Wednesday, 30 September 2020

Kecelaruan Berfesyen : Muslimah dan Seluar Dedah Betis

Kredit poster : Fb Page Ustaz Azhar Idrus (Original)

Dah beberapa kali saya perasan - muslimah (penampilan bertudung), tapi memakai seluar yang mendedah betis. Bukan dalam rumah dengan ahli keluarga ya, tapi di tempat awam.

Atas nama fesyen, penampilan sebegitu memang tak pelik dan tak salah. Tapi atas nama agama yang kita imani, penampilan sebegitu jelas haram dan menyalahi syariat berpakaian seorang muslimah.

Indahnya agama Islam, dah siapkan tatacara berpakaian bagi melindungi aurat muslimah  :
  • menutupi seluruh tubuh, kecuali muka dan bahagian tangan (dari pergelangan ke jari)
  • tidak jarang
  • tidak ketat
  • tidak menyerupai lelaki
Jelas di sini, betis pun aurat juga. Perlu ditutup. Alhamdulillah dah menutup atas (bertudung), kuatkan diri untuk tutup bahagian kaki pulak. Kita berpakaian ikut syariat, bukan ikut trend berfesyen atau ikut suka hati.

Ingatan ini termasuk juga untuk ibu mengandung yang memakai baju mengandung dan singkat bahagian bawahnya. Juga kita yang kadang-kadang seronok nak masuk air laut/sungai, terus singsing kaki seluar.

Sama-samalah kita ingatkan sesama ahli keluarga, terutamanya suami yang antara tugasnya membimbing isteri dan anak dengan ajaran Islam. Tegur dan terangkan dengan baik, supaya dapat sama-sama cari redha Allah. 

Kita ingatkan hal agama, bukan kerana kita cukup baik sempurna tapi sebab kita sedang sama-sama perbaiki diri. Saling tegur-menegur kerana kita manusia memang mudah leka dan lupa.


11 comments:

  1. terlalu ikut trend yg fesyen skrg ntah apa2
    kadang2 sedihhh juga terutama public fugure cam artis2 berpakaian walaupun berhijab
    anak2 muda pula terlalu nak cantik

    ReplyDelete
  2. Zhi pun tak setuju dengan fesyen begitu. Terima kasih untuk peringatan.
    Take care.

    ReplyDelete
  3. disebabkan fesyen ni, kita pun susah nak beli seluar dan skirt, sebab banyak yang singkat..aduh

    ReplyDelete
  4. Terima kasih ingatkan. Kadang memang lipat bawah sebab labuh.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas teguran..leka sokmo bab seluar

    ReplyDelete
  6. nampak pun tak kemas dan tak cantik kan, semoga kita semua akan sentiasa berusaha memperbaiki diri hari ke hari, in shaa allah

    ReplyDelete
  7. Kalau bab slua n stokin slalu terlepas pandang..termasuklah sy..huhuhu...kalau nk cepT tu stokin pn kemana

    ReplyDelete
  8. sekarang ni ramai artis pakai gini kak, pastu mula jadi ikutan... sedangkan memang tak betul pun

    ReplyDelete
  9. makin pelik fashion zaman sekarang ni kan...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas peringatan. Akan elak dari memakai seluar macam ni.

    ReplyDelete
  11. pelik cara zaman sekarang. berfesyen tak tentu hala.
    tutup di atas, buka di bawah, ketat hu hu hu hu...
    tak sempurna!
    semua atas nama 'fesyen terkini'.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****