Monday, 27 February 2023

Polygamist Reader

 

Sebelum ini saya merupakan seorang monogamist reader - fokus membaca satu buku saja dalam satu masa. Tetapi sejak beberapa bulan lalu, saya mulai merasa jemu membaca satu buku dan mula membaca buku lain pula. Buku A belum habis, tetapi saya mula membaca buku B pula. Bukan tinggal terus buku A tau, tetapi saya membaca buku A dan B secara bergilir mengikut mood membaca saya. 

Saya mengenal pasti punca timbulnya rasa jemu pada buku A adalah disebabkan bahan bacaan tersebut agak ‘berat’ dan jumlah halamannya banyak. Perlu lebih tumpuan masa dan fikiran untuk menghadam apa yang dibaca. Itulah kelemahan saya, susah nak fokus bila membaca bahan ilmiah. Maka saya selitkan pembacaan lain yang lebih ringan supaya minat membaca saya tidaklah terus berkubur.

Tetapi tak cukup menambah buku B, saya tambah pula buku C dan buku D 🤭. Puncanya? Gara-gara tak sabar nak baca buku lain yang nampak menarik! Sudahnya, setiap buku mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Buat masa sekarang, inilah empat buah buku yang sedang saya hadam :
  • Kompas 114 - sebuah pengembaraan menghayati al-Quran.
  • Kembara Menalar Diri - sebuah travelog pencari ilmu dan kebenaran.
  • #About Friends - kumpulan kutipan kata-kata penulis tentang persahabatan.
  • Si Anak Spesial - sebuah novel keluarga.

Semuanya buku fizikal kecuali Si Anak Spesial merupakan buku digital, saya baca melalui aplikasi Google Play Books di iPad. Mudah nak baca waktu makan seorang diri di rumah. Letak je depan pinggan makan, sambil makan sambil membaca. Jadinya selain makan sambil menonton, saya ada pilihan makan sambil membaca juga. Dua-dua pun seronok dan mampu menjadi teman makan yang baik 😄

Itulah kisahnya bagaimana saya mula menjadi polygamist reader - membaca lebih daripada satu buku dalam satu masa. Bukan baca serentak semua buku tau, tapi bertukar-tukar buku mengikut suasana. Biasanya kalau waktu pagi atau malam, saya lebih suka membaca bahan yang perlu lebih tumpuan.




8 comments:

  1. Sebab tu Cuya sekarang baca komik je...tak suka berat2 pening kepala...hehe

    ReplyDelete
  2. kadang2 boleh jadi polygamist reader kadang2 setia monogamist reader

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya lepas ni akak pun gitulah kot, ikutlah mood dan bukunya (genre, ketebalan).

      Delete
  3. Kalau saya pinjam buku digital di PNM, saya akan pinjam max 2 buah buku sbb ni paling byk boleh saya baca dalam satu masa. Malam ni baca novel, malam esok pula baca buku non-fiction ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polygamist reader jugak ni. Satu fiction & satu non-fiction, seimbang 👍

      Delete
  4. Saya kena baca satu. Kalau 2 atau lebih memang maknanya nanti ada buku saya tidak baca.

    ReplyDelete
  5. waktu pagi & malam lebih tenang...senang nak fokus pembacaan yg berat...belum pernah lg membaca online sambil makan...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****