Wednesday, 26 February 2025

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida

CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEDUA - KHAMIS, 5 DISEMBER 2025


Dari bandar Fujikawaguchiko, kenderaan kami bergerak ke bandar Fujiyoshida - menuju ke Arakurayama Sengen Park. Jaraknya cuma kira-kira 6 km.

Kami tiba di sini sekitar pukul 1.40 petang, agak ramai pengunjung ketika ini. Kenderaan kami perlu menunggu seketika sebelum dapat masuk ke kawasan parkir.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Kawasan parkir berbayar. Saya tak tahu berapa caj parkir sebab dah termasuk dalam pakej day trip Fuji.

Encik M beri penerangan ringkas berkenaan tempat ini sebab nanti dia tak ikut kami naik ke atas. Kami diberi masa kira-kira 1 jam untuk berada di Arakurayama Sengen Park, cukup masa semua perlu kembali berada di kenderaan.

Info ringkas Arakurayama Sengen Park :
  • Terkenal dengan foto ikonik - Gunung Fuji dilitupi salji, pagoda lima tingkat berwarna merah dan bunga sakura. Foto yang biasa kita nampak pada poster promosi pelancongan Jepun.
  • Tempat ini dibuka sebagai taman awam pada tahun 1959.
  • Untuk sampai ke Observation Deck (lokasi sudut pandang foto ikonik), pengunjung boleh memilih sama ada mendaki Sakuyahime Stairway dengan 398 anak tangga atau menggunakan laluan biasa.
  • Tiada bayaran masuk.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Awal-awal lagi dah kena mendaki anak tangga.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Sampai di dataran pertama, ada sebuah kuil. Masa ni saya dah mula teruja melihat dedaun musim luruh dengan pelbagai warna! Cantik sungguh daun maple berwarna merah terang ni.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
MasyaAllah indah sungguh warna dedaun musim luruh 😍

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Dek terlalu teruja, asyik sungguh saya memotret sana sini.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Indah lukisan alam. Terima kasih Allah yang memberi kurnia nikmat dapat saya menatap keindahan di sini. Saya rasa sangat seronok!

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Mendaki 398 anak tangga sambil menikmati keindahan alam.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Menurut Encik M, ketika ini sudah pun berada di penghujung musim luruh - peralihan ke musim sejuk. Dedaun tak begitu cantik, sudah mulai kering. Tapi apa yang ada di hadapan mata saya ini semuanya dah terlalu cantik. Maklumlah, saya baru pertama kali ke luar negara pada musim luruh (lebih tepat - penghujung musim luruh). Pengalaman pertama yang mengujakan!

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Selain mendaki anak tangga, kita juga boleh memilih naik menggunakan laluan biasa. Jadinya selepas beberapa ketika mendaki anak tangga, saya dan Encik Suami memilih untuk menggunakan laluan biasa. Lebih tenang sebab tak ramai pengunjung lalu ikut jalan ni.

Kelebihan lain - lebih santai sebab tak perlu mendaki anak tangga dan dapat menikmati pemandangan berbeza. Tetapi, jarak laluannya lebih jauh berbanding mendaki anak tangga kerana berkelok-kelok (boleh rujuk foto peta Arakurayama Sengen Park di bawah).

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Ada hutan di tepi laluan, kita berhenti sekejap merakam memori di sini.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Pukul 2.05 petang, kami tiba di Chureito Pagoda. Inilah pagoda dalam foto ikonik yang saya nyatakan di awal entri. Bagi mendapatkan sudut pandang seperti dalam foto ikonik tersebut, kita perlu teruskan mendaki ke atas sedikit lagi menuju ke Observation Deck.
Chureito Pagoda | A five-storied pagoda that is about 20m tall. A five-storied pagoda is normally used in a Buddhist temple to keep Buddha’s relics. The Chureito pagoda, however, was constructed to console the spirits of the victims of the latest wars Japan was involved in. Those are the Japan-Sino War, Japan-Russo War, WW1, and WW2. [Sumber info : japancitytour.com]

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Laluan ke Observation Deck - jalan depan sikit dan ambil laluan sebelah kiri. Kalau jalan terus lagi, boleh sampai ke puncak Gunung Arakura. 

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Peta panduan kawasan Arakurayama Sengen Park. Klik foto untuk paparan lebih jelas.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Pemandangan menarik bandar Fujiyoshida di sebelah kanan laluan.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Fuh! Akhirnya sampai jua kami di Observation Deck.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Pemandangan Gunung Fuji yang silau dek cahaya matahari, pagoda merah dan pokok sakura yang belum berbunga 😂. Beginilah hasil 'foto ikonik' saya. Tak dapat cantik macam foto ikonik yang biasa saya lihat, tapi dapatlah merasa sendiri pengalaman berada di sini.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Sesak di bahagian atas tempat saya berdiri. Jadi susah nak dapatkan sudut yang cantik untuk memotret. Di bahagian atas satu lagi - berderet tripod besar mungkin sedang menanti detik yang sesuai bagi mendapatkan hasil foto terbaik.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Jomlah kita turun. Eh, cantik pemandangan semasa nak turun.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Perjalanan balik kami menggunakan tangga sepenuhnya. Sesekali kami berhenti untuk menikmati pemandangan indah di hadapan mata. Kalau sambil melangkah sibuk tengok pemandangan, boleh tergolek ke bawah 😅

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Gunung Fuji yang mempesona.

Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida
Tak jemu pandang dan tak jemu memotret si Fuji.

Alhamdulillah! Kami berjaya naik sehingga ke Observation Deck dan selamat kembali ke tempat parkir kenderaan. Memang terasa penat semasa mendaki, tapi seronok dapat menikmati pemandangan di sepanjang laluan dan pemandangan dari Observation Deck. Syukur jugalah kami ke sini ketika udara sejuk, perjalanan rasa selesa tanpa berpeluh.

Sampai di tempat parkir, saya ke tandas berhampiran. Tapi sangat mengejutkan, keadaan tandas kotor - berbau sangat tidak menyenangkan dan tisu tandas bersepah di lantai. Terkejut saya dan ahli keluarga Encik A yang sama-sama masuk tandas perempuan ketika itu. Terus terbantut hajat kami. Menurut Encik M, berkemungkinan besar ada kumpulan pelancong dari China yang baru saja menggunakan tandas tersebut.

Dari Arakurayama Sengen Park, Encik M bawa kami ke sebuah perkampungan yang merupakan sebahagian daripada 'Mount Fuji UNESCO World Cultural Heritage Site'.


Video singkat berdurasi 18 saat memaparkan keindahan dedaun musim luruh di Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida.

Semoga ada kesempatan buat saya kembali ke sini lagi pada musim bunga sakura berkembang. Tentu suasananya jauh berbeza. Apa pun, setiap musim ada keunikan dan pesona tersendiri.







25 comments:

  1. Uish... warna2 daun dia dah macam lukisan! Marveles!

    ReplyDelete
  2. Aha pagoda ini yang selalu ternampak. Rupanya namanya ialah Chureito Pagoda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...saya pun baru tahu pasal pagoda ni.

      Delete
  3. Subhanallah tak tergambar cantiknya ye!
    Daun² tu cantik betul. Memang ralit la tengok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya PH, jadi leka memerhati. Cantik sangat!

      Delete
  4. Subhanallah... cantiknya daun-daun di musim luruh.. mesti org sana dh x heran kan? tapi kita yg x biasa ni tgk rasa nak petik dan simpan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kutip jugak beberapa helai dan simpan buat kenangan 🤭😄

      Delete
  5. Cantiknya gambar² yang dirakamkan, tentu lebih indah menyaksikan dengan mata kepala sendiri. Macam dalam poskad ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sk, jauh lebih cantik bila tengok dengan mata sendiri.

      Delete
  6. cantiknya view..suka tgk dedaun yg colorfull tu

    ReplyDelete
  7. waahhhh cantiknya view! tgok daun maple tu terus teringat citer hindustan Mohabbatein hehe

    ReplyDelete
  8. gambar pagoda dan gunung fuji tu selalu jumpa kat poster2 promosi pelancongan jepun...

    area ni sy x sempat singgah... ye laa kejar masa time tu...next time ada rezeki mmg nak repeat dan singgah sini

    ReplyDelete
  9. Cantiknya daun kuning! view dia macam dalam movie

    ReplyDelete
  10. Cantiknya daun-daun kering pelbagai warna ada. Gambar atas observation deck tu, sangat cantik, Ujie. Untung Ujie dapat sampai sana. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...walaupun tak dapat ambik gambar cantik sebab faktor cuaca.

      Delete
  11. cantiknya... daun pun dah cantik...

    ReplyDelete
  12. Hilang penat bila sampai atas kan. Walaupun musim luruh nak berakhir tapi daun2 tetap cantik. Rindu Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Warna daunnya sangat memukau.

      Moga kita ada rezeki kembali jalan-jalan Jepun. Negara yang sangat menarik.

      Delete
  13. Oh saya ingat gambar dengan pagoda iniiii. 😍😍😍.

    Memang cantiiiik observatory spot nya kak. Lumayan ramai di atas ini yaaa.

    Saya baru sekali traveling saat autumn, saat ke Berlin. Memang sukaaa dengan pohon2 yg daunnya menguning dan memerah. Tapi setelahnya belum pernah lagi pergi ketika autumn. Selaku winter, JD dah jarang dapat foto dengan daun2 menguning.

    Bicara ttg toilet kotor, saya ingat saat ke Korea Utara, guide kami yg merupakan warga Korut, tak suka dengan turis China, sebab mereka bising dan suka bikin kotor di tempat umum 😅. Jadi sekali kami terserempak dengan turis China saat di Pyongyang, guide kami langsung ajak pergi ke toilet sesegera mungkin Krn dia tahu setelahnya akan kotor 😅

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****