Ini bukanlah kali pertama saya dan Encik Suami menginap di The Everly Putrajaya. Tetapi kali ini kami mendaftar masuk sedikit awal (sekitar pukul 9 malam) berbanding sebelumnya (sekitar pukul 2 pagi). Jadinya saya masih larat nak memotret keadaan dalam bilik penginapan, bolehlah buat entri sebagai kenangan dan rujukan akan datang.
Laluan menuju ke bilik-bilik penginapan.
Penginapan kami Deluxe King Bed terletak di aras 14. Biliknya luas dan dilengkapi dengan mesin kopi. Memang berbeza dengan dua kali pengalaman penginapan kami sebelum ini.
Lega rasa bila dapat bilik penginapan begini, bolehlah kami berehat dengan selesa selepas menempuh perjalanan jauh.
Lengkap dengan pelbagai kemudahan. Semuanya berada dalam keadaan baik dan bersih.
Ada singki, mesin kopi dan tersedia empat tin minuman di dalam peti sejuk mini. Encik Suami rujuk YouTube cara-cara menggunakan mesin kopi - hasilnya dapatlah kami menikmati beberapa cawan kopi pada malam tersebut.
Air minuman disediakan dalam botol kaca. Pengalaman sebelum ini, rasa airnya tak sedap - macam minum air paip. Tapi kali ini terpaksa juga minum sebab terlupa membeli air mineral. Alhamdulillah kali ini ok je rasa airnya.
Ceria dan menarik rekaan notis makluman dan bekas isi kad akses.
Bilik air luas, bersih dan selesa. Lengkap dengan tab mandi. Tapi leceh bila nak mandi guna shower kena masuk dalam tab mandi. Ada sesetengah hotel buat asing - tab mandi dan ruang shower.
Sabun tangan, sabun mandi dan syampu disediakan dalam botol besar. Mudah nak guna.
Saya lupa nak ambil foto pemandangan dari jendela bilik, tapi pemandangannya biasa saja - bangunan dan kawasan rumah. Bukan bilik menghadap tasik taman rekreasi.
Harga penginapan termasuk bufet makan sahur. Waktu sahur pada pukul 4 - 6 pagi. Kami turun makan kira-kira pukul 4.40 pagi.
Banyak juga pilihan makanan tersedia - nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, mi sup, bubur nasi, sup cendawan, roti canai, salad dan pastri.
Saya makan nasi lemak tak letak kacang dan bilis. Sedap rasa nasi lemak dan sambalnya. Ambil juga sup cendawan, tapi cair dan rasanya tak kena selera. Mujur ambil sedikit, boleh habiskan. Lepas tu ambil juga roti canai dan sejenis pastri.
Masa tengah ambil pastri, tiba-tiba terdengar orang memanggil nama saya. Terkejut jugak. Rupa-rupanya kawan sekolah menengah yang menegur saya. Tak rasa kekok sebab kami dah bertemu beberapa kali sebelum ini ketika reunion. Kawan saya datang dari Kuantan ditemani suaminya, ada urusan kerja di Putrajaya.
Kami berbual ringkas dan ambil foto berdua sebagai bukti untuk dikongsi dalam grup WhatsApp kami. Biasanya kalau ada kawan yang datang ke Putrajaya, mereka akan atur pertemuan dengan kawan-kawan yang bekerja di kawasan sekitar. Tapi saya tak boleh buat begitu sebab saya terikat dengan jadual kerja suami yang tak tetap masa dan lokasi.
Berbalik kisah pengalaman penginapan kami di The Everly Putrajaya, secara keseluruhannya saya berpuashati menginap di sini. Ada kawasan parkir yang mencukupi, proses daftar masuk keluar yang pantas dan paling utama bilik penginapan yang cukup selesa. Dekat pula dengan Alamanda, bolehlah ambil kesempatan shopping. Maklum saja kalau nak shopping di Perlis memang terhad pilihannya.
cantiknye laluan... macam sedap jer nampak.. hehehehe.. macam kuih...
ReplyDeleteCie suka juga stay kat Everly ni. Buffet breakfast banyak pilihan.
ReplyDeleteLuasnya toilet dia... toilet uncle sekangkang kera je....
ReplyDeleteKalau brisk walk Tasik Putrajaya, kadang lalu tepi hotel ni.
ReplyDeleteBeberapa cawan kopi tu, mujur boleh tidur ye PU :D
ReplyDeleteCantik dan luas biliknya, selesa sangat.
Beverly Di Melaka hidup segan mati tak mahu. Dah berapa kali tukar pengurusan.
ReplyDeleteBestnya, dalam bilik ada mesin kopi. :D
ReplyDeleteDalam lama tak merasa duduk hotel semasa bulan puasa. Seronok juga sahur ada macam-macam menu boleh pilih.
waahhhh puas hatinya mcm ni! dah lah bilik luas, ada coffee mesin , aaaaa comelnyaaaaa design!
ReplyDeleteSeronoknya dapat menginap aneka hotel...
ReplyDeleteBanyak juga pilihan sahur tu .Baru la semangat nak bersahur ..