Monday, 10 October 2022

Misi Menyempurnakan Larian Maya di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam

Acara Larian Yang Pertama
Buat kali pertama, saya ikut serta acara larian maya (virtual run). Eh, sebenarnya ini juga merupakan kali pertama saya sertai acara larian berbayar. Bukan sesuatu yang saya suka, sebab tu tak pernah cuba sertai.

Berbeza kali ini, saya terbuka hati nak ikut serta kerana ia dianjurkan oleh pertubuhan alumni sekolah saya bersempena sambutan ulang tahun ke-40 sekolah kami. Disamping membantu memeriahkan acara, dapat juga saya mencipta memori bersama kawan-kawan sekolah setelah 27 tahun meninggalkan alam persekolahan. Menambah cerita hidup.


IKMAL Virtual Run 2022
Bagi menyertai acara IKMAL Virtual Run 2022 ini, bayaran sebanyak RM60 dikenakan. Kita boleh memilih acara individu (5 km/10 km/ 21 km) atau berkumpulan (100 km untuk 5 orang). Syaratnya mudah saja, larian boleh dilengkapkan secara berperingkat atau dalam satu masa. Tempoh larian 1-31 Oktober 2022.

Saya memilih acara individu 5 km, memandangkan ini acara pertama saya sertai. Seperkara lagi, walaupun namanya ‘larian’, bukanlah kita wajib berlari. Terpulanglah kita nak berjalan atau berlari, asalkan cukup kilometer. Kalau wajib berlari, memang tak mampulah saya 😅


Misi Menyempurnakan Larian Maya
Jadi ceritanya, pagi tadi saya ke Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam bagi menyempurnakan larian maya saya. Walaupun boleh dilakukan secara berperingkat, saya bertekad nak lakukan dalam satu masa saja.

Saya dan encik suami sampai agak lewat, iaitu sekitar pukul 9 pagi. Ramai pengunjung yang sudah siap beraktiviti dan meninggalkan kawasan empangan. Maklumlah, kawasan empangan ni tak ada pokok teduhan. Kalau datang lewat dan matahari makin terik, memang kira datang jemur diri di sini.

Sambil berjalan dan kadang-kala berlari, sempat juga saya memotret suasana sekitar. Foto di atas saya rakam sekitar pukul 9.20 pagi. Agak lengang. Mungkin juga kerana hari ini hari Isnin, kebanyakkan pekerja di sektor swasta bekerja (tak ambil cuti Maulidur Rasul).

Sambil berjalan, sambil mata menikmati keindahan di sini. Syukur, matahari tidak memancar garang. Bolehlah berjalan dengan selesa.

Cantik pantulan pada permukaan air empangan ni.

Di sinilah penghujung jalan bagi orang awam. Pagar ini dibina di hujung laluan kanan dan di hujung laluan kiri. Bagi menyempurnakan misi, saya berjalan sehingga ke hujung kanan dan kiri jalan di empangan ini.

Alhamdulillah, misi selesai! Jarak keseluruhan sejauh 6.8 km dengan catatan masa 1 jam 27 minit. Buat kali pertama saya rekod aktiviti kecergasan dengan menggunakan aplikasi Strava. Ini bagi membolehkan rekod saya dikira untuk acara larian yang saya sertai.

Insya Allah nanti dapatlah T-shirt, pingat dan e-sijil. Bolehlah buat kenang-kenangan di masa akan datang.






.

27 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah kak Ujie! Saya pun tak pernah join acara larian. OK jugak berlari di sini, ada view cantik, kurang penat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sal.
      Ya, ada view tu yang kurangkan rasa penat/bosan.

      Delete
  2. thnih kerana berjaya menghabiskan larian...aktiviti begini sangat bagus untuk kesihatan badan dan mental

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih en.Hanafi.
      Memang rasa segar fizikal & mental.

      Delete
  3. Dah lama tak berlari. Hanya mampu berbasikal saja sekarang. Bulan lepas sertai fun ride 40 kilometer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbasikal pun bagus. Yang penting kita ada satu hobi untuk kecergasan.

      Delete
  4. tahniah..saya pun dah lama tak berlari dalam apss jom run tu

    ReplyDelete
  5. wahhhh tahniah kak, cantik sungguh pemandangan yang akak ambil tu

    ReplyDelete
  6. tahniah! berlari, berjalan sambil layan view cantik...mmg asyikk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nohas.
      Iya..pulak tu tak ramai orang, memang asyik.

      Delete
  7. memangg cantik pemandangan
    biruuuu. Rasa nyamanmelihatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya. Cuma panas sikitlah sebab tempat ni atas bukit dan tak ada pokok teduhan 😅

      Delete
  8. Lepas ini boleh masuk larian maya yang lain. Ada rasa seronok dapat capai misi yang ditetapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah NA...ada macam2 cabaran untuk kita sertai di apps Strava tu.

      Delete
  9. Saya pun tak pernah masuk larian. Sebab tak suka juga. Hehehe. Mcm belum terbuka hati nak masuk sama mcm camping juga. Tapi mgm betul2 cantik la empangan tu. Tapi mungkin juga Ujie yg pandai ambil gmbr.

    Tahniah ye sbb berjaya habiskan larian sekali gus je. Lebih pulak tu km dia. org suruh buat 5, dia buat 6.8. Bravo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lyd.
      Kihkih...biar lebih, jangan kurang.

      Delete
  10. Terbaiklah 👍
    Cantik betul gambar yg ada pantulan imej tu.

    ReplyDelete
  11. Rajinnya... uncle ni memang pemalas! hehe

    ReplyDelete
  12. tahniah kak berjaya on your 1st virtual run! nti share tshirt & medal ehehe

    ReplyDelete
  13. Kalau berlari di tempat cantik macam ni tentu saya pun rasa bersemangat nak lari. Apa apa pun tahniah kak berjaya mencapai misi.

    ReplyDelete
  14. Subhanallah cantik sgt gambar pemandangan yg Kak Ujie ambik ni. Tahniah sbb dapat menghabiskan 5km larian maya ni :)

    ReplyDelete
  15. Saya juga pernah menyertai acara begini dengan berjalan campur berlari sebab tak mampu kalau berlari secara total.. hehehe.. Sesekali sertai acara sebegini, memang menarik..
    Cantik sungguh pemandangan tasik tu..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****