Wednesday, 5 October 2022

Sedim Rainforest Resort, Kulim | Penginapan Di Tengah Hutan

Catatan kisah pada hari Jumaat, 16 September 2022.

Semasa ke Outdoor Expo 2022 tempohari, saya dan encik suami ada membeli pakej penginapan di Sedim Rainforest Resort dengan harga RM130 / malam berserta sarapan pagi untuk dua orang. Bayar wang pendahuluan sebanyak RM50 dan bakinya sewaktu datang menginap.

Kami ambil keputusan untuk ke Sedim Rainforest Resort semasa cuti Hari Malaysia yang jatuh pada hari Jumaat. Hajat di hati, kalau menarik bolehlah menambah satu malam lagi memandangkan ada tiga hari cuti (Jumaat - Ahad).

Sedim Rainforest Resort terletak di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim, Kedah. Jaraknya dari rumah kami di PP kira-kira 50 km, anggaran masa 1 jam 10 minit. Disebabkan tak begitu jauh dan encik suami pula baru sampai dari Ipoh pada pagi Jumaat tersebut, kami santai saja dan bertolak lewat iaitu sekitar pukul 3.30 petang.

Sebelum sampai ke destinasi, kami singgah makan siap-siap. Rancangnya, malam nanti di resort cuma nak mengopi sambil menikmati suasana malam.

Sedim Rainforest Resort, Kulim
Jalan menuju ke resort, taman eko rimba dan Tree Top Walk.
Setelah melalui jalan kampung, kami tiba di sebuah pintu gerbang besi tanpa sebarang tulisan dan terdapat sebuah pondok kawalan di sebelah kanan jalan. Juga terdapat sebuah papan notis berwarna kuning oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Bermula dari situ, laluan kecil. Perlu berhati-hati dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Perjalanan diteruskan sehingga kami tiba di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, berhadapan pintu masuk ke Tree Top Walk Sungai Sedim. Sampai di sini saja Google Maps bawa kami. Agak keliru, sebab tak kelihatan sebarang bangunan resort. Encik suami menghubungi pengurus resort. Katanya kalau kereta biasa boleh masuk sampai resort. Kalau kereta rendah, boleh parkir di kawasan taman eko rimba dan lalu jambatan untuk ke resort.

Kami naik kereta biasa, jadinya kami ikut arahan seterusnya iaitu terus naik atas lagi sehingga jumpa jambatan konkrit. Di sini saya dah mula rasa seram, sebab kereta kami perlu melalui sebatang jambatan kecil dengan reka bentuk seakan separa bulatan (tinggi di bahagian tengah). Selepas lalu jambatan, ikut laluan bersimen dan belok ke simpang pertama.

Sedim Rainforest Resort, Kulim
Laluan hutan menuju ke resort.
Tergamam seketika. Rupanya kami perlu melalui laluan hutan! Gelap pulak tu. Pukul 5.40 petang dah gelap sebab dalam hutan. Sekali lagi encik suami hubungi pengurus resort meminta kepastian jalan yang sedang kami lalui. Memang betul jalannya. Fuh…berdebar-debar saya rasa. Saya bukan risaukan diri sendiri sebab saya memang suka suasana hutan, tapi risaukan kereta kami. Kalaulah jadi apa-apa pada kereta waktu di hutan ni, tentu banyak masalah lain yang timbul.

Syukurlah, tak jauh pun. Kira-kira 200 meter saja laluan hutan ni. Tapi sebab tak tahu lebih awal, jadi agak terkejut dan seram jugaklah kan. Kalau dah sedia maklum dan pernah lalu tu lain perasaannya.

Sedim Rainforest Resort, Kulim
Sedim Rainforest Resort.
Alhamdulillah. Kami selamat sampai ke Sedim Rainforest Resort. Memang betul-betul duduk dalam hutan! Masa ni saya dah mula rasa teruja sebab dapat tidur dalam suasana hutan.

Sedim Rainforest Resort, Kulim
Penginapan nombor 7 & 8, pandangan dari belakang.
Pengurus resort dah pun menunggu. Kami boleh terus masuk bilik penginapan nombor 7. Kunci bilik ada diletakkan atas meja di dalam bilik. Reka bentuk bilik di sini dibina bercantum dua buah bilik.

Sedim Rainforest Resort, Kulim
Keadaan dalam bilik penginapan kami.
Inilah bilik penginapan kami. Agak luas. Biliknya dilengkapi katil, almari, kipas angin, tuala mandi dan sejadah. Tapi saya rasa kurang selesa - lantainya terasa berpasir, silingnya bertompok hitam dan keadaan bilik air yang usang dan tak bersih. Tak sanggup pulak nak ambil fotonya. Setiap kali masuk bilik air, memang kena cepat-cepat buat urusan.

Selesai menunaikan solat Asar, kami terus keluar berjalan-jalan di sekitar resort. Semasa kami datang ni suasana agak meriah dengan kehadiran tetamu lain, maklumlah cuti agak panjang.

Sedim Rainforest Resort, Kulim
Indahnya ciptaan Tuhan Yang Maha Agung.
Paling seronok bila menginap di sini, bilik penginapan semuanya menghadap aliran Sungai Sedim. Masa ni tetamu lain masing-masing dah beransur naik, maklumlah dah lewat petang.

Sedim Rainforest Resort, Kulim
Suasana malam.
Dekat je bilik penginapan dengan sungai. Duduk dalam bilik, dengar macam bunyi hujan di luar. Begitulah kuatnya bunyi aliran deras sungai.

Sedim Rainforest Resort, Kulim
Suasana resort pada waktu malam. Ada yang pasang khemah di hujung sana.
Malamnya, kami keluar dari bilik, konon nak mengopi. Cari meja kosong, keluarkanlah camping gas, cawan dan sebagainya. Eh, mana gas stove? Alaa…rupanya saya tertinggal benda kecil tu - macam tungku kecil, perlu pasang pada camping gas. Tak boleh nak salahkan encik suami, sebab tu tugas saya kemas keperluan kami. Geram dengan diri sendiri yang cuai.

Balik bilik, konon nak masak air guna jug elektrik yang ada dalam bilik. Tapi rupanya plug dah terbakar, tak bolehlah nak guna. Emm…memang tak ada rezeki. Kita minum air kosong jelah. Hahaha! Tak dapatlah nak mengopi sambil menikmati suasana malam di sini. Seronok di luar ni, dapat menikmati bunyi alam - aliran sungai, cengkerik dan entah bunyi burung apa.

Dah tak ada apa nak di buat, malam tu kami tidur awal. Walaupun bilik cuma ada kipas geleng kanan kiri, tak ada alat pendingin hawa, tapi suasana dalam hutan dengan aliran sungai dah cukup buat kami tidur selesa. Kami bawa sleeping bag seorang satu. Sampai pagi tidur dalam sleeping bag, maksudnya sejuklah di sini. Kalau tak, mesti terjaga tengah malam bukak zip sleeping bag dek kepanasan.


Cerita esok siangnya…insyaAllah saya sambung entri akan datang.



30 comments:

  1. seriau juga tu kalau terpaksa lalu malam2 heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lalu lewat petang pun dah seram ni 😅

      Delete
  2. Seronok sekali sekala bercuti seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka alam semulajadi, memang seronok bercuti tempat gini.

      Delete
  3. Aduh saya membayangkan kalau saya yang drive memang menangis nak sampai. Sayang juga kalau kurang bersih. Mujurlah tak harga kayangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni duduk sebelah pun dah berdebar, memang tak mampu la kalau kena drive 😅

      Betul, tempat menarik cuma kurang seronok bab bilik tu.

      Delete
  4. wah cantik ini....memang layan kalau dapat pergi

    ReplyDelete
  5. Penginapan depan sungai.
    Hehe rancangan untuk minum kopi sambil tengok pemandangan tidak dapat dilaksanakan.
    Eh kiranya tidak tidur atas katil ya?
    Agaknya siang itu mandi sungai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidur katil, tapi beralas dan berselimut dengan sleeping bag.
      Mandi sungai tu wajib. Hehe

      Delete
  6. mujur lah kira awal lagi tu kan kak kalau lagi lewat petang memang seram masuk hutan kan. Tak bestnya bila bilik penginapan kita tak berapa selesa gitu, terutama biliknya airnya memang spoil terus rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebab bilik air ruang kecik untuk kita buat urusan peribadi. Akak rasa stres masuk bilik air yang tak selesa digunakan.

      Delete
  7. Ish, permulaannya dah mcm cerita KKN Di Desa Penari tu. Nasib baik jumpa resortnya.
    Cerita ttg resort dlm hutan mengingatkan pengalaman bermalam di Merarap Hot Spring Retreat di daerah Lawas Sarawak atas urusan kerja. Walaupun jauh di tengah hutan (dlm 1.5 jam jugak naik 4wd nak masuk ke sana guna jalan balak), tapi resort tu sangat bersih & terjaga. Malam2 nyenyak betul tidur sambil dgr deruan air dari sungai depan resort.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya pengalaman Carneyz...betul2 tengah hutan tu. Dapat pulak resort yang dijaga baik.

      Delete
  8. Seram juga bila tengok jalan sunyi macam tu. Syukur la awak sampai tu masih siang. Kalau dah malam, ermmm.... ntah la apa yang menanti. Saya kalau pergi tempat2 sunyi macam ni, part makhluk halus tu saya takut juga. Tapi saya lagi takut kalau ada org jahat. Huhu. Pulak tu saya selalu baca Arkib Angker Negara kat FB. Selalu je derang buat crpen pasal masuk hutan mcm ni.

    Sian pulak last sekali minum air kosong je. Nak masak megi pun takde air panas. Nnt kena standby Kembara Meal la Ujie. Kot2 terjadi perkara tak dijangka macam ni. (sempat pulak saya promote. haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka pergi hutan, tak bolehlah baca Arkib Angker tu kan...karang jadi takut pulak nak masuk hutan 😅

      Promote laa...tak kena bayar promote sini..kiki.

      Delete
  9. Seram juga kalau jalan dia begitu rupa. Kenderaan rosak memang naya. Biasanya resort jarang dorang kemas elok atau buat maintainance. Aduh, tak ada rezeki nak mengopi. Even kurang selesa tapi pengalaman menikmati alam tu yang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bilik tak selesa, tapi alam semulajadinya memang mempesona.

      Delete
    2. Itu yang terpaling mahal tu. Sesekali menikmati alam semulajadi begini why not :)

      Delete
  10. Ehem... Cantik la icon kamera tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau jugak ke uncle?
      Install apps Logo Maker. Boleh buat ikut template atau ikut suka hati.

      Delete
  11. Belum pernah sampai kt sini lagi . Ramai tak yange mnginap kt resort tu .. Seram juga suasana malam kalau tak ramai orang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa akak datang ni, ramai sebab cuti hujung minggu + cuti umum. Itulah, kalau datang hari biasa agak seram jugak kot. Kecuali kita grup besar.

      Delete
  12. Ada resort rupanya di sini ye ...tahu yg tree top & extreme sports dekat sungai je... Overall ok tak di sini puan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik penginapan yang saya dapat tu tak ok.
      Suasana resort ok best.

      So kalau tak kisah dengan keadaan bilik, cuma nak suasana, bolehlah menginap di sini.

      Delete
  13. Seronoknya menikmati keindahan alam semula jadi, tidur malam ditemani bunyi unggas. Ada bunyi kokok ayamkah di pagi hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pulak kak, lagi pulak bunyi deruan air sungai agak kuat.

      Delete
  14. Selamat beriadah dan beristeri rehat

    ReplyDelete
  15. Ngeri Sha tengok laluan masuk dia.. Kalau Sha nie memang patah balik.. Seram..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****