Wednesday, 12 May 2021

Persediaan Raya - Ulangkaji Amalan Sunat Aidilfitri, Kaedah Pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri dan Teks Khutbah Aidilfitri (di Rumah)

Tentu ramai yang sedang sibuk memasak untuk hari raya esok kan? Saya tak ada apa nak disibukkan, raya berdua je di rumah PP ni. Tak ada keluarga terdekat. Petang nanti nak cuba buat Burnt Cheesecake guna air fryer dan malam baru merebus ketupat segera guna pressure cooker. Esok pagi buat lodeh dan sambal kacang daging. Ringkas je menu raya kami.

Selain persediaan makan-makan, persediaan lain yang kita kena buat untuk hari raya esok adalah ulangkaji amalan yang dianjurkan dalam Islam. Tahun ni nampaknya sekali lagi kita perlu solat sunat hari raya di rumah. Hikmahnya, bolehlah kita berjemaah satu keluarga. Suatu hari nanti ia akan jadi kenangan indah.

10 AMALAN SUNNAH HARI RAYA AIDILFITRI
Panduan dah diberi, tinggal ikut saja. Malam ni kita dah boleh mula bertakbir.

KAEDAH PELAKSANAAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Sila klik poster untuk paparan lebih jelas.

Sila klik poster untuk paparan lebih jelas.

Sila klik poster untuk paparan lebih jelas.

KHUTBAH AIDILFITRI (di rumah)
Untuk teks penuh, sila klik DI SINI.
Baca khutbah hukumnya sunat bagi yang solat secara berjemaah. Tak buat pun takpe, tapi kalau buat bolehlah ambil pengalaman kan. Tak perlu mimbar dan tongkat pun. Cuma sediakan tempat duduk bagi imam duduk sebentar di antara dua khutbah.

———————————————————

Selamat beramal semua! Biar pun tak dapat beraya secara biasa, raya tetap diraikan. Alhamdulillah kita masih boleh meraikan dalam keadaan aman, kerana musuh kita Covid-19 benda yang tak nampak. Sedangkan saudara-saudara seagama kita di Palestin sedang dalam keadaan sebaliknya.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!
Mohon maaf jika ada kata-kata saya yang tak menyenangkan ya.


13 comments:

  1. Sama buat kek keju. Buat kuah lodeh esok.
    Terima kasih beri panduan amalkan sunah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Na.

      Sama-sama la jugak kita makan kek keju dan lodeh ya 😄

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat ini. Semoga sama² dapat kita praktikkan.

    Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  3. Saya pun raikan berdua je. Hanya prepare rendang je lah. Cukuplah hidangan raya berdua. Alhamdulillah :)

    Esok berjemaah solat sunat hari raya kat rumah je memandangkan quota masjid pun terhad.

    Sedap hidangan akak kuah lodeh dan sambal kacang. Favourite kuah lodeh tu a.k.a lontong saya panggil.

    Selamat Hari Raya Kak. Maaf jika ada salah dan silap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nak buat menu lontong pun sebenarnya tu..hehe

      Selamat Hari Raya Fiza.

      Delete
  4. syukran berkongsi llmu..cadangnya solat sunat di rumah saja esok InshaaAllah..masjid penuh..

    Selamat Hari Raya Ujie..maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  6. walaupun sambut raya ala kadar dan dalam PKP.. yang wajib yang sunat jangan dilupakan..

    ReplyDelete
  7. betul, even tak dpt raya macam biasa.. tetappppp kena rayaa

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini kak Ujie! :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****