Memang bagus kalau ibu bapa atau datuk nenek kita ada meninggalkan warisan harta buat kita. Tapi memang menyusahkan kalau yang diwariskan adalah SAKA! Orang dulu-dulu kebanyakkannya mempunyai saka untuk menjaga kebun tanaman mereka, selain ada juga untuk tujuan perlindungan diri serta keluarga.
APA ITU SAKA? Saka bererti bahawa salah seorang daripada keturunan teratas kita seperti datuk, nenek, moyang, ibu atau bapa ada mempunyai jin atau mempelajari ilmu batin yang melibatkan jin. Jin ini kemudiannya akan berpindah kepada keturunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia. Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin yang mendampinginya sebelum waris itu meninggal dunia. Kadang kala waris itu sengaja hendak memberi atau menghadiahkan ilmu atau jin itu kepada anak cucu yang telah dipilih sebelum dia meninggal dunia.
HUKUM MEMPUNYAI SAKA adalah berdosa. Kerana kita hanya boleh memohon pertolongan daripada Allah semata, bukan daripada jin.
Berdasarkan pengalaman sebenar, orang yang mempunyai saka ini sukar untuk meninggal dunia. Sukar bagaimana? orang ini sudah terlantar sakit bertahun-tahun tetapi tidak sembuh atau tidak juga meninggal dunia. Tapi bukan semua orang yang terlantar sakit bertahun tu ada saka ya! Dia akan meninggal setelah saka tersebut mendapat tuan yang baru atau setelah dia bersetuju untuk membuang sakanya.
Proses membuang saka pula melibatkan bacaan ayat-ayat suci keatas orang yang mempunyai saka dan barang yang menjadi simbolik kepada saka tadi perlu dimusnahkan. Barang tersebut seperti keris, cincin, duit syiling dengan simbol pelik dan sebagainya. Biasanya waris memang tidak mengetahui barang-barang ini, jadi si empunya saka perlu memberitahu sendiri apa barangnya dan di mana tersimpan. Insyaallah setelah menjalani proses ini, dia dapat meninggal dengan mudah.
Untuk info lanjut dan rawatan, boleh layari Syifa Al-Hidayah. Juga boleh layari Darussyifa' untuk rawatan dan ayat pendinding dari gangguan jin.
kat sekolah adik perempuan dulu ada citer pasal saka ni... sampai kalau bdk ada saka tu tak boleh berjumpa sesama sendiri...
ReplyDeleteuish... bahaya betul.. kadang2 ada yang tak tahu mereka sebenarnya miliki saka keturunan..
ReplyDeletediana: takutnya ada kwn serumah cam tu!
ReplyDeleteshera: oo..tu jin bdk A yg tak suka dgn jin bdk B kot..
lia: mmg boleh terjadi gitu, kita tak tau yg kita ada saka. tapi ada tanda- tandanya.
Betul tu..org yg ada saka ni sukar meninggal kecuali ada yg sanggup utk ambil alih saka tu..ni pernah berlaku kat jiran di kg lily..mmg seram tgk..
ReplyDeleteish perbuatan saka ni menyekutukan Allah..nauzubillah..
ReplyDeleteciter pasal saka ni kan, aku kadang2 pelik dengan org yang bermegah dengan mewarisi saka..zaman skunk nie lebih baik mewarisi duit dari saka..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
sekarang ni siap buat bisnes jual saka lagi..
ReplyDeleteazlan: org kurang ilmu je yg bermegah dgn saka tu..
ReplyDeleteh.j: bisnes saka?? ada permintaan, ada la penawaran.