Thursday, 24 March 2022

Normalisasi dan Hilangnya Sensitiviti Beragama


Normalisasi dan Hilangnya Sensitiviti Beragama

Sedari kecil hasil didikan oleh ibu ayah juga guru di sekolah, kita tahu tentang apa itu malu, apa itu aurat, perbuatan apa yang salah dan perbuatan apa yang betul. Kita tahu membuka pakaian (baik lelaki atau perempuan) di khalayak awam adalah perkara memalukan, kita tahu pasangan berkelakuan secara intim di khalayak awam adalah salah dan memalukan, kita tahu apabila seorang wanita Muslimah berjoget di khalayak awam adalah salah dan begitulah seterusnya.

Tetapi hari ini dalam era kecanggihan teknologi, kita terdedah dan mampu melihat segala perbuatan yang salah, perbuatan yang berdosa dan perbuatan yang memalukan, hampir pada setiap masa. Semuanya menjadi tontonan umum. Mula-mula kita rasa, eh…tak senonohnya pakaian si polan ni ketat sana sini, eh…tak malunya berpeluk intim suami isteri pun nak tayang, atau, eh…iklan jual pakaian ‘muslimah’ tapi bukan main modelnya berjoget . Itu mula-mula.

Esok, lusa dan hari-hari seterusnya, mata kita mula terbiasa dengan perbuatan-perbuatan tersebut. Hati mula menerima itu semua sebagai kebiasaan zaman sekarang. Atau fikiran mula memproses, alah biarlah. Dosa masing-masing kot. Proses normalisasi telah berlaku!

Dan selepas itu yang lebih parah, tiada lagi penolakan di dalam hati kita pada perbuatan yang salah lagi berdosa. Kita sudah hilang sensitiviti dalam beragama! Kita tak lagi merasa apa yang salah adalah salah dan perbuatan yang salah harus ditegur. Biarpun selemah-lemah teguran hanya mampu bergumam sendiri atau terdetik di dalam hati, itu cukup menandakan kita masih ada sensitiviti beragama.

Solusinya? Marilah kita belajar mengawal diri (lebih tepatnya mengawal mata) daripada melihat perbuatan tersebut. Unfollow, unlike, scroll laju-laju atau apa sajalah yang membuatkan mata kita jangan dibiasakan dengan melihat perbuatan yang salah. Ingatkan diri dan ahli keluarga apa yang boleh dilihat dan apa yang perlu dihindari. Mari kita jaga mata, demi menjaga agama.


*Penulisan ini juga sebagai peringatan buat diri saya sendiri kerana setiap hari kita perlu cuba memperbaiki diri.




8 comments:

  1. Sama-sama kita jaga mata hati dari terjebak fitnah media sosial

    ReplyDelete
  2. Dah macam macam benda tak normal berlaku sekarang. Terlalu open dedah yang tak sepatutnya terjadi. Tak ada rasa malu dah. Tindakan yang bagus unfollow, unlike dan sewaktu dengannya.

    ReplyDelete
  3. Mungkin antara hikmah kita diseru supaya menundukkan pandangan ialah agar jiwa kita sentiasa bersih, tidak memandang perkara maksiat dsbnya.

    ReplyDelete
  4. Betul. Selalu elak untuk ambil tahu tentang hal viral atau perkara yang tidak patut tahu, tidak payah.

    ReplyDelete
  5. Ada benda yang viral.. Saya sekadar tahu tapi tidak sampai untuk mencari untuk lebih mengetahui. Pasal Zul Ariffin, saya tahu tapi tak pernah menonton..pasal lagu Datuk Vida, saya tahu tapi tak pernah menonton.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas peringatan ni kak Ujie. Memang akhir zaman banyak fitnah sebab orang nak popular dengan cepat. lagi kita bagi perhatian, lagi menjadi.

    ReplyDelete
  7. sekrg ni ramai 'attention-seeker', nak create content yg viral, mngejar 'likes'..hingga hilang perasaan malu, semoga kita & keluarga terpelihara dari hal sebegini..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian dna peringatan ini..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****