Wednesday, 21 October 2020

Solat Jenazah Ghaib dan Cara Ringkas Solat Jenazah

SOLAT JENAZAH GHAIB

Maksud solat jenazah ghaib adalah solat jenazah yang dilakukan di negeri yang berlainan dari tempat jenazah berada. Ia boleh dilakukan selepas jenazah dimandikan (terdapat juga pendapat yang mengatakan solat jenazah boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian).

Cara melaksanakan solat jenazah ghaib adalah sama saja dengan solat jenazah biasa. Cuma bezanya jenazah tiada di hadapan kita.

Boleh baca huraian lanjut mengenai solat jenazah ghaib dan cara solat jenazah di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan DI SINI.


CARA RINGKAS SOLAT JENAZAH

Bagi kita yang tak pernah atau jarang-jarang melakukan solat jenazah, tentulah ada sedikit kesukaran nak menghafal doa yang perlu dibaca dalam solat jenazah. Tapi itu bukanlah masalah besar, kita masih boleh melakukan solat jenazah secara ringkas.

Solat jenazah dilakukan dengan cara berdiri tegak menghadap kiblat (tanpa rukuk, sujud & duduk) dan bertakbir empat kali (termasuk takbiratul ihram).

Rujuk poster di bawah untuk cara ringkas solat jenazah :

Mudah je kan? Sangat ringkas.


PERGI TAK KEMBALI
Gambar terakhir saya bersama nenek.
Semalam, iaitu pada hari Selasa 20.10.2020 nenek saya (sebelah mak) telah kembali kepada penciptanya dalam usia 89 tahun. Nenek menghembuskan nafas terakhir sewaktu azan Maghrib sedang berkumandang di rumahnya di Johor.

Berakhir sudah kesulitan hidupnya di dunia ini, lebih sepuluh tahun tak mampu berjalan dan beberapa tahun terakhir ini nenek tak mampu mengenali orang-orang di sekitarnya. Setiap kali berjumpa, nenek cuma mengulang-ulang kisah dan menyebut beberapa nama yang masih ada di memorinya.

Sedihnya, saya tak dapat nak menjenguk jenazah nenek buat kali terakhir. Faktor jarak yang jauh (Pulau Pinang - Johor) tak memungkinkan saya untuk sempat berbuat demikian. Tambahan lagi nantinya perlu mengelak laluan Kuala Lumpur dan Selangor yang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Entah berapa lama jadinya.

Apa yang saya mampu buat hanyalah mendoakan dari jauh, menghadiahkan bacaan al-Fatihah & Yasin serta melakukan solat jenazah ghaib (saya lakukan selepas terima khabar dari keluarga di Johor mengatakan jenazah nenek sudah selesai disolatkan).

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Semoga Allah mengampuni dan merahmati roh nenek saya 😢.


9 comments:

  1. Innalillah. Semoga roh arwah nenek ditempatkan di syurga. Amin.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah (dibaca)
    Moga arwah nenek kak ujie ditempatkn dikalangan org yg beriman.
    Amin.

    ReplyDelete
  3. innalillah :(
    semoga arwah nenek tenang dan damai di sana.. amin

    ReplyDelete
  4. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّٰÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ

    Salam Takziah. Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan orang orang yang beriman. Aaaminn

    Semoga keluarga semua terus kuat dan tabah.
    Al fatihah...

    Terima kasih atas perkongsian panduan ini juga.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas peringatan tatacara solat jenazah. Solat jenazah simple sahaja tapi kita selalu terlupa atau was was sebab jarang buat.

    semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas ucapan dan doa kawan2 semua ❤️

    ReplyDelete
  7. didoakan roh allahyarhamah nenek Ujie tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para solehin...amiin..

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainnalillahirajiun.. semoga rohnya dicucuri rahmat... Semoga keluarga kak ujie kuat dan tabah menghadapi dugaan ini

    ReplyDelete
  9. Salam takziah. Moga arwah nenek ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****