Dalam entri Rain Lily Rosea Pink Berbunga Lebat! saya ceritakan berkenaan rain lily berbunga lebat setelah hujan lebat mengakhiri kemarau panjang di tempat saya. Selepas itu, ia hanya berbunga sedikit saja sekitar beberapa kuntum pada satu masa.
Hasil carian internet mendapati - antara cara supaya rain lily berbunga lebat adalah dengan memotong atau memangkas daunnya. Betulkah? Jomlah kita buat eksperimen.
11 Jun 2026 | Beginilah rupa tanaman rain lily saya - rimbun daunnya. Kalau tak kenal rain lily, sekali pandang macam daun kucai.
Jomlah kita potong daun yang rimbun. Saya potong tak terlalu pendek, agak-agak jelah. Tujuan kita potong daun supaya merangsang pengeluaran bunga yang lebat.
Selepas itu buat penjagaan macam biasa - siraman yang banyak seperti curahan hujan dan sesekali letak baja. Selain itu - cahaya matahari penuh diperlukan bagi pokok mengeluarkan bunga.
Hasilnya…
7 Julai 2026 | Alhamdulillah…rain lily berbunga lebat! Sebenarnya, sejak hari sebelumnya ia sudah mulai berbunga tetapi masih ada bunga yang belum kembang. Foto saya ambil setelah semua bunga berkembang.
Perhatikan warna bunga - warna pink pekat adalah bunga yang baru berkembang, manakala warna pink cair kembang lebih awal. Warna pink pada bunga akan semakin memudar sebelum bunganya layu dan kering.
Jadinya, berapa lama masa diambil bermula potong daun sehingga bunganya berkembang? Hasil eksperimen saya - proses ini mengambil masa sekitar 25 hari. Agak lama juga, tapi ia usaha yang berbaloi kerana kita dapat menyaksikan rain lily berbunga secara serentak - lebih cantik dipandang mata.




Cantik la kak...
ReplyDeleteRumah mak mertua Ada ni...tapi terbiar...
ReplyDeleteWah... cantik sangat! Penuh bunga keluar. Terima kasih, share tips potong daun ini, Ujie. Nanti saya cuba buat. 😊
ReplyDeleteSama-sama Nur 😊
DeleteSelamat mencuba! Nanti share hasilnya ya.
Subhanallah, cantiknya bunga rain lily kak Ujie ni 😍
ReplyDeleteAlhamdulillah, cantiknya bunga lili
ReplyDeleteAlhamdulillah kembali berbunga. Seronok tengok bunga kembang mekar gini. Hati pun turut berbunga hihi
ReplyDeleteWah..berhasilll. Ini yang kita nak tengok. Banyak pulak tu bunganya. Hati pun berbunga-bunga tengok.
ReplyDeleteWaaah iya kak, mirip2 daun kucai 🤣. Tp setelah berbunga baru lah nampak beda. Cantiiiiik sangat. Langsung terbayang jika ada halaman luas, lalu ditumbuhi rain lily, saat kembang bunganya pasti macam rumput pink 🩷
ReplyDeleteSubahanallah cantiknya tu..boleh di tanama di laman banyak2 segar pandangan..ada biji tak bunga lily ni..nak oder jika dapat ..
ReplyDeleteBoleh tak pos ke Sabah,,runding kos ..inshaAllah
ReplyDeleteSaya tak pernah pos tanaman, tapi InsyaAllah boleh cuba sebab pokok ni jenis bebawang (bulb). Pos bawangnya saja. Cuma saya mungkin tak dapat pos segera, ambil masa ya.
DeleteCantiknya. Nak try tanam tapi yang ada ni kadang diabaikan. 😞😞😞
ReplyDeleteoooo kena potong juga ya
ReplyDeletemmg cantik merimbun bunganyaaa
wahhhh cantiknya... ni kalau time takde bunga mesti org ingat kucai kan naya termasuk dlm cucur hehehe
ReplyDeleteCantiknya bunga ni. Sekali berkembang nampak meriah sangat. Warnanya pun cantik.
ReplyDeleteWah, menjadi betul eksperimen Ujie! Seronok tengok bunga rain lily tu berkembang lebat serentak. Betul kata orang, no pain, no gain kena 'gondol'kan dulu daunnya baru dapat hasil yang cantik macam ni. Terima kasih kongsi tips penting ni..cantik sungguh la bunga dia..bila la SA dapat tanam bunga ni...
ReplyDeleteSama-sama SA 😊
DeleteTakpe esok kalau dah pencen ada banyak masa, bolehlah SA menanam pulak.
Alaaa cantiknyaaaaa.. bunga purple dia sangat lawanyaaaaaaaa
ReplyDeleteWah btul la G, kalo tgk sekali imbas igt lalang tadi hehe tp bila dh berbunga wah kemain cantek bunga nya ye..
ReplyDeletePenantian 25 hari berbaloi..cantik sangat bunga dia macam lukisan..
ReplyDeleteSubhanallah. Penuh bunganya.
ReplyDeleteHehe ekspermen menjadi.
Cantiknya.. saya suka tengok kat rumah org je sebabnya saya tak suka tanam pokok bunga yang cute mute bentuknya. Sebab saya agak kasar orangnya, maka pokok bunga berdaun je yg banyak..
ReplyDeleteBila potong lg cantiikk berbunga ye
ReplyDeleteGeramm pula tgknya
Cantik sungguh hasilnya walau.kena tunggu 25 hari.
ReplyDeletehahaha memang kalau kak Ujie tak cakap itu rain lily mati2 kita ingat itu kucai
ReplyDeleteWahhhhh cantiknyaaaaa.....terapi mata ni.
ReplyDelete