Wednesday 27 March 2024

Nikmat Yang Dikembalikan…

Petang semalam (hari Selasa, 26 Mac 2024) menyaksikan curahan hujan membasahi bumi di kawasan tempat tinggal saya, iaitu setelah kira-kira dua bulan tanpa hujan lebat. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat yang dikembalikan ini ❤️

Bermula dengan gerimis kira-kira pukul 4.15 petang seterusnya hujan bertambah lebat dan disertai dengan bunyi guruh serta tiupan angin. Sehingga ke lewat petang hujan masih mencurah ke bumi. Entah berapa kali saya keluar di halaman rumah semata-mata nak menikmati suasana hujan di luar. Perasaan yang tak pernah saya rasa sebelum ini - terlalu gembira, rasa sangat lega dan sangat bersyukur melihat curahan hujan 😁

Terserlah kegembiraan penduduk Perlis, ratusan komen muncul hanya dalam masa kira-kira  1 jam posting oleh admin Facebook - PerlisAktif. Pun begitu, ada beberapa tempat tidak merasa curahan hujan iaitu bermula di Kuala Perlis sehingga ke Sanglang. InsyaAllah masanya akan tiba.


********************


Pagi tadi (hari Rabu, 27 Mac 2024), sebaik kenderaan Encik Suami hilang dari pandangan (menuju ke tempat kerja) saya terus memulakan aktiviti morning walk. Saya nak menikmati suasana pagi selepas hujan mencurah semalam. Mungkin malam atau awal pagi tadi pun hujan juga, jalan tar dan pokok nampak basah.

Suasana pagi terasa lebih segar dan indah!

Abadikan memori rumput mati kekeringan dek kemarau panjang. InsyaAllah tiba masa semuanya akan bertukar menghijau atau memutih (naik pokok lalang 😅).

Curahan hujan lebat ini menandakan permulaan fasa perubahan monsun. Menurut MET Malaysia, fasa peralihan monsun dijangka bermula sepenuhnya pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Semasa fasa ini, kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan beserta angin kencang dalam tempoh singkat. Dijangkakan cuaca panas dan kering akan beransur reda menjelang pertengahan April 2024.

Merujuk ramalan cuaca, setiap hari mulai esok dan seterusnya tempat saya akan menerima curahan hujan. Bersedia untuk ke musim seterusnya…






.

40 comments:

  1. Alhamdulillah syukur 🤲
    Gombak dah mula hujan sejak Jumaat lepas alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...terasa nikmatnya hujan tu kan.

      Delete
  2. Alhamdulillah..sejuk sikit bumi. Lama tu sampai 2 bulan tak hujan. Tapi memang cuaca begitu baru harumanis akan elok berbuah dan menjadi kan. Syukurlah sekarang cuaca sejuk sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, cuaca panas memang perlu untuk harumanis jadi manis. Cuma bila panas dan kering ekstrem gini, timbul pulak masalah lain - kurang ejen pendebungaan (bunga kurang jadi buah).

      Delete
  3. Alhamdulillah lepas ini hujan pula.
    Begitulah cuaca silih berganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur silih berganti gini walaupun rasa terseksa jugak panas dan kering dua bulan 😅

      Delete
  4. Alhamdulillah. Jadi tak panas sangat ya kak.. kalo di jakarta memang hujaaaan saja belakangan ini. Belum sempat panas lagi. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah suhu dah turun sejak ada hujan.

      Delete
  5. Alhamdulillah...kuantan pun dh hujan pagi tadi,walau skejap syukur sgt
    moga hujan yang turun slps musim kemarau ni membawa rahmat utk kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau kejap, tetap syukur sangat kan bagi kita yang dah lama tak terima hujan.

      Aamin...

      Delete
  6. Tempat saya sudah tiga hari berturut-turut hujan deras, bahkan ada beberapa titik tempat yg banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian yang terkesan banjir, moga situasinya tak terlalu buruk.

      Delete
  7. Alhamdulillah, sejuk sikit bila hujan. Di Johor skrg cuaca panas berdenting dan semalam petang tiba² hujan lebat tapi sekejap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Johor nampaknya cuaca seimbang, kejap panas kejap hujan.

      Delete
  8. Alhamdulillah . Kawasan CCL pun hujan . Petang tadi pun kemain lebat, kilat guruh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah CCL, hujan sekarang ni siap kilat guruh petir. Rumah akak black out semalam masa lepas berbuka.

      Delete
  9. Alhamdulillah, kat sini belum hujan.. pokok2 pun hampir mati kekuningan.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kat pokok-pokok kan. Walaupun kita siram, tapi ada pokok yang tetap tak segar elok. Perlu air sangat banyak agaknya.

      Delete
  10. dua bulan tak hujan kak? kat rumah dana baru 5 ke seminggu tak hujan pun dah rasa kesian kt pokok yang kering kontang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Dana. Rasanya ini pengalaman pertama akak, tak pernah takde hujan lama gini. Itu yang rumput pun mati. Pokok kecik semua hampir mati, pokok besar je yang survive tapi daun kerekot kurang air.

      Delete
  11. Alhamdulillah syukur di Perak pun hujan lebat semalam

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah Seremban pun hujan dah mula turun walaupun sekejap-sekejap dan tak berapa lebat tetap besar rasa nikmatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...bila dah lama tak hujan ni, memang rasa besar nikmat hujan.

      Delete
  13. Alhamdulillah. Melaka pun sudah lama tidak hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga hujan turun di sana jugak InsyaAllah.

      Delete
  14. Tempat saya pun hujan turun sudah 2 hari, di waktu petang. Memang terasa nikmatnya, setelah sekian lama tak hujan. Alhamdulillah. Rajin Ujie ber-morning walk di bulan puasa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jalan santai je Nur, jadi masih boleh buat morning walk. Cuma masa dikurangkan daripada biasa.

      Delete
  15. Alhamdulillah...sejuk suasana...

    ReplyDelete
  16. di KL, hujan turun hampir setiap petang...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah taklah panas sangat KL yang padat dan sesak tu.

      Delete
  17. Kami di Kuantan masih belum turun nya hujan. 3 hari lepas, Sultan Pahang menitahkan semua masjid di negeri ini melaksanakan solat istisqa' memohon diturunkan hujan

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah sejuk skit, hujan petang ni balik kerja pula akan jammed :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab jalan jadi sesak tu yang tak seronok. Tabah jelah kan.

      Delete
  19. Alhamdulillah.. hujan turun juga akhirnya.
    kat sini pun dah beberapa hari hujan, ada tempat lebat, ada tempat tak. Kalau hujan waktu balik kerja, jammed, lambatlah sampai rumah nak kejar waktu berbuka.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah petang petang sekarang ni selalu hujan .. Nak tido malam pun dah tak struggle :D

    ReplyDelete
  21. Alhamdulilah. Sejuk bumi ni kan...kalau tidak panas je....

    ReplyDelete
  22. Setelah lama kemarau...bila hujan pertama turun...ada bau yang saya suka Bau rumput kering bercampur titisan hujan tu saya suka

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****