Thursday, 6 March 2025

Kehadiran Si Panjang Berbelang

Amaran :
Entri ini mengandungi foto ular yang mungkin mengganggu emosi. Jangan scroll ke bawah jika kalian fobia atau trauma dengan ular.


Kejadian hari Selasa, 4 Mac 2025 lalu.

Kira-kira pukul 3 petang saya keluar rumah untuk angkat baju di ampaian. Sambil berjalan menuju ke ampaian, saya memerhati sekitar dan terpandang sesuatu di dalam longkang kecil tepi rumah.

Eh, apa benda tu?
Alamak...ular! Tapi ularnya tak bergerak. Dah mati ke?

Saya masuk rumah semula, bawa keluar telefon untuk rakam foto. Lepas tu saya terus mesej Encik Suami di tempat kerja untuk bantuan segera. Encik Suami segera membalas. Kalau tak ada balasan, barulah saya call terus. 

Hasil foto zoom-in 10x.

Awalnya saya terkejut, kemudian rasa cantik juga warna serta corak ular ni. Lepas tu terus rasa seram, biasanya ular cantik ni jenis berbisa.

Terus saya panggil si anak bulu - Jojo. Panggil beberapa kali masih tak muncul, saya risau kalau tadi Jojo ada 'bermain' dengan ular. Maklumlah, budak ni semua benda di buat main. Dah banyak kali jumpa bangkai tikus, tupai dan burung depan rumah. Syukurlah tak lama kemudian Jojo muncul dan datang menghampiri saya - mengiau dan menggesel kepalanya di kaki saya. Nampak macam baik-baik aje si Jojo.

Tak lama kemudian Encik Suami sampai. Ular yang saya sangka mati, rupa-rupanya masih hidup! Terpaksalah dibunuh demi memastikan keselamatan kami. Si Jojo pula memerhati dari jarak jauh. Biasanya dia sibuk datang dekat pada sesuatu yang bergerak.

Hasil carian internet - ular berwarna hitam, berbelang kuning dan warna putih di bahagian bawah badan ini berkemungkinan adalah jenis ular katam. Sejenis ular berbisa dan patukannya boleh membawa maut. Kalau ada yang tahu ini sebenarnya ular apa, bolehlah nyatakan di ruangan komen ya. 

Untuk rekod, ini merupakan ular ke-5 yang hadir di depan mata saya sejak menetap di sini. Kali terakhir adalah pada bulan Januari lalu (entrinya DI SINI) dan bulan Disember lalu (tiada entri - seekor ular kecil berwarna coklat kategori tidak berbisa berada di dalam kabinet dapur bersebelahan tong beras).


Semoga Allah melindungi kami dari segala kemudaratan dan bahaya makhluk-Nya.







4 comments:

  1. Takutnya kak, dah 5 kali, banyak kali juga tu!

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, seramnya Ujie. Hidup lagi ular tu dia boleh sempat ambil gambar pulak ya, mentanglah ular tu lawa, haha. Jojo Jojo, jangan main ular tau. Tadi baca mula² pun sy dah teringatkan Jojo tau.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar. Jumpa mesti terkejut.
    Inipun tadi Abah kata ada ular di balik jam dinding. Itu dapat tangkap. Lagi satu tidak dapat tangkap sebab lari.

    ReplyDelete
  4. Baguslah dapat dibunuh
    Ular berbisa ni

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****