Sunday 24 April 2022

Kadar Zakat Fitrah Negeri 1443H/2022M & Cara Bayar Zakat Fitrah ‘Online’

WAKTU TERBAIK TUNAI ZAKAT FITRAH

Hari ini dah pun 22 Ramadan, antara perkara yang perlu kita ambil perhatian adalah berkenaan pembayaran zakat fitrah. Bilakah waktu terbaik untuk kita menunaikan zakat fitrah? Jom kita baca info pada poster di bawah :

Kadar zakat fitrah negeri tahun 2022 dan cara bayar zakat fitrah secara online.
Poster oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Walaupun waktu afdhal adalah selepas solat Subuh 1 Syawal sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri, tapi lebih selamat jika kita tunaikan zakat fitrah sebelum waktu tersebut. Bimbang terkejar-kejar sampai masanya tak sempat pula sehingga masuk waktu makruh.

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI 1443H / 2022M

Kadar minimum bagi semua negeri adalah sama, iaitu RM7. Cuma yang berbeza ada negeri-negeri yang menetapkan kadar lain mengikut jenis beras yang dimakan. Sila rujuk poster di bawah untuk info lanjut :


Kadar zakat fitrah negeri tahun 2022 dan cara bayar zakat fitrah secara online.
Poster oleh The Inspirasi.

JOM BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ‘ONLINE’

Nak bayar zakat fitrah secara online? Boleh klik pautan di bawah mengikut negeri di mana kita bermastautin atau bekerja. Berkenaan persoalan di mana (tempat) zakat fitrah perlu dibayar, saya sertakan petikan jawapan dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan :

Setelah meneliti pendapat makanya zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, saya lebih cenderung kepada pendapat ihtiyat iaitu kita mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.

Justeru jika ketika itu beliau masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok baginya untuk dia bayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiq sedangkan kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak berlaku.

Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

Selain kaedah pembayaran online pada pautan di bawah, sesetengah negeri ada menggunakan kaedah pembayaran online lain (pembayaran di portal/aplikasi tertentu). Yang tu kena buat semakan sendirilah ya. Di bawah ni saya cuma sertakan pautan ke laman rasmi setiap negeri.
WILAYAH PERSEKUTUAN | https://fitrah.zakat.com.my

——————————————————————————————

Alhamdulillah, saya dan encik suami dah pun selesai menunaikan zakat fitrah secara online. Kalau dulu pembayaran kepada majlis agama Islam Negeri Sembilan, kini masuk tahun kedua kami bayar kepada majlis agama Islam Pulau Pinang.

Bagaimana pula kalau nak bayarkan zakat fitrah untuk orang yang bukan di bawah tanggungan kita? Ada syaratnya, mesti dapatkan keizinan tuan badan (bagi mewakilkan iaitu mengeluarkan zakat bagi pihak individu tersebut) kerana zakat fitrah merupakan satu ibadah. Kalau tunaikan tanpa keizinan, ia jadi tidak sah.


* Nak mengulang kaji berkenaan zakat fitrah? Boleh klik pautan DI SINI.


6 comments:

  1. Baru juga dengar pasal waktu sesuai tunaikan zakat fitrah.
    Tq kongsi pasal zakat secara talian.

    ReplyDelete
  2. baru tahu pasal ni.. mudah la husband nk bayar

    ReplyDelete
  3. mudah bayar pakai online. terutama orang yang tak larat nak keluar.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  5. Senang dah sekarang bila dah ada platform online.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah settle jugak suami bayar zakat minggu lepas. Secara online dan ikut jenis beras. Mudah kerja bayar online.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****