CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEDUA - KHAMIS, 5 DISEMBER 2024
Jemput baca catatan terdahulu --> Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Dari lokasi foto ikonik di Arakurayama Sengen Park, kami menuju ke Oshino Hakkai dengan jarak perjalanan sejauh 9 km. Oshino Hakkai merupakan sebahagian daripada 'Mount Fuji UNESCO World Cultural Heritage Site'.
Kami tiba di sini kira-kira pukul 3.10 petang.
Info | Hakkai, or "Eight Seas," refers to the eight pools of water that are the main attraction at Oshino Hakkai. Bridges and pathways lead you around and over these tranquil ponds. The traditional thatched roof buildings, slowly spinning water wheels, and amazing view of Mt. Fuji all transport you to another era. (Sumber info dan bacaan lanjut di japan.travel)
Antara tarikan utama di sini - terdapat 8 buah kolam yang terbentuk hasil letusan Gunung Fuji.
Kagamiike Pond - kolam pertama yang kami temui sebaik tiba di Oshino Hakkai, tetapi kalau ikut turutan ini merupakan kolam nombor 7.
'Kagami' merujuk kepada cermin kerana dari sudut tertentu kita akan dapat menyaksikan pantulan imej Gunung Fuji pada permukaan kolam ini.
Encik M hulurkan skrin telefon beliau - memaparkan hasil fotografi dengan imej Gunung Fuji pada permukaan air kolam. Memang cantik hasilnya. Saya cuba juga mendapatkan hasil yang sama, tapi tak berjaya.
Kami bergerak ke kawasan tumpuan utama pelancong. Terdapat bangunan yang menempatkan jualan makanan, cenderamata, kemudahan tandas dan juga sebuah kolam besar.
Penutup manhole yang unik! Tak berwarna-warni seperti penutup manhole berhampiran Masjid Fujikawaguchiko (entrinya DI SINI), tetapi masih menyerlahkan motif berkaitan tempat ini - Gunung Fuji dan kincir air (water wheel).
Tanaman dalam pasu bulat disusun berderet berhampiran kolam besar - tempat tumpuan utama para pelancong. Dari jauh nampak macam bunga, bila tengok dekat nampak macam jenis sayuran. Cantik menarik!
Inilah kolam besar yang terletak berhampiran bangunan jualan makanan dan cenderamata. Airnya sangat jernih, boleh nampak dasar kolam.
Nampak tak benda berkilau di dasar kolam tu? Saya fikir apa benda yang berkilau, rupa-rupanya duit syiling yang dicampak orang - kononnya hajat tercapai kalau campak syiling di kolam ini 😂. Selepas itu baru saya perasan ada notis larangan campak syiling ke dalam kolam. Baguslah ada notis larangan, nampak cacat pemandangan kolam yang cantik dengan benda tak sepatutnya.
Encik M bawa kami berjalan ke depan lagi - masuk kampung. Sepanjang lawatan kami di Oshino Hakkai, kami berjalan bersama-sama dalam satu kumpulan.
Di suatu sudut kolam, terdapat sebuah bangunan kecil dengan reka bentuk tradisional dan juga kincir air. Menarik sungguh dapat menyaksikan kincir air dan memerhatikan ia bergerak.
Thatched roof - binaan bumbung tradisional yang menarik perhatian saya.
Rupa bahagian dalam bangunan kecil dengan kincir air di luarnya. Menurut Encik M, ini tempat pembuatan produk (tapi entah produk apa). Saya sempat rakam video semasa kincir air ini bergerak, boleh saksikan video di hujung entri ini.
Pemandangan indah di Wakuike Pond - kolam nombor 5.
Jumpa gerai jualan jus segar - freshly squeeze juice. Harganya 700 yen. Ada pilihan buah oren atau grapefruit (hasil carian bahasa Melayu - limau gedang).
Strawberi pun ada dijual. Tapi tak beli sebab harganya mahal. Apa yang menarik, semua buah yang dijual di sini merupakan hasil tempatan - produk Jepun. Hasil Google Lens, strawberi ini produk dari Izu - sebuah bandar di Shizuoka Prefecture.
Jus segar grapefruit. Minum terus daripada buahnya! Isi buah grapefruit kemerahan dan rasanya lebih kurang sama macam buah oren. Segar dan ada sedikit rasa masam.
Kami menikmati jus buah sambil menatap indahnya pemandangan di sini - puncak Fuji, aliran sungai yang jernih dan suasana perkampungan yang tenang.
Puncak Fuji.
Video berdurasi 25 saat.
Catatan di Oshino Hakkai saya buat dua entri sebab banyak foto menarik. InsyaAllah bersambung pada entri seterusnya.
Kami tak sampai sini, Insyaa Allah satu hari nanti. Cantiknya semua. Cantiknya pond tu. Strawberry memang mahal kan, ada beli sikit jumpa somewhere yang murah sikit.
ReplyDelete