Saturday, 29 October 2022

Janji Temu Pertama Rawatan Susulan Bagi Penyakit Gusi

Catatan terdahulu berkaitan rawatan penyakit gusi saya :


Petang semalam (Jumaat, 28.10.2022), sekali lagi saya berjumpa doktor gigi bagi menjalani rawatan susulan berkaitan penyakit gusi yang saya alami. Janji temu sepatutnya pada penghujung bulan Ogos lalu, tetapi bertukar masa beberapa kali atas beberapa sebab (kadang Dr. Freeda tak ada dan kadang saya pula yang tak dapat hadir). Sudahnya, rawatan susulan yang sepatutnya dibuat selepas tiga bulan jadi berjarak lima bulan. Tapi itu bukanlah masalah besar, sebab ianya hanyalah rawatan susulan.

Alhamdulillah, semalam dapat juga saya hadir setelah menggantikan slot pesakit lain yang tak dapat hadir. Pihak klinik sangat profesional dalam menguruskan slot rawatan, semuanya diatur dengan baik. Jadinya kalau ke klinik, tak perlulah kita menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan ruang menunggu tak dipenuhi dengan pesakit yang sedang menunggu.

Bagi rawatan susulan kali ini, ada tiga perkara dilakukan :
  • Ukur gigi
  • Scaling
  • Repair splinting gigi atas
Menurut Dr. Freeda, secara keseluruhannya gusi saya sudah kembali sihat (gusi yang sihat adalah gusi yang mampu memegang kukuh gigi). Tetapi ada sebatang gigi yang tak dapat dipegang kukuh oleh gusi disebabkan keadaan penyusutan gusi yang teruk. Buat masa sekarang, pilihan yang ada hanyalah gigi tersebut perlu kekal memakai ikatan gigi (splinting) supaya kukuh tidak bergoyang.

Disebabkan tiada masalah serius, maka rawatan susulan berikutnya hanya perlu dibuat setiap enam bulan sekali. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Walaupun gusi yang dah susut tak mungkin pulih seperti asal, tetapi sekurang-kurangnya gusi saya sudah bebas daripada penyakit gusi.

Rawatan kali ini selesai dalam tempoh kira-kira 50 minit. Caj dikenakan sebanyak RM400. Untuk rekod, ini merupakan kali ke-9 saya mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Periodontik & Pergigian Freeda Woon di sepanjang tahun 2022. Insya Allah janji temu berikutnya pada bulan April 2023.


Pukul 4.17 petang - pemandangan dari atas Jambatan Kedua Pulau Pinang sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah. Awam gelap dan hujan rintik-rintik.






.

14 comments:

  1. Sama-samalah kita merawat gusi dan gigi ye Ujie. Petang kelmarin pun saya buat wawatan gigi kali ke tujuh. Sepatutnya buat hari Isnin, tapi saya jalan ke Kota Kinabalu pula. Masih ada rawatan lanjut selepas ini. Setakat ini, beberapa puluh ringgit sahajalah menghampiri 3K untuk kos rawatan tujuh kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng la kita kak Amie ya, asyik jumpa doc gigi je tahun ni. Moga kita tabah menjalani rawatan.
      Seram kalau kira-kira berapa dah habis demi gigi 😅

      Delete
  2. Alhamdulillah dah sembuh walaupun tak sempurna kejadian asal. Kena jaga tu kak Ujie, tak seronok ulang alik klinik gigi kan walau baik mana pun dentist. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, akibat masa muda takut jumpa doktor gigi. Sekarang terpaksa buang rasa seriau, kena selalu jumpa 😄

      Delete
  3. Harap terus dapat berita baik. Terus buat rawatan susulan.
    Harga boleh tahan mahal ya walaupun sekejap dan cuma susulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga klinik pakar, gitulah. Tapi memang saya puas hati dengan servis di sini.

      Delete
  4. Senang susun masa mana yang boleh. Boleh tahan juga kosnya tu. Terpaksalah juga kita ikut jadual rawatan. Semoga Allah permudah urusan akak. Saya pun macam nak ke klinik gigi juga. Lama tak scaling gigi. Risau kalau gigi tersakiti lagi.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Aamin atas doanya.
      Pergilah Fiza, sebelum gigi dan poket tersakiti lagi 😄

      Delete
  5. alhamdulillah
    ciknur dari sehari ke sehari nk g klinik gg x dpt2 lg.
    Sbnya bila gosok berdarah kebelakangan ni. Risauuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi cepat tu ciknur, tu antara gejala awal penyakit gusi.

      Delete
  6. lega rasanya bila semua berjalan lancar ek kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat lega Dana...maklumlah dah banyak kali berulang alik jumpa doc, dengan kosnya lagi.

      Delete
  7. Penjagaan gigi dan gusi sangatlah penting
    Kalau boleh jangan sampai pakai gigi palsu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Semoga akan terus diberikan kesihatan yang baik..
    Sha ini berulang untuk gigi anak-anak..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****