Tuesday, 25 October 2022

Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar

Setiap kali saya dan encik suami datang ke Perlis, adik ipar dan suaminya akan bawa kami makan di tempat yang berbeza. Walaupun Perlis negeri kecil, tapi banyak sungguh pilihan tempat makan. Kali ini kami dibawa ke sebuah kedai makan masakan Thailand iaitu Mee Mee Authentic Thai Empire yang terletak di bandar baru Kangar Jaya, Kangar.

Kami datang sekitar pukul 9 malam. Penuh pelanggan sedang menjamu selera. Alhamdulillah ada sebuah meja panjang kosong, sesuailah untuk kami enam orang.

Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar
Kedai makan dengan dekorasi yang sedap mata memandang. Layanan pantas dan mesra. Kami menunggu makanan sampai kira-kira 20 minit.

Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar
Kami ambil set untuk 4-5 orang. Ada siakap garlic, tomyam, kailan ikan masin, phadkhapau, telur dadar dan somtam.

Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar
Pertama kali saya tahu dan mencuba makan ikan siakap garlic. Ikan digoreng garing dan ditabur dengan gorengan bawang. Makan bersama sos bawang putih yang masam dan pedas. Memang sedap! Menurut adik ipar, kalau resepi asli ditabur dengan bawang putih goreng saja. Yang ini campur bawang putih dan bawang merah goreng. Bagi saya yang pertama kali merasa, begini pun dah rasa sangat sedap.

Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar
Selain set tadi, kami tambah juga satu hidangan daging bakar. Lembut sedap daging bakar dan bertambah sedap bila dimakan bersama sosnya.

Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar
Ramai peminat minuman Green Tea, saya punya Nestea Mix Berries. Saya cuba minum sikit Green Tea, masih tak boleh terima rasanya. Eh, sebenarnya lebih kepada tak boleh terima baunya.

Motif gambar - minuman dan pulut mangga sampai awal, jadinya ‘mereka-mereka’ ni berfoto bersama sementara tunggu makanan lain. Satu cawan minuman lagi tak ikut berfoto sebab tak sekufu - air suam. Hahah…

Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar
Pulut warna putih tak cukup, tapi sebab nak jugak dapatlah pulut putih campur purple.
Inilah pulut mangga paling sedap yang pernah saya makan. Pulutnya lembut, kuah santan lemak cukup rasa dan buah mangga yang lemak manis. Sempurna! Sebelum ni dah beberapa kali saya cuba makan pulut mangga di tempat lain, tapi biasa-biasa je rasanya. Cuma bab pulut berwarna tu memanglah kurang bagus, walaupun nampak menarik.

Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar
Klik gambar untuk lebih jelas lihat menu.
Pilihan set makanan dan pilihan minuman. Ada pertanyaan? Nombor telefon ada disertakan dalam kad menu.

Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar
Pilihan makanan lain.

Ish…sambil menulis entri ni pun saya terliur. InsyaAllah ada kesempatan bolehlah datang mengulang makan di sini. Teringin nak mencuba menu lain. Itu yang saya letak siap-siap menu di sini, senang nak fikir makan apa kalau datang lagi. Hehe…

Kalau kalian ada ke Perlis dan tak tahu nak makan di mana, bolehlah cuba makan di sini. Buat je carian di Google Maps ‘Mee Mee Authentic Empire’, beralamat di Kangar Jaya. Waktu operasi 12.30 tengah hari sehingga 10 malam. Tutup hari Ahad.





10 comments:

  1. Terliur tengok gambar makanan. Terus lapar, Ujie. ^_^

    ReplyDelete
  2. Cantik persembahan pulut mangga.
    Itulah teringin pergi Perlis JJCM.

    ReplyDelete
  3. makanan mmg tak boleh ditolak hehehe. cantiknya presentation pulut mangga tu! sy pun tak boleh terima bau green-tea =P

    ReplyDelete
  4. senang dah letak harga untuk set macam tu. takdelah risau termakan siakap kayangan. hehe. aduh terliurlah. lama tak makan masakan Thai

    ReplyDelete
  5. Cepat swrvice-nya 👍
    Pulut ungu tu pulut biasa atau pulut hitam puan? Terpandang mcm warna bubur pulut hitam pulak :)

    ReplyDelete
  6. Perlis sekarang dah banyak tempat menarik kan kak. Menariknya menu menu kat sini. Ikan siakap garlic, daging bakar sedapnya. Pulut pun menarik dengan warna pulut pelbagai warna. Tempat sedap, wajib ulang datang makan.

    ReplyDelete
  7. Ya ampun!
    Semuanya nampak sedap belaka Ujie.
    Saya tertarik betul dengan warna-warni pulut mangga tu.

    ReplyDelete
  8. Siakap bawang putih tu tak pernah jumpa.. Nampak mengancma untuk dicuba.. Berwarna warni pulutnya ye..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****