Monday, 31 October 2022

Dah Teringin, Kenalah Rajin Memasak…

Soto merupakan antara makanan kegemaran saya. Tetapi semenjak menetap di PP, agak susah nak jumpa kedai makan yang menjual Soto. Seingatnya, memang belum pernah jumpa menu Soto di kedai makan sekitar rumah saya ni. Mungkin juga ada, tapi saya yang belum jumpa kedainya.

Disebabkan keinginan yang agak tinggi, kenalah saya rajinkan diri memasak Soto. Jujurnya, saya memang bukan seorang yang rajin memasak. Apatah lagi ahli keluarga cuma berdua. Kalau masakan yang renyah macam Soto ni saya lebih memilih untuk beli saja.

Hasil ‘keributan’ di dapur sejak pagi tadi, hari ini dapatlah saya menikmati Soto…

Saya punya tak letak taugeh, tak suka. Hehe…


Alhamdulillah…nak kata sedap sangat tu tidaklah. Tapi bolehlah melepas rasa keinginan sendiri. Lepas menikmati Soto, kenalah mengemas dapur yang berkecah πŸ˜…





25 comments:

  1. Orang Johor dan soto berpisah tiada. Kalau teringin makan lepas tu susah nak dapat, nak tak nak terpaksa jugalah kita gigih buat kan kak Ujie. Dapat raso raso di tekak jadilah :) Soto Kak Ujie buat rasa macam teringin makan soto pulak. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...terpaksa gigih buat walaupun renyah πŸ˜…
      Fiza teringin takpe, senang nak cari kat sana πŸ˜€

      Delete
    2. Renyah tapi yang penting puas hati dapat makan. Dulu macam susah juga nak makan soto. Ada kedai kegemaran jual soto bolehlah makan kalau teringin. Sebab nak buat pun, saya makan sorang je kak.

      Delete
  2. Teringin pulak hujan2 ni, nampak sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang makanan yang sesuai dimakan waktu hujan/sejuk πŸ˜€

      Delete
  3. Betul tu Ujie. Memang renyah kerja menyediakan soto. Tapi buat sendiri lebih memenuhi citarasa, dan puas menikmatinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, kadang beli pun tak kena citarasa. Ni buat sendiri, boleh la letak begedil lebih πŸ˜„

      Delete
  4. Teringin boleh juga membeli.... hehehhe

    ReplyDelete
  5. haah masa sy study kat penang dulu pon rasa mcm susah nak cari soto T__T

    ReplyDelete
  6. Wah ada suhun sekali dalam soto. Kalau buat sendiri suka hati letak apa.
    Alamak di Pulau Pinang tiada jual soto ya? Di Melaka alhamdulillah banyak kedai jual cuma beza ada begedil atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhun goreng, begedil...semua ada. Lengkap. Hehe.

      Mungkin tak ramai yang menjual Soto di sini, itu pasal susah nak jumpa.

      Kalau di negeri kawasan tengah & selatan, Soto antara menu biasa di kedai2 terutamanya waktu sarapan pagi.

      Delete
  7. Eh geng tak letak taugeh la. Yelah kan, dah teringin kenalah buat. Karang beli tak berkenan pulak. Soto memang renyah. Dengan bergedil lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepp geng πŸ–
      Kalau ada orang jual, akak nak beli je. Dah tak jumpa, terpaksa la buat sendiri.

      Delete
  8. dekat tempat dana ni pun sama kak, payah nk jumpa soto sebagai sarapan. Kalau akak yang nun di utara lagi lah susah nak jumpa makanan asal johor ni kak. Nampak sedap soto akak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..ingatkan kat area tengah tak susah cari sarapan Soto. Ikut tempatlah agaknya.

      Delete
  9. SA suka kalau letak taugeh..tp more to mee soto la...soto nasi ni x berapa gemar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus SA suka taugeh πŸ‘
      Jangan jadi macam saya πŸ˜…

      Delete
  10. Sedap ..tapi lebih suka soto bihun berbanding soto nasi impit

    ReplyDelete
  11. Masak sendiri lebih puas hati makan. Leceh buat soto ni, banyak benda kena buat. Jadi, tahniah di atas usaha anda! :D Nampak sedap!

    ReplyDelete
  12. Saya pun tak suka taugeh.. meh sep sikit.. kikiki..
    Tapi soto memang kesukaan..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****