Monday 21 December 2020

Mama Tak Reti Tutup Aurat?

Kisah minggu lalu, sewaktu saya duduk menunggu suami di lobi sebuah hotel di Putrajaya. Datang satu keluarga - emak ayah dan anak-anak, mereka duduk di set kerusi berhampiran saya.

Si emak duduk di kerusi dan meminta seorang anak lelakinya mengambil gambar. Sekali ambil, tak elok, diminta ambil lagi. Beberapa kali.

Tiba-tiba, terdengar suara anak lelaki yang lebih kecil (masih di sekolah rendah agaknya) berkata:

“Mama, mama tak pakai stokin?”
“Mama tak reti tutup aurat?”

Tiada suara menjawab. Mungkin mamanya terkelu lidah. Mamanya buat tak tahu saja. Tapi selepas beberapa ketika, dengar juga mamanya menjawab, “Suka hati mama la, kaki mama”.

————————————-

Bukan niat saya nak mendengar perbualan orang, jauh sekali saya memandang-mandang mereka atau sesiapa saja yang duduk berhampiran saya. Tapi dah memang kat sebelah je kan, harus terlihat tanpa memandang dan terdengar tanpa perlu memasang telinga.

Sungguh, saya pun ikut terkelu lidah dengan pertanyaan si anak lelaki tadi. Walaupun saya berstokin pada masa tersebut, tapi saya sedar masih ada lompang dalam cara saya berpakaian sesuai kehendak agama. Masih ada yang perlu saya perbaiki.

LELAKI ADALAH PEMIMPIN KELUARGA
Sememangnya menjadi tanggungjawab lelaki dalam sesebuah keluarga untuk mendidik/memberi teguran kepada ahli keluarga perempuan yang lain. Samada suami atau anak lelaki, keduanya bertanggungjawab terhadap isteri/anak perempuan (bagi suami) atau emak/adik-beradik perempuan (bagi anak lelaki). Lelaki diberi kelebihan hak, kerana ia datang bersama tanggungjawab.

Untung sungguh si emak tadi ada anak lelaki yang tahu apa itu aurat dan mahu memberi teguran. Walaupun teguran yang baik adalah secara sembunyi-sembunyi, empat mata tanpa didengari atau diketahui oleh orang lain. Bab tu kita maafkanlah sebab yang menegur tu anak kecil. Fikirannya masih lurus.

ADAKAH MEMAKAI STOKIN ITU WAJIB?
Tidak wajib. Yang wajib cuma menutup aurat kaki. Boleh je labuhkan kain/seluar untuk menutup kaki. Tapi tentulah tak praktikal kan? Susah nak berjalan, bahaya pulak kot tersungkur dek terpijak kain sendiri dan kain jadi kotor pulak. Atau boleh jugak pakai kasut bertutup penuh, tak nampak kaki. Tapi bila duduk, kain/seluar terangkat jadi nampak kaki jugak kan. Maka yang paling mudah dan praktikal - pakailah stokin untuk menutup aurat kaki.

ISTERI KALAU SAYANGKAN SUAMI, BERUSAHALAH JAGA AURAT
Kadang-kadang memang ada suami yang tak ambil pusing pun pasal aurat, atau tak begitu faham maksud menutup aurat. Maka tak pernahlah didik dan tegur isteri, dibiar saja berpakaian ikut suka. Tapi, kita sebagai isteri kenalah tolong suami supaya tidak dipersoalkan di hadapan Allah tentang tanggungjawabnya mendidik dan menasihati kita. Bukankah kalau kita betul sayang dan cintakan seseorang, kita tak mahu dia mendapat kesusahan?

Jom kita biasakan tutup aurat kaki! Mula-mula rimaslah, lama-lama jadi biasa. Tetapkan niat untuk mencari redha Allah. Semoga niat tersebut memberi kita kekuatan untuk istiqamah.

15.12.2020 | 1.43 pagi - sempat saya ambil gambar jambatan ni walaupun mata dah mengantuk sangat dan terlelap-lelap. Cantik bertukar-tukar warnanya. Alhamdulillah saya dan suami selamat tiba di Putrajaya setelah melalui perjalanan jauh dari rumah PP.

10 comments:

  1. Saya pun pernah kena tegur dengan anak lelaki kedua, beberapa tahun lepas, masa tu saya pakai baju three quarter, tak cover tangan dengan sempurna. Lepas tu, saya pun ubahlah cara pakaian saya ke lengan panjang. Alhamdulillah, ada anak yang menegur. Anggaplah Allah sayang kita, dia hantar orang tegur kita, supaya kita jadi lebih baik. :)

    ReplyDelete
  2. kanak2 menegur ikhlas, bukan menyindir

    ReplyDelete
  3. mesti mak dia malu sebab tu jawab macamtu, kalau dana mesti segan jugak tpi kene jawab dengan betul... kalau tak malu sendiri dan nampak sangat kita memang tak kisah..

    dana masih tak berstokin tp insyallah satu hari nanti akan sampai juga utk ke arah situ...
    dulu tudung pendek, biasa keluar ber jeans dan tshirt lengan pendek... skrg tshirt lengan pendek cuma di rumah... kalau keluar bertshirt lengan panjang... kalau kerja pun tudung dana dah labuhkan tak pendek mcm dulu, baju yang nipis2 semua dah buang... cuba berubah ke arah lebih baik hehehhe

    ReplyDelete
  4. Cabaran sentiasa menutup aurat sempurna bersama saudara-mara.
    Terima kasih ingatkan.

    ReplyDelete
  5. soalan dia scary... hopefully mak dia pandai nak jawab bg dia paham

    ReplyDelete
  6. tahniah anaknya sudah tahu erti aurat sejak kecil lagi , marilah sama sama kita berusaha mengubah diri jadi lebih baik :)

    ReplyDelete
  7. anak itu spt kain putih., peringatan utk diri sendiri jugak., ;p

    ReplyDelete
  8. bagusnya budak2 tu masih kecil tp tahu bab2 aurat dan tegur cara ibu berpakaian. kadang2 suka pakai kasut bertutup lebih selesa dari pakai selipar.

    ReplyDelete
  9. suka suasana putrajaya waktu malam.. tenang tgk lampu2 jambatan di sana

    ReplyDelete
  10. Teguran menjadikan kita seorang manusia yang lebih baik. Jika kita terima teguran tu dan berubah :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****