Sunday, 16 April 2023

Tunaikan Zakat Fitrah Secara ‘Online’

Alhamdulillah beberapa hari lalu saya selesai menunaikan zakat fitrah secara online buat kami suami isteri dan mak saya di kampung. Dengan adanya portal pembayaran secara online, mudah bagi saya yang berada di utara tanah air untuk menunaikan zakat fitrah mewakili mak yang berada di selatan.
Syarat bagi mewakilkan bayaran zakat fitrah orang yang bukan tanggungan kita adalah mesti mendapatkan keizinan daripada individu tersebut. Kalau tidak, bayaran yang kita buat sekadar menjadi sedekah, bukan zakat fitrah. Ini kerana zakat fitrah adalah satu ibadah, ibadah perlu kepada niat tuan punya badan.

Untuk mak saya di Johor, berikut adalah kadar zakat fitrah dan laman web bayaran :

Ada dua kadar bayaran.


Buat bayaran di laman web fitrah.maij.gov.my. Saya pilih bayar melalui FPX, caj 50 sen dikenakan.


Untuk kami yang menetap di Pulau Pinang, berikut adalah kadar zakat fitrah dan laman web bayaran :

Ada tiga kadar bayaran.

Buat bayaran di laman web zakatpenang2u.com. Saya pilih bayar melalui FPX, tiada caj dikenakan.


Risau ‘Raya Awal’? Bayarlah Zakat Fitrah Awal

Dah kecoh di sana sini berkenaan ‘raya awal’. Ramai yang risau peristiwa kelam kabut seperti tahun lepas berulang lagi. Geli hati terkenang kisah kami suami isteri yang cuma makan burger Mc Donalds di pagi raya πŸ˜‚. Masa tu kami dari rumah PP, singgah bermalam di rumah NS sebelum meneruskan perjalanan ke Johor. Tak sempat sampai Johor, dah raya! Maka, tahun lepas kami menyambut pagi raya berdua saja sama seperti tahun-tahun sebelumnya (sewaktu pandemik COVID-19).

Risau ‘raya awal’? Jadi kita buatlah persiapan awal. Persiapan dari segi ibadah, iaitu menunaikan zakat fitrah itulah yang penting. Jangan sampai baju raya dan kuih raya semua dah siap, ehh…zakat fitrah pulak tak sempat ya sebab katanya ‘raya mengejut’.

Buatlah bayaran awal, tak kisahlah nak bayar melalui amil atau melalui online. Sekarang ni amil bukan je buka kaunter di masjid, di AEON Mall Bukit Mertajam ni pun saya nampak ada dua kaunter zakat fitrah. Sangat memudahkan.

Kalau bayar saat akhir, laman web bayaran mungkin sesak dan tak boleh diakses dek trafik tinggi. Atau kalau bayar melalui amil, boleh jadi kaunter dah tutup atau resit kutipan zakat habis. Pendek kata, bagi mengelakkan risiko gagal menunaikan zakat fitrah, maka eloklah kita bayar awal.






17 comments:

  1. Rupanya bayar asing untuk emak Puan Ujie di Johor.
    Itulah pelik kecoh pasal raya awal.
    Haah hari itu nampak juga di Mydin. Senang tempat orang beli-belah. Tiada alasan lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, asing. Sebab afdal bayar zakat fitrah di tempat di mana seseorang itu menetap.

      Delete
  2. Memudahkan untuk yang mau berzakat tanpa ribet,tapi jgn sampai telat,karena website pasti susah masuk ya... alhamdullilah sayapun sudah selesai berzakat fitrah

    ReplyDelete
  3. Laaa.. makan mcD di pagi raya tahun lepas. Hehe..
    Saya sekeluarga pun sudah. Bayar di amil di Aeon Manjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burger mcD tu beli untuk sahur. Sekali raya pulak, jadi hidangan pagi raya jelah πŸ˜…

      Alhamdulillah dah siap bayar πŸ‘

      Delete
  4. bagus bayar online ni kalau tanggungan kita duduk di kawasan lain kan. Alhamdulillah Abah dah selamat bayarkan walaupun saya dah bekerja. Biarlah, dia kata dia gembira begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, betul...takpe Abah nak bayarkan. Yang penting Sal tau & setuju.

      Delete
  5. Kami pun dah setel awal bab zakat fitrah ni...bayar di kaunter surau.. alhamdulillah moga dapat memudahkan urusan golongan asnaf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...mudah urusan pihak pengurusan zakat.

      Delete
  6. Replies
    1. Antara kesan baik pandemik, semua negeri dah boleh bayar zakat fitrah online.

      Delete
  7. Mudah je skrg ada online kan? Husb sy dh bayar dh kat masjid... feelnya lain kalau bayar dgn amil.. hehe

    ReplyDelete
  8. mudah sekrg nak bayar zakat fitrah...kat sini, amil ada di bazar ramadan, buka meja dlm bangunan UTC..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****