
  6. nampak bersih dan selesa tren di sana. saya pun lebih suka naik tren sebab nak elak terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ganggu mood kalau terperangkap dalam sesak jalan.

      Delete
  7. Itulah naik keretapi cepat sedikit. Baru tahu kereta dipanggil kereta api/tren. Keliru juga nanti tersasul di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jadi keliru masa berbual dengan pemandu GrabCar. Lucu jugak 😄

      Delete
  8. Wah....seronoknya..menjelajah pelosok Medan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lain jalan-jalan ke Danau Toba, kami sampai kota Medan je 😄

      Delete
  9. Dulu awal2 saya belajar di Penang, saya pun suka bingung dengan istilah2 Malaysia. Apalagi di sana mobil disebut kereta 😄.

    Even di Indonesia, kereta itu beda lagi artinya si dibeberapa kota kak.

    Di Medan, kereta artinya motorcycle. . Mobil tetep mobil

    Di Jakarta, kereta artinya train.

    Pas saya merantau ke Jakarta, yang tadinya udah terbiasa menyebut motorcylce dengan sebutan kereta, jadi salah paham dengan teman, karena bagi mereka kereta itu ya train 🤣🤣🤣

    Btw, saya sendiri belum pernah loh naik kereta bandara. Karena setiap mudik ke Medan, papa selalu jemput . Penasaran juga pengen coba sesekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..iya, pemandu GrabCar ada menyebut yang motorcycle disebut kereta di Medan. Memang keliru 😄

      Harus dicoba kereta bandara, selesa dan pantas.

      Delete
  10. sudah ada keretapi airport, ada transport alternatif ke pusat bandar..macet itu leceh..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****