Tuesday, 28 February 2012

Aku Tak Layak...

sumber: google

Ini kisah seorang ulama terkenal, al-Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri yang mengandungi pengajaran buat kita umat Islam.

Suatu hari, al-Hasan al-Basri berjumpa dengan seorang pemuda daripada Bani al-Shikhir. Al-Hasan berkata kepadanya, "Nasihatilah kami, wahai pemuda". Pemuda itu menjawab, "Aku belum layak memberi nasihat, wahai Abu Sa'id". Al-Hasan berkata, "Siapakah yang benar-benar layak memberi nasihat? Syaitan sangat suka dengan kata-kata ini. Dan ia berharap agar manusia mengambilnya sehingga tidak ada lagi yang mengajak kepada kebaikan dan melarang keburukan"

Kisah ini diceritakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam kitab a--Zuhd dan juga Abu Muhammad al-Ramahurmuzi dalam al-Muhaddith al-Fasil.

(sumber diambil dari Solusi  Isu 38)

Pengajaran:
  • Syaitan memang benci aktiviti DAKWAH, iaitu ajakan untuk kembali kepada Allah dan agama-Nya.
  • Lalu sering dibisikkan rasa TIDAK LAYAK dalam hati orang yang ingin berdakwah, sehingga terhenti rasa ingin berdakwah tersebut.
  • Berdakwah bukan hanya untuk orang yang SEMPURNA, kerana sebagai manusia biasa kita pastinya ada dosa dan kekurangan.
  • Berdakwah itu tugas kita semua, bersesuaian dengan banyak mana ilmu yang kita miliki. Pada masa yang sama, berusahalah untuk perbaiki kekurangan diri. 
  • Jika rasa KEKURANGAN membuat kita berhenti menyebarkan kebaikan, itu tandanya kita sudah jatuh ke perangkap bisikan syaitan.
  • Mari kita GAGALKAN misi syaitan untuk menghentikan dakwah!

p/s: Lepas ni bila kita rasa ragu-ragu nak nasihat orang lain kerana kekurangan diri, ingatlah yang itu hasil bisikan syaitan. Teruskan nasihat-menasihati, sambil perbaiki kualiti diri!

22 comments:

  1. syaitan sering membisikkan kata2 untuk melemahkan manusia...kena kuat!!..

    ReplyDelete
  2. mmg selalu ada rasa mcm tu....xckp sempurna nk nshtkn org....pasni kena fight patahkn rasa mcm tu....insyaallah..:)

    ReplyDelete
  3. eh, betul la kak.. pernah jgk terasa sgt nk bagi nasihat tapi tak tekeluar sbb rasa mcm tulah...tak layak kot!

    owh...setan punya keja ya!! siap la lepas ni...tak bagi can punya!!

    ReplyDelete
  4. tengok apa yang dikata..bukan kepada siapa yang mengata.:)

    ReplyDelete
  5. Mmg kalau nak diikutkan sgt layak ke tak layak ni, maknanya tak ada sesiapa pun dalam dunia ni layak memberi nasihat betul tak? Sbb mana ada manusia yang tidak melakukan dosa selain drpd nabi-nabi.

    ReplyDelete
  6. Selalu juga rasa macam tu..rasa tak layak utk menasihatkan org lain...

    Insyallah..mari kita sama2 menggagalkan misi syaitan...

    ReplyDelete
  7. eyda takut nak nasihat orang, takut nanti orang cakap nak tunjuk baik.. hurmmm

    ReplyDelete
  8. terasa diri x lyk menasihati krn rasa belum ckp ilmu di dada

    ReplyDelete
  9. HJ:
    betul amat..walau orgnya mcm tak elok, tapi kata2nya baik..just amik kata2nya.

    LYD S:
    betul! Yg layak dimata kita pun sikit je. kalau nak kira layak, sampai bila pun takde yg berdakwah.

    MISS B:
    kena kikis sikit rasa tu tau..bkn nak tunjuk baik, tapi mmg tanggungjawab sesama Muslim utk tegur-menegur ke arah kebaikan.

    LYA:
    takpe lya, kita nasihat org ikut setakat mana ilmu yg kita ada.

    ReplyDelete
  10. sebenarnya tak elok kan kalau kita nak mempertikai orang yang nak beri dakwah..selagi tak terpesong dari ajaran agama tak salah kalau kita mendengarnya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. tulah katanya...
    diri ni banyak sangat kekurangan...
    memang tak layak langsung nak tegur orang...

    ReplyDelete
  12. kekadang rasa nak tegur,
    tapi takut dikata x cermin diri.. huhhu..

    ReplyDelete
  13. betul2..tak semestinya ustaz ustazah je yg layak menasihat kan..kekadang kita ni nak bukak mulut sikit serba salah...setan punya kerja rupanya..

    ReplyDelete
  14. tu la kan...org selalu cakap, sebelum nk tegur org lain cermin diri sendiri dulu..so di situ la akan timbul persoalan "layak ke aku?"
    terus takut rasa nak tegur org lain..huhu

    ReplyDelete
  15. iyalah..selalu rasa macam tu..nak tegur orang lepas tu pikir2 tak payahlah kang org torture kita pulak padahal kita lagi teruk..huhuh

    ReplyDelete
  16. AZLAN:
    sbg insan biasa yg hati tak berapa suci, mmg susah nak dgr peringatan/dakwah ni..

    EITA:
    skrg dah tau kan..semua layak, ikut ilmu yg ada.

    LIA:
    hahaa..kena cermin gak, kalau kita tgh minum berdiri..jgn le nasihat org soh duduk bila minum.

    MUNNA:
    tugas berdakwah adalah tugas tiap org Islam..sebenarnya.

    IEJA:
    layak je..sbb lebih mengetahui berbanding org yg sdg buat perkara salah tu.

    PRETTYWRITE:
    kita nasihat tentang suatu hal je, kalau dia nak balas nasihat hal lain yg mmg kita salah..terima je lah kan. ^_^

    ReplyDelete
  17. Salam Ujie...,

    muga Allah memeberikan kita kekuatan utk terus melakukan yg disuruh dan meninggalkan yag dilarang....Insyaallah...aaminnn

    ReplyDelete
  18. huhu.. betul tu.. syaitan sentiasa membolak-balikkan hati kita even nak solat pun ada je yang die nak ganggu gugat tu,,, menci..

    \\( ^-^* )//

    ReplyDelete
  19. kadang kala kita tertewas juga dgn bisikannya.

    terutama ketika sedang sembahyang dan ketika marah

    ReplyDelete
  20. btol2..kdg2 sll rs diri ni xperfect nak nasihatkan org..

    tp lepas ni akan nasihatkan anak2 murid ira sll!heee :D

    ReplyDelete
  21. J/IRA:
    dah jd cikgu, lagi mudah nk nasihat..bdk2 senang dengar kata. lagi2 cikgunya Ira! ^_^

    ReplyDelete
  22. betul2....itu hanya bisikan syaitan...hope ct dpt nasihat kawan2 yg laen :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****