Walaupun pada bulan puasa, Encik Suami tetap jua perlu ke wilayah tengah atas urusan kerja. Kali ini ada urusan kerja di Putrajaya.
Kelmarin, hari Rabu kira-kira pukul 11.30 pagi kami bertolak dari rumah Perlis menuju ke Putrajaya. Tak dapat nak bertolak lebih awal, Encik Suami masih ada kerja nak diselesaikan.
Perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan lancar - cuaca panas terik di utara, kemudian bertukar redup dan hujan mulai turun sewaktu memasuki Selangor.
Pukul 5 petang kami berada di NKVE. Aliran trafik sesak.
Kalau ikutkan, kami dijangka tiba di Putrajaya sebelum pukul 6 petang. Masih ada cukup masa untuk membeli makanan berbuka. Tapi nampaknya, kami tiba ketika menghampiri waktu Maghrib. Kenderaan kami terus menuju ke Alamanda.
Sampai di ruangan parkir, beberapa detik kemudian masuklah waktu berbuka puasa. Maka berbukalah kami dengan apa yang ada - gula-gula Eclipse 😁
Gula-gula Eclipse boleh kata sentiasa ada dalam beg saya. Bermusafir ke luar negara pun saya sentiasa bawa bekalan Eclipse. Bekas penyimpanan yang kemas dan rasa gula-gula yang sedap serta ada pilihan perisa.
Makan gula-gula seorang sebiji, lepas tu kami cari restoran. Rata-rata tempat makan yang ada di Alamanda dipenuhi orang ramai yang sedang berbuka puasa.
Alhamdulillah dapat juga meja kosong di Nando’s.
Antara menu yang dipesan - honey yuzu chicken thigh skewers. Sedap sungguh rasa perapannya, ada rasa masam yuzu - sejenis buah limau.
Dekorasi raya di ruang legar utama Alamanda.
Selesai makan, kami ke hotel penginapan - The Everly yang terletak berhampiran Alamanda. Rancangan untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Putra terpaksa dibatalkan. Kami solat jemaah di bilik hotel jelah. Teringin juga nak merasa suasana tarawih di masjid besar, tapi tak berkesempatan.
.
Semalam petang lepas selesai urusan Encik Suami, kami bertolak balik ke utara. Cuma satu malam menginap di Putrajaya, belum hilang penat dah kena menempuh perjalanan jauh sekali lagi. Gitulah…bukan mudah mencari rezeki.
Hampir di sepanjang perjalanan sehingga tiba di P. Pinang hujan membasahi bumi, kadang terlalu lebat sehingga pandangan jadi terhad. Ada ketikanya trafik bergerak perlahan sebab terdapat kemalangan dan juga penutupan sebahagian jalan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Dah nak hampir waktu Mahgrib, kami keluar dari lebuh raya menuju ke Ikea Batu Kawan, P. Pinang. Nak berbuka di sana dan membeli sedikit keperluan di pasaraya.
Kisah berulang - kenderaan kami tiba di ruangan parkir beberapa detik menjelang Maghrib. Maka sekali lagi, kami berbuka puasa dengan gula-gula Eclipse 😁
Lepas tu barulah masuk ke restoran Ikea. Tapi sebab lambat datang, ada makanan yang dah habis. Sama seperti di Alamanda, orang ramai memenuhi ruang restoran Ikea.
Saya nak makan mushroom soup dengan roti dan juga popia. Tapi roti dan popia dah habis pulak. Tukar menu - nasi tomato. Rasanya tahap ok je - boleh makan habis tapi tak mahu ulang beli. Apa pun, Alhamdulillah ada rezeki untuk dimakan.
Selepas itu kami teruskan perjalanan ke Perlis walaupun pada mulanya kami bercadang nak bermalam di P.Pinang untuk berehat dan bolehlah solat tarawih. Rasa rugi kalau tinggal tarawih sebab ia ibadat yang hanya ada di bulan Ramadan. Tapi nampaknya kali ini terpaksalah tinggalkan tarawih.
Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah kira-kira pukul 12 tengah malam.
Warna tema deko raya alamanda dengan klcc sama eh?
ReplyDeletebertabahlah bila masuk KL Selangor bulan-bulan puasa ni Ujie, sediakan air je dalam kereta.. :)
ReplyDeleteSaya kalau dalam perjalanan di bulan puasa biasanya bawa air mineral dan roti. Tak sempat sampai rumah atau di tempat berbuka, makan itu sajalah dulu.
ReplyDeleteBelum masuk mall, tak dapat tengok deco Raya. Ramai yg share, cantik2 semua.
ReplyDeleteSama lah kami Ujie. Kalau dgn anak2 dulu dah siap2 bekal makanan berbuka dalam kereta, di mana2 tol plaza atau RnR. Hubby meeting Jumaat di KL tapi anak2 sekolah di Kerteh Terengganu dah weekend.
Allah, jauh betul suami Puan Ujie kena pergi apabila ada kerja memanggil.
ReplyDeleteMoga Allah beri pahala yang berlipatganda atas kesusahan yang dialami.
Eclipse ini selalu tengok adik lelaki nombor 3 bawa juga masa memandu.
Cie suka bekas gula2 eclipse tu dulu2 suka simpan.
ReplyDeleteAmmi bulan posa ni mmg sentiasa standby air dlm bag sbb minggu ni je dah 3x terpaksa berbuka dalam bus.
ReplyDeletekalau pkl 5 di NKVE, mmg heavy traffic...Alhamdulillah, ada bekal gula-gula...cantik hiasan raya Alamanda...belum lg ke shopping mall, tgk hiasan raya..paling suka Pavi & Suria KLCC..
ReplyDeleteSedap gula2 eclipse tu, Cuya selalu beli warna biru
ReplyDelete