Saturday 16 September 2023

Laungan Azan Subuh Dua Kali di Pulau Pinang

 
Laungan Azan Subuh Dua Kali di Pulau Pinang
5.32 pagi, 14 September 2023 | Pemandangan dari balkoni rumah PP, masa ni azan pertama sedang berkumandang.

LAUNGAN AZAN SUBUH DUA KALI DI PULAU PINANG
Laungan azan Subuh dua kali di Pulau Pinang sebenarnya bukanlah perkara baru. Tetapi saya hanya mengetahuinya selepas berhijrah ke sini pada tahun 2020. Sebelum itu, saya tak pernah mendengar laungan azan waktu Subuh sebanyak dua kali di mana-mana tempat yang pernah saya kunjungi di Malaysia.

Awalnya saya sangka ada kesilapan, muazin tersalah tengok jam jadinya laungkan azan awal dari waktu Subuh yang sepatutnya 😄. Tapi tak mungkinlah ianya satu kesilapan kalau selalu terjadi kan? Selepas itu barulah saya tahu apa sebabnya.

Ini penjelasannya :
  • Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerusi surat pekeliling pada tarikh 6 Julai 2017, menggalakkan masjid dan surau di seluruh negeri Pulau Pinang melaungkan azan sebanyak dua kali pada waktu Subuh.
  • Ia bertujuan bagi menghidupkan semula sunnah Nabi Muhammad SAW.
  • Bagi pelaksanaan ini, azan pertama akan dilaungkan sekitar 30 minit sebelum masuk waktu Subuh dan azan kedua akan dilaungkan apabila masuk waktu Subuh dengan kedua-dua azan tersebut sunat menyebut kalimah الصلاة خير من النوم yang bermaksud solat itu lebih baik daripada tidur.
  • Pelaksanaan ini hanya digalakkan, tidak wajib dilakukan.
  • Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah memaklumkan terlebih dahulu kepada ahli kariah berkaitan pelaksanaan ini agar tidak timbul kekeliruan.

Hasil carian saya juga mendapati terdapat dua negeri lain yang melaksanakan azan Subuh dua kali, iaitu negeri Kedah dan negeri Pahang. Tetapi sebab ianya bukanlah wajib, bermaksud bukan semua masjid dan surau melaksanakannya. Mungkin sebab itulah saya sendiri tak pernah mendengar azan Subuh dua kali sewaktu berkunjung ke Kedah dan Pahang.


AZAN TIDAK BOLEH DILAUNGKAN DI PULAU PINANG?
Beberapa bulan lalu, timbul isu berkenaan larangan melaungkan azan di Pulau Pinang. Fakta sebenarnya, penggunaan pembesar suara di luar masjid/surau hanya dibenarkan untuk azan dan iqamah sahaja.

Maksudnya boleh melaungkan azan dan iqamah seperti biasa, tetapi perlu menggunakan pembesar suara di dalam masjid/surau bagi aktiviti selain azan dan iqamah (contoh : bacaan al-Quran sebelum waktu solat dan kuliah yang diadakan selepas waktu solat).

Ia bertujuan supaya tidak mengganggu mereka yang tinggal berhampiran masjid/surau. Entah ada orang sakit, anak kecil tidur, orang yang perlu berehat setelah penat bekerja atau orang yang sedang beribadah di rumah.

Selain itu juga, ia bagi mengelakkan salah faham orang bukan Muslim yang tidak dapat membezakan laungan azan dengan bacaan selain azan. Mereka mungkin menyangka azan terlalu lama dan mengganggu mereka, sedangkan azan sebenarnya cuma sekejap saja.

Sebagai memahami lebih mendalam berkenaan hukum bacaan kuat selain azan, saya sarankan kalian baca dengan teliti penjelasan lengkap oleh Dr. MAZA di pautan INI.



SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-60 🇲🇾
16 September 1963 menjadi detik bersejarah pembentukan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965). Marilah bersama kita menjaga keharmonian di antara rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia demi kemakmuran negara.







38 comments:

  1. Biasanya azan dua kali kedengaran dari Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah. Azan pertama kedengaran di antara pukul 3-4 pagi. Dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Barangkali bertujuan untuk membangunkan umat Islam di sekitar masjid untuk berjunub atau berhadas supaya mempunyai waktu yang cukup untuk membersihkan diri sebelum beribadat di waktu subuh.
    Apabila kedengaran azan dua kali di negara kita, itu sudah menunjukkan masjid berfungsi sepenuhnya. Wallahua'lam.
    Semasa saya bermalam di homestay Padang hujung Ogos lepas, kawan saya tersolat subuh awal sebab kedengaran azan dari masjid berhampiran. Rupanya memang azan subuh sua kali. Dan kawan saya solat subuh sekali lagi selepas azan kedua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih perkongsian kak Amie berkenaan tujuan azan dua kali 👍🏽

      Jadi kenangan lucu percutian di Padang…solat Subuh dua kali 😅

      Delete
  2. Masa ke sana pun perasan azan dua kali. Dulu duk Qatar terkejut gak. Dengar azan pertama subuh tu terus solat. Bila dengar azan kedua baru check hp dan perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..Qatar pun laksanakan azan dua kali 👍🏽

      Delete
  3. Ada juga penceramah yang datang sarankan masjid tempat solat buat 2 kali tapi tidak buat juga.
    Tahu ia menghidupkan sunah selain boleh solat sunat sebelum Subuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ambik masa nak laksanakan sebab perlu komitmen muazin dan persetujuan banyak pihak.

      Delete
  4. Laaaa... abis yang orang share2 kat grup wasap tu kata takde azan tu, tak betul lah? Apalah diorang ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak betul dan tak penah ada larangan azan. Cuma ada salah faham je.

      Delete
  5. Ooo.. Baru tahu.. Lama tak ke Penang..

    ReplyDelete
  6. Di Kuantan ni sejak pindah 3 tahun lepas, Azan Subuh memang dua kali. Alhamdulillah di Penang dah boleh Azan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…Pahang dan Penang sama - azan Subuh dua kali.

      Delete
  7. Dulu masa kecik2 surau kat kawasan rumah mmg azan dua kali utk subuh .. skrg tak dah. tak byk yg nak buat azan dua kali .

    ReplyDelete
  8. yang tak duduk sana cuma dengar khabar angin aje la rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..begitulah Yan. Khabar angin memang lebih kencang bertiup berbanding khabar betul 😅

      Delete
  9. di Kedah azan subuh dua kali mcm Penang juga

    ReplyDelete
  10. Oo baru tahu juga pasal ni..tk sharing..

    ReplyDelete
  11. Kalau masjid di taman perumahan sy ni, azan dua kali cuma akan berlaku pd bulan Ramadhan. Sekali utk mengejutkan sahur, sekali lagi bila masuk waktu subuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak gitu. Sangat membantu umat Islam bangun sahur.
      Tak dapat laksanakan sepanjang masa, dapat buat pada bulan Ramadhan pun cukup baik.

      Delete
  12. Masjid di kawasan perumahan saya azan 2 kali juga. Yang pertama, sejam sebelum masuk subuh. Yang kedua, masuk waktu subuh.

    ReplyDelete
  13. Kalau kat tempat saya ni...azan subuh 2x tu dilaungkan sepanjang bulan Ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat buat sepanjang masa, dapat buat masa Ramadhan pun kira bagus jugak kan.

      Delete
  14. Saya baru tahu ada azan dilaungkan dua kali.

    Ijin saya follow blognya ya ^_^

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah
    Semoga syiar Islam berkembang di Pulau Pinang

    ReplyDelete
  16. owh baru tahu kaedah ini di Pulau Pinang, bagus sangat paling tidak sempat bangun awal sedia untuk kabliatan 2 raakaat kan.. In Syaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kelebihan laungan azan Subuh 2 kali kan..

      Delete
  17. Wah saya pun baru dengar ada. Azan subuh sebanyak dua kali,ternyata ada alasannya yaa

    ReplyDelete
  18. Di Aceh pun 2x kak. Dulu saya tinggal di Lhokseumawe Aceh Utara, di sana azan 2x. Tapi saat pindah ke Medan, jakarta tak pernah denger 2x. Hanya sekali 😁.

    Mungkin Krn Aceh juga syariat Islam hukum yg dipakai, jadi lebih condong mirip dengan arab saudi yg juga mengumandangkan 2x.

    Tapiiii saat saya sekolah di Penang, saya tinggal di kawasan Chinese area. Jadi jujur azan saja tak terdengar 😅.mesjid agak jauh. So, saya pakai alarm lah untuk bisa bangun sholat subuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aceh serambi Mekah.

      Walaupun tak kedengaran azan, yang penting disiplin sendiri kan untuk bangun solat 👍🏽





      Delete
  19. oo..baru tahu, dah lama x ke Penang & Kedah...masa gi Kuantan haritu, takde azan Subuh 2x...mungkin mereka memilih utk tak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di rumah PP ni pun, biasanya kalau azan dengar dari 2-3 surau/masjid. Tapi kalau azan pertama subuh cuma satu tempat je yang buat.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****