Tuesday, 7 February 2012

Bicara Si Air Mata

sumber: google
Tumpahnya air mata seorang ibu...
Tika mendengar tangisan si anak saat dilahirkan.
Itulah bicara si air mata...syukur gembira!

Tumpahnya air mata seorang ayah...
Tika lancangnya bicara si anak permata hati.
Itulah bicara si air mata...menahan kecewa!

Tumpahnya air mata seorang anak...
Tika mengiringi pemergian abadi ayah tersayang.
Itulah bicara si air mata...sedih hiba!

Tumpahnya air mata seorang umat...
Tika mendengar sirah perjuangan Rasulullah.
Itulah bicara si air mata...terlalu rindu!

Tumpahnya air mata seorang hamba...
Tika gerunnya hati mengenang dosa lalu.
Itulah bicara si air mata...insaf ketakutan!

Itulah dia si air mata...
Bahasa jiwa penuh jujur...
Luahan rasa tanpa perlu kata-kata,
Titisannya sama biar bicaranya berbeza!

*Tumpahkanlah air matamu...jika itu mampu meluah rasa di lubuk jiwa*


p/s: Kadangkala kita tak pasti tangisan kita kerana apa..ada bauran sedih, marah  juga kecewa.

19 comments:

  1. tumpahnya air mata sy pun tak pasti kenapa..cuma sedih bila orang yang menghargai diri ini tiada..terasa lain bila orang yang ambil berat pasal kita tetiba pergi begitu saja..

    #apapun tuhan sentiasa ada..sy tahu itu sis..sis terbaik^^

    ReplyDelete
  2. selalu tertumpah air mati ini :D

    ReplyDelete
  3. tumpahnya air mata bila ujian dtg bertubi2..namun harus sentiasa cekal menghadapi~ =)

    ReplyDelete
  4. Ekspresi melalui airmata - tak ada salahnya.

    =D

    ReplyDelete
  5. fitrah kejadian kita supaya kita sentiasa ingat yang kita ini adalah insan yang lemah dan kerdil..

    ReplyDelete
  6. WS:
    simpati dan turut sedih atas apa yg berlaku..mmg ia satu kehilangan yg amat berat. terus kuatkan jiwa!

    maii:
    itu tandanya berani..berani meluahkan apa dirasa.

    salijou:
    sekurang-kurangnya airmata itu akan melegakan rasa.

    PAA:
    ekspresi mmg perlu..bila bibir tak mampu berbicara.

    tihara:
    tepat sekali..

    ReplyDelete
  7. kadang2 tu selalu je di bawah kesedaran....

    ReplyDelete
  8. lia:
    tq..o_O

    diana:
    sesekali takpe..dari simpan dlm hati takut makin ganggu perasaan.

    eita:
    sbb tu airmata dianggap bahasa jujur..^_~

    ReplyDelete
  9. kekadang susah je untuk air mata ini tumpah

    ReplyDelete
  10. susah saya nak jatuhkan air mata, tapi bila terdetik hati berasa sgt sedih air mata tetap jatuh tanpa disuruh.

    ReplyDelete
  11. HJ:
    samada jiwa HJ kuat..atau kurang halus..kot!

    TP:
    itulah luahan jiwa yg tulus..bkn airmata buaya (tipu).

    ReplyDelete
  12. ujie: betul tu....tapiaku amat susah nak menjiwainya.... bila "terkena" perasaan tu fuh amat beri kesan yg mendalam pada jiwa. mmg menjadi memori yg tak boleh lupa bila aku menangis. huhuhu, sebab tu aku jarang menangis bertahan sedaya boleh perasaan sebak tu

    ReplyDelete
  13. air mata ira br tumpah minggu lepas..stres dgn suasana tempat baru..:)

    tp dah mkin bersemangat bila stress tu dah terluah mll air mata..

    ReplyDelete
  14. menangis selalu dikaitkan dengan perempuan tapi ramai yang terlpa kadang2 lelaki juga nangis..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. TP:
    aduh..apakah perasaan itu?
    takpe, menangis bkn bererti lemah tau.

    j.ira:
    hmm..itulah gunanya airmata. utk release stress.

    azlan:
    bagi akak, tak salah lelaki menangis..sbb itu cara meluah rasa.

    ReplyDelete
  16. air mata mcam air hujan..murah tapi berharga..:)
    yana memang kalau ada masalah tak boleh tahan akan nangis..bila nangis tu rasa lega sedikit..baru boleh bercakap dengan orang..hehe

    ReplyDelete
  17. prettywrite:
    betul..kalau tak masa ckp tu tak keluar kata2 tapi jadi nangis plak kan.

    ReplyDelete
  18. kadang2...lepas menangis, ase tenang jek :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****