Monday, 24 March 2025

'Shopping' Ubat

Bulan puasa tahun lepas | saya diuji dengan masalah batuk berpanjangan - tiada satu malam pun saya mampu menunaikan solat tarawih di surau/masjid. Batuknya tak teruk tapi sesekali bila tekak rasa sangat gatal jadi terbatuk-batuk dengan kuat, tak sesuai berjemaah bersama orang ramai.

Alhamdulillah tahun ini | hampir setiap malam saya berpeluang solat berjemaah di sebuah surau kecil berhampiran dengan rumah. Jemaahnya tak ramai, selalunya tak lebih 20 orang. Imam solat merupakan dua orang anak tahfiz yang bergilir mengimamkan solat Isyak, solat tarawih dan solat witir.

Tetapi sejak hari Khamis malam Jumaat lalu, saya solat tarawih di rumah saja kerana keadaan kesihatan yang kurang baik - demam, kepala rasa berat, sakit badan dan batuk berkahak. Saya ambil ubatan yang sedia ada di rumah - ubat batuk dan panadol.

Semalam - hari Ahad | batuk masih belum baik dan ada masa rasa perit tekak sampai susah nak keluar suara. Sekejap rasa macam demam, sekejap elok. Tak begitu teruk. Encik Suami pun nampaknya mulai tak sihat dengan simptom yang hampir sama dengan saya. Walaupun tak teruk, kami pergi ke klinik sebab risau juga kalau lambat baik macam mana nak balik beraya di Johor.

Dalam perjalanan ke klinik, nampak orang naik motor bawa daun banyak begini. Kalau diperhatikan macam rupa daun teratai atau daun keladi, saya tak pasti. Nak guna buat apa agaknya tu?

Kami ke sebuah klinik di bandar Kangar, terletak sejauh 27 km dari rumah. Sebelum ni pernah pergi klinik yang lebih dekat dengan rumah, tapi rasa agak kurang puas hati. Jadi kali ni kami pergi jauh sedikit, kot rasa serasi bolehlah ulang datang sini kalau perlu rawatan.

Pesakit lain tak ramai, sekejap je duduk menunggu nama kami berdua dipanggil untuk masuk ke bilik konsultasi. Puan doktor dengan pertuturan dialek utara, sempat bertanya - balik kampung atau memang bekerja di sini? Agaknya sebab dengar kami 'cakap luar'.

Ada sekali tu puan doktor sebut - lepas 'soq'. Mujur saya faham 'soq' maksudnya sahur 😄

Terkejut juga saya masa dapat ubat, staf klinik beri dalam beg kertas jenis keras elok gini 😁

Isi dalam beg - penuh dengan ubat-ubatan kami berdua. Dah dekat nak raya, orang shopping barang raya kami shopping ubat 😅

Eh, siap dapat dua pek sampul duit raya dan baucer foto raya di studio.

Berapa caj rawatan kami di sini? Saya sendiri tak pasti sebab kami guna insurans perubatan oleh syarikat tempat Encik Suami bekerja. Setakat ini masih belum ada update di aplikasi PMCare. Tertanya-tanya juga berapa cajnya.

Semoga dengan usaha rawatan ini, Allah mengurniakan kesembuhan buat kami.







17 comments:

  1. moga cepat sihat ye kak,mungkin juga faktor cuaca agaknya ramai yang tak sihat,Pia haritu 3hari juga sakit tekak tak ada suara...kampung di Johor jauh dari tempat banjir kak?sedih tengok rumah warga johor yang kena banjir tu,diaorang dah tak fikir raya dah tu kan...

    ReplyDelete
  2. Semoga diringankan sakitnya dan serasi dengan ubatan yg diambil. Boleh saing² pulak sakitnya tu, semoga cepat² sembuh dan dapat pulang beraya dengan selesa nanti. Kalau tengok pada gambar dalam klinik, beg kertas keras dan ubat²an, mungkin boleh tahan jugak bilnya tu jika klinik tu berada di Johor, hahahah.

    ReplyDelete
  3. sama la panel company saya pn PMcare...smoga cpt sembuh & dipermudahkan segala urusan...org yg bw moto bw daun tu..byk btul..sipi2 tk nmpk orgnya

    ReplyDelete
  4. Cantiknya klinik...Semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. Moga cepat sembuhnya ya. Ya lah Ujie....daun banyak2 tu buat apa ya?

    ReplyDelete
  6. Yang penting patuh jadual makan ubat ye... Jangan skip2 dan tuang2... Pasti baik.

    ReplyDelete
  7. Semoga dikurniakan kesembuhan.

    ReplyDelete
  8. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan ya Ujie. Tak lama nak Raya dah. Besar betul daun atas motor tu.

    ReplyDelete
  9. Syafakillah PU 🤲🏻
    Kalau batuk mmg tak selesa nak berada bersama orang ramai. Tak puas nak batuk pun, kena sopan haha...
    Tak peranan juga daun apa tu...

    ReplyDelete
  10. Banyaknya ubatnya.
    Oh! Ya, saya dahulu batuk makan Prospan ini. Rasa ok daripada ubat batuk hitam yang stardard klinik selalu bagi.

    ReplyDelete
  11. byknya ubat! moga kak ujie diberi kesembuhan hendaknyaaa aminnnnnn... ehh byknya daun teratai dia bawak, nak bagi makan haiwan kot ye?

    ReplyDelete
  12. Tengok kliniknya pun cantik betul kak, patutla cara dia letak beg pun gitu kak. Musti kayangan jugak tu kak, daun tu macam daun yang orang guna buat tapai ke buat apa kak... ke bungkus makanan tu kak

    ReplyDelete
  13. Semoga lekas pulih.. Sayapun sebulan yang lewat batuk berkepanjangan, makanya satu bulan penuh enggak update blog sama sekali, saat ini lumayan pulih, hanya sesekali saja batuk"nya.

    ReplyDelete
  14. Semoga cepat sembuh ya
    Batuk ni kalu mula
    Susah nk brakhir
    Apapun slmt berpuasa

    ReplyDelete
  15. Byk nya daun tu... Kalau daun lerek mesti nak dibuat lemang.. tapi kalau mcm tu tak tau nak buat apa.. apa pun semoga cepat sembuh.. at least this ramadhan dpt buat lebih baik dari yg sebelumnya.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  16. semoga akak cepat sihat...

    cantiknya klinik tu... ceria..

    daun tu untuk buat ape ek... bagi makan kambing ke? tp kambing mkn ke ek daun keladi... confuse pulak ldy...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****