Pernah dengar nama tanaman Jerusalem Artichoke? Saya setakat tahu nama Artichoke tapi tak pernah tahu lebih lanjut. Sehinggalah baru-baru ni, encik suami balik dari kerja dengan membawa ubi Jerusalem Artichoke. Ada orang memberi dalam kuantiti yang agak banyak jugaklah.
JERUSALEM ARTICHOKE (Helianthus tuberosus) adalah merupakan sejenis tumbuhan yang juga dipanggil sebagai sunroot, sunchoke, topinambur, wild sunflower atau earth apple adalah spesies bunga matahari berasal dari tengah benua Amerika Utara. Ia dilaporkan ada ditanam secara meluas di seluruh zon iklim sederhana untuk bertujuan bagi mendapatkan umbinya yang digunakan sebagai sayur. (Petikan sumber dan bacaan lanjut di Anim Agro Technology).
Rupa bentuk ubi Jerusalem Artichoke ni seakan rizom halia. Ubi ni boleh dimakan begitu saja. Encik suami ambil satu ubi, basuh bersihkan, potong kecil dan kami cuba makan mentah. Rasanya? Bolehlah saya katakan seperti kita makan sengkuang, rangup dikunyah. Isinya berwarna putih. Tiada rasa dan bau yang kuat. Ada sedikit rasa macam makan kekacang.
Ubi ini juga katanya mempunyai khasiat perubatan. Jadinya ada pihak di negara kita yang menanamnya untuk tujuan kajian. Ramai juga yang menanam pokok Jerusalem Artichoke ni sebagai koleksi tanaman dan turut menjual anak pokok atau ubinya.
Apa yang saya tahu, harga ladang bagi ubi Jerusalem Artichoke adalah RM25.90 per kg. Hasil carian di Facebook pula mendapati ia dijual pada harga RM12 bagi seketul ubi. Di Shopee pun ada yang menjual. Kot ada yang berminat nak membeli ubi atau anak pokok, bolehlah buat carian sendiri ya.
Selain dimakan mentah, ubi Jerusalem Artichoke boleh dimasak pelbagai cara - direbus, buat sup, dijadikan kerepek atau dipanggang. Tapi rasanya tak rajinlah saya nak buat kerepek. Mungkin nak cuba rebus dan panggang jelah.
Ilmu baru ni. Saya pernah minum teh artichoke sahaja di Da Lat, Vietnam. Tak tahu pulak ada artichoke Jurusalem. Thanks for sharing kak
ReplyDeleteAkak pun baru tau dua2 tu berbeza. Ingat sama je nama artichoke. Yang Jerusalem ni orang makan ubinya.
Deletedana kenal sebab biasa nampak dekat rancangan masak korea , rancangan masterchef australia pun ada masak dengan bahan ini di masak macam-macam pun sedap kot, tengok diaorang masak la goreng lah. Try cari dekat makanan korea kak . Kita biasa dengar artichoke yg macam bunga tu je kan, ini memang lain bebeno kan.
ReplyDeleteMemang dua benda berbeza, nama je ada persamaan.
DeleteOk, memang nak kena buat carian internet. Alang2 dah ada bendanya kan.
Thanks for sharing. Rasanya tak pernah tengok lagi ubi ni. Tapi kalau sengkuang calit saya suka hehe....
ReplyDeleteHehe…Dah lama saya tak makan sengkuang calit. Ni pun boleh la kot buat Jerusalem Artichoke calit 😄
DeletePernah nampak artichoke dalam rancangan masakan di tv. Tapi lain macam pula artichoke jerusalem ini kan.
ReplyDeleteNi macam Dana cakap la agaknya ya kak Amie - artichoke yang macam bunga. Memang tak sama, walaupun nama ada persamaan.
DeletePertama kali dengar namanya, dan tengok rupanya
ReplyDeleteSama la kita Syaz..hehe
DeletePernah tengok dalam rancangan masakan luar negara. Selalu buat puri macam asas letak bawah sekali kemudian protein di atas macam daging. Boleh bayang rasa bagaimana.
ReplyDeleteBagus rajin tonton rancangan luar negara, dapat pengetahuan baru.
DeleteBaru tahu ada ubi macam ni.
ReplyDeleteLain macam rupanya kan..
Deleteeh haah lah mcm rupa sengkuang! dgr nama artichoke pun masa rancangan masak western, korea je ehehe
ReplyDeleteTu mungkin Artichoke yang sebenar, yang macam bunga.
DeleteBaru tau ubi jerusalem artichoke ni. lain betul dari rupa artichoke. kalau buat rojak sedap tak?
ReplyDeleteSedap la kot, sebab rangup macam sengkuang..hehe
DeleteBaru tahu nama dan tengok rupanya. Betul betul nampak macam spesis halia dan lengkuas. Kalau rasa macam sengkuang tu kira boleh makan lagilah kan. Harga boleh tahan juga mahal tu untuk seketul.
ReplyDeleteItulah, mahal sungguh. Agaknya sebab asal dari luar negara dan tak ditanam meluas di sini, bolehlah jual mahal.
DeleteSebiji mcm bentuk halia kan.. I wonder why dia namakan Jerusalem Artichoke
ReplyDeletePakcik Google kata :
DeleteSince the Jerusalem artichoke is a member of the sunflower family and the flower that emerges from the tuber looks very similar, Italian immigrants began referring to is as "girasole" which is the Italian word for sunflower. It's possible that this word was then corrupted to Jerusalem over the decades.
Gitu kisahnya 😀
uncle baru tahu ni...
ReplyDeleteSama-sama la kita tambah ilmu baru kan..
DeleteOoo...ad rizom rupanya..baru tau...biasa nampak artichoke tu ..pun saya belum pernah makanðŸ¤
ReplyDeletebaru tahu dan tgk jga
ReplyDeleteMcm ubi2 lain jga tak
meati sedapp kan
Bergantung cara masak jugaklah agaknya, sedap atau tak tu.
Deleteoh .memang lain yer...ingatkan samaðŸ¤
ReplyDeleteHehe..iya, dua tumbuhan berbeza. Nama je ada persamaan sikit.
DeletePerkataan Artichoke tu saya pernah jumpa atau baca... Tapi tak ingat..
ReplyDeleteApa ajalah yang tak adajual di shopee tu.. hehehe..
Teringin pula untuk beli ubi ini.. Nantilah kita cari di shopee..