Friday, 28 March 2025

Juadah Sahur, Berbuka dan Moreh Ramadan 2025

Bulan Ramadan kali ini, hampir setiap hari saya berbuka di rumah kecuali beberapa hari semasa ikut suami kerja di luar kawasan.

Rumah saya jauh dari lokasi bazar Ramadan, jadi malas rasanya nak keluar jauh semata-mata nak membeli makanan. Tambahan pulak, tahun ni kami berusaha nak solat tarawih setiap malam di surau. Kena jaga pemakanan supaya perut tak meragam waktu solat - tak boleh makan banyak, elakkan makan makanan yang ada unsur pedas (pedas sikit bolehlah). Kalau solat di rumah, senang nak ke tandas dan lepas tu sambung tarawih. 

Berbalik kepada tajuk entri, ayatnya macam banyak je foto juadah di sepanjang Ramadan 2025 😄. Hakikatnya sikit je foto yang ada, saya ambil foto bila sempat dan rajin.

Saya letak foto juadah sahur, berbuka dan moreh di blog sebagai kenangan dan rujukan akan datang.

Juadah sahur dan berbuka.
Lauk dalam bekas plastik tu pemberian jiran. Spaghetti carbonara chicken chop beli dari Daddy’s Kitchen - restoran paling dekat dengan rumah kami.

Jus tembikai manis tanpa gula, minuman yang kerap saya buat sebab sini dekat dengan ladang tembikai. Ini pun ada dua biji tembikai menanti untuk diproses - buat jus kemudian simpan dalam freezer supaya tahan lama. Keluarkan beberapa jam sebelum boleh diminum.

Juadah sahur dan berbuka.
Jemput-jemput pisang atau cekodok tu guna pisang yang disimpan dalam freezer. Pisang tersebut juga berguna bila saya nak buat smoothie.

Juadah moreh.
Dah sekian lama saya tak makan moreh. Biasanya kalau solat tarawih di mana-mana surau/masjid saya tak ambil juadah tersedia, sebab saya nak elak makan lewat malam dan memikirkan ramai lagi orang yang berminat nak ambil.

Tapi kali ini, jemaah cuma sekitar 20 orang. Kalau yang hadir di surau tak ambil juadah tersedia, makanan jadi berlebihan. Jemaah lelaki biasanya akan duduk makan juadah moreh sambil berbual santai. Encik Suami akan ambilkan untuk saya dan bawa balik makan di rumah.

Juadah moreh kami yang paling mahal 😅. Tomahawk steak di Daddy’s Kitchen. Sedap lembut berjus, recommended! Harganya tidaklah semahal restoran di bandar.

Kalau ikutkan, kami nak makan semasa berbuka tapi nanti kekenyangan susah pulak nak solat tarawih. Jadi malam tersebut kami berbuka sekadarnya, kemudian solat berjemaah di rumah dan keluar makan sekitar pukul 9.40 malam. 


Terima kasih Allah atas segala rezeki kurniaan-Mu.







10 comments:

  1. Allhamdulillah, ikut senang
    Kalau saya, lebih banyak berbuka di rumah
    Mungkin baru minggu terakhir, jajan di warung kaki lima. Maklum, keluarga sudah pada mudik, di rumah hanya sendirian

    ReplyDelete
  2. Sedap2 juadah berbuka dan moreh kak ujis

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillahhh seronoknya tengok juadah akak ujie.. samalah mcm Ana pun tingga di kwsn Felda (agak jauh nak keluar ke pekan), bazar ada juga dlm felda tp Ana memilih utk masak di rmh hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedap2 semua menu. Cie masih masak sendiri juga 27 Ramadan ni belum pernah berbuka di luar atau beli juadah berbuka.

    ReplyDelete
  5. Memang paling best la berbuka di rumah bagi sy berbanding di luar. Tak payah berebut tandas dan berebut nak berwuduk, mengambil tempat nak solat lagi, paling selesa dan khusyuk di rumah. Sedap² juadah sahur, berbuka dan moreh, Ujie. Paling tak menahan yang last tu haaaa...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah, rezeki yang macam2 ni Ujie. Cekodok pisang pula saya dok ulang2 buat bulan puasa kali ni. Saya selalunya masak.

    ReplyDelete
  7. Wah semuanya sedap2 sangat Ujie. Suka sangat tengok juadah2 makanan ni. Especially Tomahawk tu lah 😍😍😍

    ReplyDelete
  8. Semua nampak menyelerakan! Saya teringin bihun goreng singapore, tapi tak buat-buat lagi. Peh! Steak tu memang menduga keimanan betul!

    ReplyDelete
  9. Tak semahal tu tapi mahal jugak kan? Part tu memang sedap

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap semua juadahnya..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****