Sunday 26 February 2023

Kolam Pancing Air Masin Bakau De Baruh dan The Cafe Villa Tok Janggut

Cerita semalam - Sabtu, 25 Februari 2023.

Berkesempatan merasai suasana dan menikmati makanan di dua buah tempat berikut :

📍Kolam Pancing Air Masin Bakau De Baruh, Sungai Sumun, Bagan Datuk

Kolam Pancing Air Masin Bakau De Baruh
Kolam pancing air masin dengan suasana yang sangat menarik! Deretan pokok kelapa di sekeliling kolam pancing memberikan rasa nyaman. Beberapa kali saya nampak para pemancing berjaya menaikkan ikan-ikan bersaiz besar. Saya dan encik suami yang tak pandai memancing pun jadi tertarik dengan aktiviti memancing bila berada di sini.

Tambah menariknya tempat ni, walaupun tak memancing kita masih boleh makan-makan di di sini sambil menikmati suasana. Bolehlah sambil makan kita tengok macam mana pemancing melontar joran dan ikut teruja bila nampak mereka berjaya menaikkan hasil pancingan.

Kolam Pancing Air Masin Bakau De Baruh
Makan-makan kami - mi rebus dan mi goreng mamak (tiada foto). Sedap kedua-duanya, terutamanya mi rebus. Katanya rojak di sini pun sedap juga. InsyaAllah lain kali kalau datang lagi, bolehlah mencuba rojak pula. Oh ya, kalau nak pesan makanan kita kena pergi terus ke kaunter kedai tau. Nanti dah siap akan dihantar ke meja makan kita.

Kalau kalian nak ke sini, bolehlah buat carian ‘Kolam Pancing Air Masin Bakau De Baruh’ di Google Maps. Nak tahu pakej memancing yang ditawarkan? Boleh terus ikuti Facebook - Kolam Pancing Bakau De Baruh.


📍The Cafe Villa Tok Janggut, Changkat Jering

Saya perasan tempat makan ni semasa balik dari Hutan Melintang ke PP pada bulan Disember lalu. Tapi baru kali ini kami berkesempatan singgah makan di sini. Nampak cantik dekorasinya dari luar. Selepas itu baru saya perasan, di sini pun ada homestay yang terletak bersebelahan bangunan tempat makan.

The Cafe Villa Tok Janggut
Dekorasi menarik di salah satu ruang makan - tidak berbumbung sepenuhnya. Kami memilih duduk di sini, tapi kemudiannya salah seorang pelayan kedai memaklumkan boleh berpindah ke ruang berbumbung penuh jika hujan. Masa ni langit dah gelap sikit, macam nak hujan.

The Cafe Villa Tok Janggut
Kami berpindah ke ruang lain. Kot nanti tengah makan hujan turun, leceh pula nak pindah. Ruang ini pun ada tarikannya tersendiri. Barang-barang antik memenuhi ruangan. Termasuklah meja yang kami duduk, kakinya daripada mesin jahit lama menggunakan kaki. Sambil duduk, saya gerakkan kaki mesin jahit. Mengimbau nostalgia zaman sekolah, perlu menjahit beg dan baju kurung Kedah menggunakan mesin jahit kaki bagi subjek Kemahiran Hidup 😄

The Cafe Villa Tok Janggut
Makanan yang dipesan pun tiba.

Ikan kembong rebus goreng
Menu istimewa nasi goreng ikan kembong rebus. Istimewa sebab ini merupakan kali pertama saya mencuba makan ikan rebus yang digoreng. Memang sedap ikan rebus goreng, garing di luar dan lembut di dalamnya! Yang kami makan ni ada rasa masin sedikit, macam ikan masin.

Secara keseluruhannya, tempat ni memang menarik terutamanya bagi penggemar barangan antik/lama. Juga banyak sudut menarik bagi yang gemar berfoto. Kalau aspek rasa makanan yang kami makan (rujuk foto), semuanya biasa-biasa saja kecuali ikan kembong rebus digoreng tu memang sedap. Apa pun, cita rasa kita adalah berbeza. Kenalah mencuba sendiri ya.

Bagi yang nak ke sini boleh buat carian ‘Tok Janggut Cottage and The Cafe Villa’ di Google Maps. Terletak di tepi jalan, mudah nampak tapi mungkin susah sedikit nak berhenti dan parkir kenderaan kerana jalan di sini agak sibuk.







6 comments:

  1. Nampak menarik kedua-dua tempatnya

    ReplyDelete
  2. Wah menarik la tempatnya...
    Makanan pun nampak sedap

    ReplyDelete
  3. makan di kolam pancing tu menarik kak...suasana yang lain

    ReplyDelete
  4. Unik. Tempat pertama terletak di kawasan memancing manakala tempat ke-2 pula menunya dan dekorasi.

    ReplyDelete
  5. banyak ya tempat makan best di Changkat Jering...kena cuba ni kalau balik kpg...yg kat sg sumun, ada jual ikan bakar tak? nmpk best ikan2 yg dipancing tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak pasal ikan bakar. Nampak macam takde.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****