Cuti sekolah bagi Deepavali kali ni agak panjang. Ada yang bercuti sehingga hari Rabu. Tempat kerja encik suami cuti hari ini je, campur cuti hujung minggu maka dapatlah cuti tiga hari (Sabtu - Isnin).
Tiga hari pun dah kira cuti panjang, kami tak ada perancangan ke mana-mana sebab memikirkan kesesakan di mana-mana. Tapi kemudiannya kami tukar fikiran dan menuju ke rumah adik ipar di Perlis. Sejak berpindah di PP ni memang kami jauh dari keluarga dan saudara-mara. Paling dekat cuma adik ipar, itu pun jauh jugalah di Perlis dengan jarak perjalanan sekitar tiga jam.
Kami bertolak ke Perlis pada petang kelmarin (hari Sabtu), sebab paginya encik suami uruskan pasang tinted cermin kereta. Ada kejadian malang pada 11 Oktober lalu, encik suami terlanggar tiang semasa mengundur kereta di tempat kerja. Kenalah ganti cermin belakang yang pecah dan pasang tinted cermin yang baru.
Perjalanan kami ke Perlis pada petang kelmarin tak begitu lancar. Banyak tempat mengalami kesesakan. Agaknya ramai yang pulang ke kampung di utara sempena cuti panjang. Begitulah kalau cuti panjang, kesesakan di mana-mana.
Malamnya, kami dan adik ipar sekeluarga keluar makan malam di sebuah kedai makan masakan Thai yang sangat memuaskan selera. Semalam (hari Ahad), setengah hari kami semua berjalan ke sana sini di sekitar Perlis. Untungnya berjalan di Perlis ni, tempat tarikan utamanya tidak terlampau sesak. Ke mana saja kami? Insya Allah catatannya pada entri akan datang.
Semalam petang sebelum bertolak balik ke PP, adik ipar beri buah-buahan hasil tanamannya di sekeliling rumah. Adik ipar suami isteri memang rajin berkebun, bermacam jenis pokok buahan ditanamnya. Kemas dan bersih kawasan tanaman mereka.
Buah kedondong tu rancangnya nak dibuat jus kedondong. Kalau ada asam boi sedap jugak, tengoklah nanti kalau rajin beli asam boi. Kalau tak rajin, minum gitu jelah jus kedondongnya.
Tidak pergi mana-mana. Seorang malas keluar.
ReplyDeleteSeronoknya pergi Perlis. Terkenal dengan laksa juga.
Baca di akhbar online semua tempat jem kan. Kami mmg tak plan ke mana2 sbb nak qada rehat lepas penat beberapa minggu uruskan hal pindah rumah.
ReplyDeletezmn skrg ni bila cuti sabtu - isnin je mmg jemmm di mana-mana.. wahhh buahhhhhh!
ReplyDeleteCantiknya buah nona tu... Sejak dewasa ni tak pernah makan dah :)
ReplyDeleteBiasalah bila cuti panjang, ramai yg ke sana ke sini.
Sedapnya buah kedondong... saya kena kerja.. ada la sikit kerja.. datang kejap ke tempat kerja.. hehe..
ReplyDeleteCuti panjang kami kat rumah je hahaa... Mls nak hadap jem... Tp smpt la g somban jumpa adik kejap
ReplyDeleteBestnya Perlis. Ada pergi makan mangga harum manis tak kak? Saya pergi ziarah pakcik di Gemas, ikut waze mengelak jam habis ceruk kampung dan ladang orang dibawaknya
ReplyDeleteSekarang luar musim harum manis. Kena tunggu musim tahun depan.
DeleteItu yang akak tak suka guna waze. Habis jalan kecik pun dibawaknya kita 😅
Balik kg jugak sat..Saya bertolak sebelum subuh hari Ahad..Alhamdulillah tak jem
ReplyDeleteEh..nak komen buah nona tu lupa
ReplyDelete..tertekan publish ...cantiknya....buah nostalgia zaman kanak-kanak...
Hehe..takpe, komen dan tekan publish lagi.
Deletesana cuti panjang ye kak? sini semalam je ph tu pun sekolah je cuti.. hari ni dh sekolah balik dah
ReplyDeleteSini rata2 sekolah cuti sampai Rabu. Sarawak lain cutinya kan..
Deleteorg jln2 ciknur kat rumah je jd bibik anak2 bulus he hee
ReplyDeleteSuami saya pun cuti sampai Isnin je. Dapatlah kami balik kampung sampai Isnin. Buah buahan rare ditanam tu. Buah nona dan buah kedondong tu payah nak dapat. Rezeki dapat merasa buah hasil tanaman mereka.
ReplyDeleteSedapnya jus kedondong tambah asam boi! Suka sangat.
ReplyDeleteCuti ni kami jalan-jalan ke Kota Kinabalu.
Buah nona tu Sha suka.. Kedondong selalunya dah jadi jus atau jeruk je Sha suka..
ReplyDelete