Wednesday, 8 February 2023

Bandara Internasional Kualanamu dan Prosedur Masuk ke Indonesia

Bandara Internasional Kualanamu (KNO)

Bandara Internasional Kualanamu
Bandara (bandar udara) = lapangan terbang.

Bandara Internasional Kualanamu
Besar dan selesa, banyak ruangan tempat duduk.

Bandara Internasional Kualanamu
Antara pilihan kedai menjual oleh-oleh yang terdapat di sini. Medan terkenal dengan pelbagai jenis kuih/kek. Bolehlah membeli Bika Ambon Zulaikha, Bolu Meranti, kek Napoleon dan lain-lain untuk dibawa pulang.

Bandara Internasional Kualanamu
Kemudahan tempat solat - musholla (biasanya kita panggil surau). Setakat pengalaman saya, musholla di Indonesia tidak ada ruangan bertutup yang terasing antara lelaki dan perempuan. Cuma ada pembahagi ruangan saja. Agak sukar bagi kita yang dah biasa buka pakai tudung di ruang tertutup. Begitulah, lain tempat lain cara.

Bandara Internasional Kualanamu

Bandara Internasional Kualanamu
Balai berlepas. Ada kemudahan tandas dan tempat solat di sini.

Perkara lain yang menarik perhatian saya - tahap kebersihan dan layanan petugas di tandas bandara. Kita masuk je akan disambut dengan ucap selamat, ditunjukkan pula tandas mana yang kosong, selepas kita basuh tangan di sinki ditunjukkan pula tisu di mana dan akhir sekali kita pula akan terima ucapan terima kasih sewaktu melangkah keluar. Saya yang tak mahu guna tisu (sebab lebih suka guna alat pengering tangan) pun terpaksa ambil tisu 😂

Begitulah setiap kali saya masuk tandas di bandara. Saya masuk beberapa kali sebab berjam lama saya berada di bandara menunggu penerbangan pulang. Setiap kali masuk, memang begitulah layanan diberi. Petugasnya juga sentiasa sibuk membersihkan lantai, sinki dan ruang tandas. Walaupun orang ramai, tetapi sangat bersih! Tahniah buat mereka yang tekun dan dedikasi bertugas 👍🏽

Rahsia tandas kekal bersih - petugas mesti sentiasa melakukan kerja pembersihan. Kalau petugas sibuk berborak ketawa beria atau kerap kita nampak duduk-duduk saja, fahamlah kita kenapa tandas tempat kita tak boleh nak bersih.


Prosedur Masuk ke Indonesia

Saya catatkan di blog sebagai catatan memori dan mungkin panduan berguna bagi yang nak masuk ke Indonesia dalam masa terdekat. Sejak COVID-19 melanda, prosedur kemasukan ke setiap negara sentiasa berubah. Jadinya sebelum masuk, kita kena ambil tahu prosedur terkini demi mengelakkan sebarang masalah.

Jadinya dokumen apa yang kita perlukan untuk masuk ke Indonesia? Selain pasport, kita cuma perlukan bukti vaksinasi lengkap dua dos. Nak mudah, boleh siap-siap muat turun sijil digital kita di aplikasi MySejahtera atau boleh juga terus print.

Berikut langkah demi langkah sebaik kita tiba di bandara :
  1. Terus ke kaunter khas pemeriksaan bukti vaksinasi bagi pelawat bukan warganegara. Bagi warganegara Indonesia, mereka perlu ada aplikasi PeduliLindungi. Berikan pasport dan sijil digital vaksinasi kita untuk diperiksa.
  2. Seterusnya kita ke kaunter imigresen untuk pelawat bukan warganegara. Berikan pasport, buka masker (pelitup muka) untuk pengesahan wajah dan scan jari telunjuk kanan & kiri. Pasport kita akan ditampal dengan pelekat ‘stay permit’ untuk 30 hari, tertera tarikh masuk dan tempoh sah.
  3. Lepas tu kita perlu melalui kaunter kastam. Tak ada kertas borang, semua perlu isi secara online. Boleh buat di komputer tersedia atau buat di telefon sendiri. Lebih mudah jika kita isi siap-siap borang e-Customs Declaration (BC 2.2) sebelum sampai bandara. Nak isi awal boleh klik link DI SINI ya. Dah siap isi akan keluar kod QR, boleh muat turun atau screenshot. Tunjuk je kod QR di kaunter kastam.
  4. Dah selesai semua di atas barulah kita akan melalui pemeriksaan keselamatan.
Selesai.

Bagi yang tak melanggan internet roaming, jangan risau. Macam saya, guna je wifi di bandara untuk urusan di atas. Alhamdulillah laju tak ada masalah.




22 comments:

  1. Kalau dari malaysia mcmn prosedurnya? Perlu ke kedutaan Indonesia ke utk dptkan visa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak perlukan visa untuk masuk Indonesia.
      Cuma bawa pasport dan tunjuk bukti dah vaksin 2 dos masa masuk.

      Delete
  2. ada nilai sistem pekerja peribadi yang ikhlas semasa bekerja tu kan kak susahnya nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Mungkin dah diterapkan begitu oleh pihak pengurusan mereka.

      Delete
  3. Bagus sentiasa tandas diberdihkan.
    Oh begitu prosedurnya. Itulah selalu isi dalam kad ketibaan masa dalam kapal terbang. Cara sudah berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tau. Jadi kelam kabut sikitlah nak isi borang online bila dah sampai di kaunter kastam 😅

      Delete
  4. Baru pulang dari Medan ye Puan?
    Maaf sy tertinggal kereta api 🤭
    Hari ni baru ada mood nak blogwalking dek kerana kurang sihat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..pergi sekejap je cuti Thaipusam.
      Takpe PH, rehat-rehat dulu bagi sihat.

      Delete
  5. Oooo, itu ke maksud bandara? Selalu dengar, baru hari ni tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Indonesia selalu pendekkan perkataan. Lebih mudah sebut.

      Delete
  6. Bagus disiplin mereka dalam pekerjaan. ;)

    ReplyDelete
  7. Tq share details kemasukan ke indonesia..mana tau tetiba nak ke sana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Ret. InsyaAllah boleh je tetiba nak ke Indonesia tu. Tak jauh..hehe

      Delete
  8. Servisnya sehebat lapangan terbangnya yg canggih dan moden ye kak, kalau tandas nya bersih terjaga nak pergi ke sana berkali pun tak risau sebab selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lapangan terbangnya pun lebih gah berbanding lapangan terbang Penang 😄

      Delete
  9. Bestnya dapat jalan negara orang. One day Cuya pon nak juga

    ReplyDelete
  10. Nampak tenang jew suasana di bandara ini.
    Sukanya apabila dapat tahu tahap kebersihan tandasnya.

    ReplyDelete
  11. Selesa kalau toiletnya terjaga kan..
    Kebanyakan warga seberang kalau bekerja sebagai cleaner kat sini memang cekap buat kerja kan...
    Walau hanya cleaner namun kemahiran tu bukan semua orang ada kan..

    ReplyDelete
  12. Saya jadi kangen balik ke Medan. 😊.

    Memang sudah agak berbeda cara traveling setelah pandemi ini ya kak. Tapi memang lah harus ikut prosedur baru. Saya sendiri nak ke KL dan Penang Juni nanti 😄.

    Dan rinduuuu sangat dengan Penang. Krn dulu saya sekolah di sana. Inilah mau cari tahu juga prosedur nak masuk Malaysia biar bisa diprepare

    ReplyDelete
  13. ramah & berbudi bahasa pekerja di sana...selesa & bersih airportnya...sekrg ni byk yg dah paperless, save environment...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****