Saya pernah makan sate padang yang sangat sedap di Restoran Sate Bundo Kanduang di Pekanbaru, Riau. Jadinya bila ke Medan, saya tak melepaskan peluang mencuba sate padang yang dijual di sini. Ada banyak pilihan tempat makan yang menjual sate padang. Setelah meneliti ulasan di internet, saya memilih untuk mencuba Sate Padang Afrizal Amir.
Tapi saya dan encik suami tak pergi ke kedainya pun, kami beli menerusi GrabFood. Dah penat berulang kali keluar, jadinya malam tu malas nak keluar lagi. Kami makan sate padang di bilik hotel je.
Screenshot pilihan sate di aplikasi GrabFood. Kami mencuba sate padang ayam dan sate padang daging sapi (lembu). Ada juga pilihan beberapa jenis keropok/kerepek untuk dimakan bersama sate padang. Kami pilih kerepek ubi pedas.
Tak lama menunggu, sate padang selamat kami terima. Unik cara bungkusnya.
Beginilah rupa sate padang dalam bungkusan tadi. 6 cucuk sate dan potongan ketupat siap diletak kuah sate padang dengan beralaskan daun pisang. Atasnya ditabur dengan bawang goreng. Sebelum nak makan, saya taburkan pula dengan kerepek ubi pedas.
Sedap pedas rasa kuahnya, tetapi saya lebih suka sate padang di Pekanbaru yang lebih sedap rasa kuahnya menurut selera saya.
sedapnya teringin nk mkn satay padang dekat Kuantan ni tak ada yang jual
ReplyDeleteAkak pun belum pernah makan yang dijual di tempat kita. Belum jumpa lagi.
DeleteDari segi rasa, sama tak dgn sate di Malaysia, Kak Ujie?
ReplyDeleteRasa sate lebih kurang sama. Tapi kuahnya berbeza, bukan kuah kacang.
DeleteLama tak kena sate padang!
ReplyDeleteKalau pedas, saya tak berapa juga. hehe
ReplyDeleteNampak sedap puan...
ReplyDeleteMudah betul skrg kan, tak perlu keluar tapi order saja...jimat masa dan tenaga :)
Kalau beli satay padang dekat sini pun gitu cara bungkusnya kak, memang di bagi kuah sekali gitu, tapi biasanya keropok ubi atau keropok melinjau yang diberi
ReplyDeletesatey padang sedap tp pedas sikit pada tekak sy hehe
ReplyDeleteTerus letak kuah pada nasi impit dan sate. Siap ada tabur bawang goreng. Baru saya tahu cara makan di sana.
ReplyDeletetak pernah lg makan sate padang...kuahnya dari tepung gandum kan..pernah tengok youtuber Indonesia makan sate ni..
ReplyDeleteSaya kureng sikit dengan sate padang sebab kuah dia macam tepung🤭Atau mungkin saya makan tu kat tempat yang sate padangnya "kureng"?
ReplyDeleteApapun sedap itu subjektif kan..Ada benda yang tekak saya sedap mungkin tidak pada orang lain.Kita raikan perbezaan dan kepelbagaian rasa
Nampak elok jew satenya dalam bungkusan daun pisang walaupun beli di aplikasi Grabfood.
ReplyDeleteTak pernah makan sate padang. Baru tahu, di sana, kuahnya bukan kuah kacang.
ReplyDelete