Pernah dengar orang ada khadam (hamba)?
Bukan khadam yang boleh dilihat dengan mata kasar tau.
Tapi khadam dikalangan makhluk halus...JIN.
Pertama kali saya tahu dan berdepan dengan orang yang ada khadam...
Semasa menetap di asrama sekolah menengah.
Semua orang tahu dia ada khadam...bukan rahsia.
Dia mampu tahu apa yang bakal berlaku...dengan bantuan khadamnya.
"minggu depan asrama puteri akan diserang dengan makhluk halus.."
Lebih kurang begitu amarannya, yang diterima melalui khadamnya.
Betul...minggu depannya asrama puteri jadi tak tenang.
Ada yang ternampak lembaga, tak kurang juga yang menjerit-jerit dirasuk.
Hingga terpaksa buat 'pagar bilik' pada setiap malam sebelum tidur.
Malam hari adalah saat yang mendebarkan...tidur dengan rasa takut!
hiasan semata ya.. sumber: google |
Berbalik kepada dia yang mempunyai khadam tadi...
Rumahnya juga tak mampu diceroboh pencuri...
Yang ketakutan melihat dirinya ada di setiap tingkap rumah.
Yang sebenarnya...itu kerja khadam belaannya.
Ketika itu jahilnya saya dan yang lain-lain...
Boleh percaya dan menerima dia dan khadamnya.
Kerana merasakan khadam itu baik dan membantu kami.
Juga diberitahu pula khadam itu adalah JIN ISLAM.
Hakikatnya...
Khadam...yang biasanya diperolehi melalui saka atau amalan tertentu itu,
SYIRIK hukumnya...dan BERDOSA percaya apatah lagi memilikinya.
Kerana manusia hanya boleh memohon pertolongan daripada Allah yang Maha Kuasa.
Jangan lupa bahawa jin dan yang sejenisnya telah bersumpah untuk menyesatkan manusia.
Tentunya makhluk ini ada banyak tipu muslihat untuk memperdayakan kita.
Sebab itu walau dia mengaku jin Islam, kita tetap dilarang berdampingan dengan makhluk ini.
*entri yang berkaitan...SAKA: Warisan Yang Menyusahkan.
assalam ujie..masa dulu2 selalu la acik dengar..tolong buat kerja dan sebagainya..
ReplyDeletezaman ujie sekolah tu kira belum la lama sanga kan..ada jugak ye..
sbb tu org mudah keliru bila nak berubat..biasanya diorang guna ayat2 Al Quran pastu menurun jadi orang lain..menyampah betul, mcm mana nak kikis kepercayaan mcm ni..
ReplyDeleteooh pernah dgr tp tak pernah tgk dpn2..huuu..xda lg kwn y camni..
ReplyDeleteseram gak kak...
Perbuatan membela khadam adalah syirik. Ia jadi amalan kebiasaan bagi segelintir masyarakat kita zaman dahulu kala atas pelbagai faktor spt utk menjaga keselamatan rumah dan haiwan ternakan. utk dijadikan pelaris dlm perniagaan dan juga utk pengasih. Dalam buku Amalan Sihir Mayarakat Melayu:satu Analisis (di tulis oleh Dr Amran Kasiminada menerangkan agak panjang lebar isu ini.
ReplyDeletetakde khadam pun tak pe lah....
ReplyDeletejanji tak buat perkara2 syirik macam ni...
baru je nak baca tapi bila akak tulis x sesuai dibaca waktu malam terus scroll bawah...takut nak baca..esk la baru baca..haha
ReplyDeleteseram plak lily baca mlm2 ni..berdua jer dgn Qis ni..laju2 baca.. :)
ReplyDeleteTiada yg lebih berkuasa melainkan Allah..
walaupun niat nak jaga hak kita, tapi jugak jadi syirik kan akak?
ReplyDeletesemoga kita semua dijauhkan dengan perkara syirik camni :)
pernah jugak dengar kisah macam ni....tp kot mana pun ttp syirikkan.tempat meminta hanya kepada Allah SWT...
ReplyDeleteSalam... Ujie.... Pelik kan zaman moden pun nak lagi guna benda2 halus ni.
ReplyDeletetajuk scary tapi isi penuh info manafaat. takder lah takut sgt hihihihi
ReplyDeleteok, ya betul tu ujie mmg kita dilarang berdamping dgn mahkluk ini.apatah lagi minta bantuan dgn nya...walaupun ia claim dirinya jin islam tapi kita kena ingat....
sejahat2 manusia adalah sebaik2 jin
salam, kak ujie.. khadam ye namanya..
ReplyDeletemak pernah cte..
masa mak nisa kecil2 dulu..
rumah sebelah ni, walaupun owner keluar jalan2, dia biar je rumah dia terbuka.. sedangkan takde orang kat rumah..
satu malam tu, ada pencuri ni dia nak curi itik itik jiran tuh.. last last, pencuri tu tertidur kat bawah rumah tu. Then, polis tangkap dia. Seram gak bila mak cte. Huhu..
Yep, minta pertolongan dari Allah S.W.T :)
P/s : Huwaaa.. nisa takleh tdur ni -_-
Salam ziarah....
ReplyDeleteacik:
ReplyDeletesekitar thn 90-an...pun masih ada.
kalau zaman tok moyang tu biasalah kan..
tihara:
betul..sama dlm kes ni.
dia juga ubatkan org guna ayat quran. tapi rasanya khadam dia terlibat gak.
percaya pd Allah..tu je yg boleh ubah perkara syirik ni.
j.ira:
tak payah ada kwn/kenalan gini lagi baik. tak pasal2 kita terlibat sama.
shameel:
zaman dulu kala Islam tak sampai secara menyeluruh, ada la alasan. tapi zaman moden ni..dah tau salah masih nak buat.
eita:
kalaulah tiap org fikir gini..mmg takde masalah. ^_^
ieja:
akak saja buat amaran..sbb ada setengah org mmg lemah semangat. mudah takut..
LILY:
ReplyDeletehehe..takpe baca laju. asal faham maksud nak disampaikan.
MISS B:
yup..apa jua sebab, kita mmg tak boleh ada apa2 hubungan dgn makhluk halus ni.
AISHAH:
kalau tak tau mmg boleh terpedaya..nampak mcm baik tapi sebenarnya ia membawa kpd menyekutukan Allah-syirik.
LYD S:
biasanya org gini rasa bangga krn ada power lebih dari org lain.
TP:
kata Power..mana boleh takut..^__^
siapalah kita nak sahkan keIslaman dia..
KHAIRUNNISA:
haa yelah tu..khadam dia la tu yg jaga rumah.
*kan dh warning tu..apsal baca gak. akak tak salah tau nisa..hahaaa!
betul tu kak..hanya allah tempat untuk kita meminta..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
huhu.. dulu2 time study pun ade sorang kawan yang ada khadam tu.. eee seram je nak kawan dengan die, tapi una wat bodo je la yang penting kite tak kacau die & dia tak kacau kte yg nak study nie..huhu
ReplyDelete\\( ^_^ )//
syaitan dengan pelbagai cara dia buat nak sesatkan anak adam..guna pelbagai nama..hehe
ReplyDeletehayoooo
ReplyDeletekat zaman sekolah pon ada berani amal mende2 syirik ni ye kak
aduhai
teringat ms sekolah dulu
byk sgt gangguan2 makhluk halus ni..
bukankah jin,iblis,syaitan yang dilaknat allah itu telah berjanji akan menyesatkan anak cicit adam ?
ReplyDelete*kita manusia akhir zaman ni perlulah mengelakkan melakukan perkara syirik ... subhanallah..
oh orang panggil belaan tu khadam jugak eh, yang saya tahu selama ni khadam dalam tiga abdul tu je.
ReplyDeleteTapi kalau dengar cerita pasal khadam ni memang seram sejuk, bnyak saya dengar orang2 bercerita.
dulu kawan Yana kan dia selalu cerita yang ayah dia boleh nampak apa yang dia dan adik beradik dia buat walaupun dok jauh..masa tu syok lah dengar sebab tak tahu apa2..tapi bila baca ni maksudnya tu jin jugak lah ya kak..ishh..seramnya..
ReplyDeleteAZLAN:
ReplyDeletekrn Allah yg berkuasa atas segala yg ada.
CIK UNA:
ngeri jugak berkawan dgn org yg ada khadam ni tau..
dan susah pulak nak betulkan akidah dia.
HJ:
betul..nama mcm2, tapi makhluk yg sama. ^_^
AIMIE:
masa akak tu pun..mmg byk gangguan makhluk halus kat asrama & sekolah.
LYNDA:
statement tu biasa kita lupe..manusia sifatnya mudah lupa!
YAYAN:
khadaaam! hahaaa..yg tu orang, takpe.
PRETTYWRITE:
samalah, akak masa tu pun tak tau tu sume salah. kita syok sbb ada yg bantu. pdhal tu kerja jin.
wktu saya form 5 dlu, rmai bdak2 form yg bawak tangkal konon sbb dok asrama keras, bnyk histeria la hape..
ReplyDeletetp bdak yg xbawak tangkal yg dok kne kacau sbb sesama jin berlawan nk tunjuk power..
kesudah nye warden sruh buat spotcheck, sape ade pakai benang hitam ke, bungkus kuning ke hape sume kne rampas..aman damai jer..
alamak...xdpt bce,...da mlm...hahaha...hope bende2 khurafat n syirik dapat dijauhkan :)
ReplyDeletep/s:maaf lau xmenepati isi kandungan, xdpt bce entri yg ni...hahaha