Alhamdulillah keadaan kesihatan saya semakin membaik walau belum pulih sepenuhnya. Masih lagi terbatuk-batuk dan masih makan ubatan diberi doktor. Terima kasih buat sahabat-sahabat blog yang telah mendoakan 💙
.
Ramadan tahun 2024, kami di negeri Perlis menjalani ibadah puasa dalam keadaan cuaca yang mencabar. Musim angin timur (berlaku sekitar bulan November - Mac) pada tahun lalu memberikan saya pengalaman baru - berpuasa dalam keadaan cuaca panas melampau, kemarau dan menyaksikan kebakaran di sana sini.
Boleh baca entri saya - Musim Angin Timur di Perlis | Cuaca Panas Melampau, Kemarau dan Angin Kuat
Alhamdulillah Ramadan tahun ini, keadaan cuaca berbeza. Walaupun masih berada dalam musim angin timur, tetapi cuaca tidaklah panas melampau dan tanpa kemarau. Ada hari panas dan ada hari hujan. Tiupan angin kuat juga tak sekerap tahun sebelumnya.
Tanpa gabungan ketiga-tiga elemen (cuaca panas melampau, kemarau dan tiupan angin kuat), sepatutnya tak berlaku kejadian kebakaran. Tapi nampaknya masih ada berlaku beberapa kes kebakaran kecil dan ada beberapa kali kebakaran besar sehingga menerbangkan debu hitam ke rumah saya.
Kebakaran bermula pada penghujung bulan Disember lalu. Rumput dan semak belukar bukan dalam keadaan kering seperti pemandangan pada musim angin timur yang lalu. Entah macam mana boleh terbakar.
Saya terfikir, mungkinkah ada eleman manusia sebagai pencetus kebakaran? Contohnya - ada orang baling puntung rokok ke dalam semak. Mungkin dibuat kerana kecuaian, atau mungkin sengaja? Kalau sengaja - ada beberapa sebab kebakaran sengaja dicetuskan tetapi ia lebih sesuai dibualkan secara berdepan berbanding menulis di sini.
Untuk rekod, sehingga pertengahan bulan Mac ini masih berlaku kebakaran.
Buah harumanis di belakang rumah saya. Hasil musim kali ini cuma sedikit, tak lebat seperti tahun lepas. Mungkin juga ada kaitan dengan faktor cuaca. Kalau nak kata faktor baja, tahun lepas pun tak dibaja tapi hasilnya lumayan.
Pesta Angin Timur (PAT) 2025 yang diadakan pada bulan Februari lalu juga menerima kesan perubahan cuaca. Hujan lebat menyebabkan kawasan tapak bendang yang menjadi lokasi PAT digenangi air dan berlumpur.
Sengaja saya catatkan hal kecil begini sebagai kenangan sepanjang menetap di Perlis.
sama juga di Kuantan cuaca berubah2 kak..alhamdulillah bulan puasa ni tak rasa sangat perit matahari,cuaca mendung kadang2 hujan lebat..
ReplyDeleteTidaklah panas kemarau sepanjang masa kan. Sy pun pelik kalau tiba² rumput boleh terbakar jika cuaca panas sangat.
ReplyDeleteKL ni asik ujan je petang2 nya
ReplyDeleteDi saat panas, biasa banyak musibah area terbakar, kalo hujan banjir pula. Serba salah kan 😔.
ReplyDeleteJakarta cendrung ke hujan saat ini. Semoga cuaca membaik lah. Beberapa daerah dah terkena banjir parah.
Sblm puasa ada terbaca berita katanya cuaca panas akan berlaku spnjg Ramadhan tapi sebaliknya, alhamdulillah. Hujan dan panas berselang-seli puasa kali ni.
ReplyDeleteitulah terbaca cuaca waktu ramadhan kalini tak menentu.. ada hari yg cuaca panasssss betul, ada yang hujannnnn
ReplyDeleteDekat KL dan Selangor sekarang cuaca tak menentu tapi banyaknya hujan dan redup... kalau panas berdenting macam di Perlis tu macamne lah agaknya la. Mesti berbuka je terus cari air sejuk... Moga sempat sihat kak sebelum balik Johor.
ReplyDelete