Friday, 10 March 2023

‫إ‬خلاصکه کيت؟



Ketika kita menghulurkan sedekah kepada seseorang,
Kita berharap nama kita disebut-sebut orang,
Mengharap hidup dikurnia bahagia dunia sebagai balasan amal baik.
Ikhlaskah kita?

Ketika kita menunaikan solat sunat Dhuha,
Kita berharap Allah melimpahkan rezeki buat kita,
Kesenangan dunia sebagai pertukaran ibadah yang dibuat.
Ikhlaskah kita?

Sesama manusia kita tidak ikhlas.
Dengan Tuhan pun kita masih berkira-kira.

Hulurkanlah sedekah semata kerana rasa ingin saling membantu.
Lakukanlah ibadah semata kerana mahu mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Ikhlas itu tidak dapat dilihat dengan mata.
Juga bukan dengan lafaz di bibir.
Ikhlas tempatnya di hati.

Hanya kita yang tahu situasi hati sendiri…
Ikhlaskah kita???



———————————————————————————

Dunia adalah ladang akhirat. Kita berbuat kebaikan untuk kehidupan akhirat. Pemberian rezeki anak, harta dan segala kesenangan dunia adalah rahsia Allah. Kita tak akan pernah tahu apa yang kita dapat itu kerana apa. Kita menyangka dengan banyaknya kebaikan dilakukan, maka Allah akan beri segala yang kita mahu. Tetapi jika yang terjadi adalah sebaliknya, adakah kita akan berputus asa dan berhenti berbuat kebaikan?

Peringatan buat diri saya juga supaya mendidik ikhlas di hati. Berbahagialah insan yang dapat mencapai tahap hati ikhlas - di mana segala amalan baiknya sesama manusia dan ibadahnya kepada Allah tidak lagi mengharapkan habuan dunia.





15 comments:

  1. Tersentak jugak membaca kata2 ni Kak Ujie. Kena selalu semak hati bila buat sesuatu amal ibadah, adakah ikhlas atau mengharapkan ganjaran dunia. Terima kasih mengingatkan saya.

    ReplyDelete
  2. Saya sendiri masih mendidik diri untuk ikhlas dalam semua yang saya buat. Tipu la, kadang memang ada rasa nak balasan atas kerja kita, nama pun manusia biasa. Tapi akan sentiasa ingat diri sendiri, apa pun, untuk cari redha Allah, dan nak dekat dengan Dia. Takpe kalau orang tak perasan pun, Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  3. Teringat lagu Ikhlas tapi jauh....

    ReplyDelete
  4. Ikhlas: Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan sebarang balasan. Marilah kita beristiqamah untuk mendidik hati supaya sentiasa ikhlas.

    ReplyDelete
  5. Baca tulisan ini seakan ada bisikan ..sudah ikhlas kah saya selama ini ? Memang tak mudah,tapi coba belajar,terimakasih sudah mengingatkan😊🙏

    ReplyDelete
  6. Itulah kena selalu semak dan ingatkan diri buat kerana Allah. Ada juga kadang-kadang sakit hati pertolongan tidak dihargai.

    ReplyDelete
  7. Allah sahajalah yg tahu akan niat kita, dan Dia jugalah yg layak membalasnya. Mohon dijauhkan kita dari sifat² mazmumah

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsiannya.. ;)

    ReplyDelete
  9. Hati Mudah berbolak balik tentang keikhlasan ni... Ada masa mmg dah niat..tak balas pun takpa..kita memberi sebab kita Bersyukur Dan menghargai.... Ada masanya...ehhh..kenapa aku tak dapat sedangkan aku more better...Haa gituh! Tapi Moga kita kuatkan hati Dan semangat untuk terus ikhlas

    ReplyDelete
  10. terima kasih untuk perkongsian..peringatan kepada diri sendiri..

    ReplyDelete
  11. ikhlas dalam segala perbuatan.. kalau bab sedekah tu ikhlas betul2 bkn mengharapkan balasan

    ReplyDelete
  12. Terima kasih perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  13. syukran for sharing...ikhlas itu ibarat semut hitam diatas batu hitam di malam yang kelam....tidak mudah utk dicapai tapi InshaaAllah, dengan mujahadah, boleh diperolehi...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****