Sejak kejadian burung Merpati bersarang di balkoni rumah (entrinya DI SINI), saya dah kemas semua pasu kosong di lantai balkoni supaya tak lagi sesuai untuk dijadikan tempat burung Merpati bersarang. Tetapi, masih ada burung Merpati yang sesekali datang dan meninggalkan najisnya merata.
Akhir-akhir ini, ada pula burung Merpati yang kerap keluar masuk di celahan kompresor pendingin hawa yang terletak di balkoni. Biasanya ia datang pada waktu petang dan kadang-kala pada waktu malam.
Kedudukan kompresor di balkoni rumah saya. Pasu gantung tu pula, kosong disebabkan masalah burung kecil bermata merah yang kerap mengambil daun-daun pokok. |
Bila dah kerap datang, maka banyaklah najisnya di balkoni. Di dinding, di lantai dan di cermin sliding door. Paling geram, burung Merpati yang datang ni susah sungguh saya nak menghalau. Mentang-mentanglah kedudukan kompresor tu tinggi, si burung buat tak tau je bila saya halau guna tangan/penyapu.
Kemudian saya gunakan pula hiking stick. Hiking stick boleh dilaras jadi lebih panjang. Walaupun masih tak mampu capai ketinggian kompresor, tapi boleh jugalah dijadikan alat menghalau. Selepas itu saya mula berfikir idea lain 💡
Water gun. |
Saya beli water gun! Hahaha! Setelah membelek pilihan yang ada di Shopee, saya pilih water gun dengan ciri-ciri berikut - ukuran ~50 cm, double outlet, kapasiti air 400 ml. Harganya RM15.90. Lepas isi air, kita kena pam sampai rasa berat nak pam, kemudian bolehlah menembak ke sasaran. Boleh tahan bagus juga, sebab tembakan airnya boleh sampai ke atas kompresor.
Semalam dah dua kali burung Merpati kena tembakan air, hari ini tak taulah berani datang lagi ke tak. Kena tunggu waktu lewat petang/malam. Selain sebagai alat menghalau burung Merpati, saya gunakan water gun ni untuk membersihkan najisnya di cermin sliding door. Lebih mudah berbanding saya gunakan gayung dan simbah perlahan-lahan (simbah kuat nanti terpercik merata).
Buat masa sekarang, lega satu hal. Walaupun ia bukanlah penyelesaian jangka panjang, tapi sekurang-kurangnya ada juga cara saya nak menghadapi masalah najis burung Merpati di balkoni. Bukan saja kotor, malah najisnya boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada kita.
apa kata pasang bidai supaya burung tak boleh masuk balkoni dan bertenggek atas compressor tu Kak Ujie? Kalau pasang grille takut menghalang pemandangan pulak. Bidai ni sesekali boleh la naikkan.
ReplyDeleteRumah sewa je ni Carneyz, pindah sementara sebab suami kerja kat sini. Tak boleh buat apa sangat.
DeleteKejam.. hihi
ReplyDeleteMeh tolong cuci najis dia..hahah
DeleteHehe kena jadi jaga tengok pemampat pendingin udara didatangi merpati atau tidak.
ReplyDeleteMemang leceh kena bersihkan manis burung.
Rumah comel je NA, duduk mana pun boleh dengar bunyi burung datang balkoni..hehe
DeleteIya, asik ada je najisnya. Letih bersihkan. Lagi yang kena dinding tinggi, susah nak basuh.
Alahai burung. Kalau datang lepak saja takpe, janganlah buat tandas awam
ReplyDeleteItulah pasal, akak suka je ada burung2 datang. Natural gitu. Tapi jadi tandas awam tu yang tak tahan.
DeleteMasalah orang tinggal di kayangan ye Puan:)
ReplyDeleteKami yg di bawah ni selalu berhadapan dgn najis kucing... Ujian masing-masing ☺️
Iyalah...betul.
DeleteDulu saya duduk rumah bawah, kerja bersihkan najis kucing/anjing. Duduk atas, burung pulak 😅
Suka la burung tu mandi! hahaha
ReplyDeleteBila lagi dia nak mandi air pancut kan..hehe
Deletealaa makcik, beli je sangkar burung gantung kat sblh compressor aircond tuuuh., hehehe
ReplyDeleteKalau ada hasil, mau jugak buat gitu wak..hehe
Deleteakak kene pasang jaring je itu solution yang ada kak, sebab dia akan datang tengah malam nanti tahu2 pagi ada najis. Najis dia tu kadang bahaya untuk kita kak, dulu masa dana menyewa pernah lalui macam akak ni sampai naik fadeup...
ReplyDeleteItulah...dah la kotor, bahaya untuk kesihatan.
DeleteMasalah juga ye. Ada pernah cuba dove/pigeon repellant tak, yang dijual kat daiso?
ReplyDeleteTak pernah tau pulak ada benda gitu kat Daiso. Kalau water gun ni tak berkesan, bolehlah saya cuba repellent tu pulak.
DeletePart menumpang tu okay lagi. Membuang tu yang sakit mata tengok. Bagus juga idea ni. Saya guna spray yang boleh laras tu untuk halau cicak kat siling tinggi. Jauh jugak boleh pergi jenis spray halus.
ReplyDeleteleceh kan kalau membuang, dah jadi satu kerja pula nak bersihkan...idea yg bagus, 2-in-1...alat penghalau + alat pembersih...
ReplyDeleteNajis nya memang bahaya.. Jenuh juga kalau tak selesai masalah.. Jenuh nak membersihkan najis burung tu..
ReplyDelete