[Catatan kisah di Perlis pada hari Ahad, 23 Oktober 2022 lalu.]
Awal pagi sekitar pukul 7 lebih, kami dan adik ipar sekeluarga dah bergerak menuju ke arah Bukit Air. Hasrat kami nak mencuba makan sarapan di Dusun Nakawan yang beroperasi seawal pukul 7 pagi. Setelah melewati pondok pengawal Bukit Air, kenderaan yang dipandu biras membelok ke kiri masuk ke sebatang jalan kecil yang berturap. Perjalanan terasa jauh melewati kebun di kanan dan kiri jalan dengan laluan sempit yang hanya muat untuk satu kenderaan.
Sesampainya kami di lokasi, kami dapati Dusun Nakawan menutup operasi buat sementara waktu. Aduhai…kecewa juga. Bukan rezeki. Kami tak berpatah balik ikut jalan masuk tadi. Tapi terus ke depan mengikut tanda anak panah untuk keluar dari kawasan ini.
Dalam perjalanan keluar, kami nampak ada sebuah tempat makan di kanan jalan. Terus buat keputusan untuk mencuba makan di sini.
Makan Bersama Lebah Kelulut di Lepak Ngopi de’ Kelulut
Rupa-rupanya, kami kumpulan pelanggan pertama yang datang pada pagi ini. Waktu operasi bermula pada pukul 8 pagi, tapi kami sampai pada pukul 7.40 pagi. Kami diminta menunggu seketika kerana mereka belum siap memasak.
Tapi tak lama kemudian, sekitar pukul 8 pagi tempat ni dah dipenuhi pelanggan. Entah-entah mereka pun sama macam kami, datang dari Dusun Nakawan yang tak beroperasi 😅
Tempat makan yang terletak di ladang ternakan lebah kelulut. Bahagian depan ni tempat makan, manakala di bahagian belakang menempatkan ternakan kelulut. Terdapat juga sebuah bangunan yang menempatkan Galeri Lebah Kelulut berhampiran pintu masuk kawasan ini.
Tempat makan yang santai dengan pilihan tempat duduk di kerusi biasa atau duduk di pondok. Kami memilih makan di pondok paling hujung untuk lebih privasi.
Beginilah rupa bongkah kayu sarang lebah kelulut. Sambil menunggu makanan dihidang, bolehlah kita melihat sekitar.
Pilihan menu makanan.
Pilihan menu minuman. Semua minuman dihidang tanpa gula atau susu.
Antara makanan pilihan kami - ubi rebus cicah madu, nasi lemak dan laksa. Disebabkan lebih suka makan ubi rebus cicah sambal, maka kita cicah jelah dengan sambal nasi lemak.
Setiap meja makan / pondok disediakan sebotol madu biasa dan sebotol madu kelulut. Boleh letak sendiri madu dalam minuman kita. Terpulanglah nak letak banyak mana ya. Saya memesan air limau suam dan kemudian tambahkan madu kelulut. Saya lebih suka madu kelulut sebab rasa masam manis.
Pada mulanya, tak kelihatan langsung lebah di sini. Tetapi sebaik saja hidangan tiba dan kami menggunakan madu yang tersedia, bermulalah episod makan bersama lebah. Hahah!
Kawanan lebah berterbangan di sekeliling kami. Di mana ada madu, di situlah lebah-lebah ni berkerumun. Biasanya kan kita sibuk halau lalat masa makan. Tapi ni kita sibuk halau lebah! Ada yang hinggap di gelas minuman, di botol madu dan di pinggan makan.
Tapi jangan risau sebab lebah kelulut tidak berbisa. Cuma rasa tak senanglah nak makan sebab sibuk ‘berperang’ dengan lebah. Bukan saja di pondok kami makan, malah saya dapati pelanggan lain pun sedang sibuk menghalau lebah sambil menikmati hidangan. Saya terdengar seorang pelanggan cakap, “Air saya masuk lebah!”.
Lepak Ngopi de’ Kelulut merupakan tempat makan dengan keunikan tersendiri. Kalau suka makan dalam suasana santai di kawasan kebun dan nak merasa pengalaman makan bersama lebah kelulut, bolehlah mencuba makan di sini. Laluan ke sini juga lebih mudah sebab tak jauh dari jalan utama berbanding laluan ke Dusun Nakawan yang jauh ke dalam.
—————————————————————————————-
LEPAK NGOPI DE’ KELULUT
(FF Harmoni Bee Farm Perlis)
Jalan Sungai Batu Pahat,
Kangar, Perlis.
Waktu operasi :
Setiap hari dari 8 pagi hingga 3 petang
Menarik la kat sini...beli madu yang di jual..SA pun suka madu kelulut, masam- masam manis...
ReplyDeletebestnya hahha. tapi macam seram je nak makan sambil lebah terbang keliling. nyamuk/ lalat terbang pun dah serabut. kalau lebah, mau xde mood nak makan. tapi suasana nya best , tenang je
ReplyDeletewahh singkong rebus tuuh., sedapp makan dgn sambal ikan bilis kan makcik ., ;p
ReplyDeletePengalaman yang unik. Tak bestnya bila sang lebah masuk dalam makanan je lah. Aneh pula ubi rebus cicah madu, tapi roti gedik nampak menarik
ReplyDeleteHarganya pun tak mahal tu ;)
ReplyDeleteHehe rezeki restoran kelulut dapat pelanggan.
ReplyDeleteTidak senang duduk kena halau lebah tapi pengalaman unik.
Menupun ada beza daripada biasa.
Saya suka madu kelulut.
ReplyDeleteMenu spesial tu, ubi rebus cecah madu.
Wah, saya tak pernah berperang dengan lebah masa makan. Perang dengan lalat pernah. Hehe.. bestnya minuman dia tanpa gula atau susu. Susah nak jumpa madu kelulut kat sini. :)
ReplyDeletewahhhhh cantik menariknya pandai pemilik memvariasi lokasi madu kelulut jadikan tmpt ngopi
ReplyDeleteKalau pergi sesuatu tempat yang kita tak pernah atau kurang familiar mesti terasa jauh perjalanan tu. Menarik tempat ni kak. Takpelah, tak dapat makan di tempat yang ingin dituju. Rezeki juga dapat singgah dan makan makan kat sini.
ReplyDeleterezeki besar la kedai kelulut tu ye kak, tapi kedainya nampak santai dan cantik jugak. makanan pun ada banyak pilihan
ReplyDeleteubi rebus pun boleh cicah madu eh?
ReplyDeleteLepak ngopi & dusun nakawan memang antara tempat bfast yang rancak lahh .. Dan satu lgi tmpt warung tepi sawah .. Kena pergi awal klw xnak berebut tmpt
ReplyDeletenanti dtg perlis nk singgah la. menarik tempat ni
ReplyDeleteArwah pakcik dulu ada kebun kelulut ni.. Saya pun suka makan ubi cicah sambal kan haha.. Atau pun gula merah yg dah dimasak..
ReplyDeleteKonsep kedainya bagus dan unik.. Menggunakan madu memang menarik..
ReplyDeleteKawasan sekitarnya pun cantik sesuai untuk bergambar..