Tuesday, 21 March 2023

Cerita Baju Raya

⏵ PAKAIAN & MODEL MUSLIMAH, DI MANA MUSLIMAHNYA?

Screenshot teguran oleh ustazah Asma’ Harun.

Sekarang ni kita lihat di media sosial meriah dengan iklan baju raya, tapi sayangnya banyak juga yang tidak selari dengan aturan agama Islam. Baju keluaran syarikat Muslim, model pula seorang Muslimah.

Model perempuan dengan baju raya ketat, mempertontonkan lekuk tubuh. Memakai tudung singkat, sekadar membalut kepala dan leher. Kadang siap memakai perhiasan seperti anting-anting di tudung. Kemudian berjoget tanpa rasa malu, menarik perhatian mata memandang.

OK ke TAK OK?

Menurut agama Islam, seorang Muslimah itu wajib menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang boleh dinikahi). Jadinya pemakaian Muslimah sama ada secara bersemuka mahu pun di media sosial haruslah yang menutup aurat. Secara asasnya, berikut merupakan ciri-ciri pakaian yang menutup aurat bagi Muslimah :

✔ menutupi seluruh tubuh, kecuali muka dan bahagian tangan (dari pergelangan ke jari).
✔ tidak jarang.
✔ tidak ketat.
✔ tidak menyerupai lelaki.

Maka, memakai baju ketat bersama tudung singkat jelas sekali tidak mencapai maksud menutup aurat. Ada juga model yang cukup manis dengan pakaian menutup aurat, tetapi masih juga berjoget dan membuat pelbagai gaya.

Eh, tak boleh berjoget ke? Boleh, jika sesama perempuan atau ahli keluarga. Selain itu, tak boleh kerana antara tujuan menutup aurat adalah bagi melindungi kehormatan seorang perempuan. Lagi pulak, memang nampak sangat tak manis bila bertudung tapi berjoget.

Buat para usahawan pakaian Muslimah dan para model Muslimah, jadikanlah industri fesyen dan peragaan kalian sebagai medan memartabatkan Muslimah. Moga dengan usaha tersebut, kalian mendapat keuntungan di dunia dan ganjaran di akhirat (atas sebab orang membeli pakaian yang menutup aurat dan meniru gaya pemakaian Muslimah).



⏵ MISI MENCARI BAJU RAYA…SELESAI!


Hari Sabtu lalu, kali kedua saya dan encik suami ke Bandar Baru Bangi bagi mencari baju raya. Semangat kan? 😄 Sebabnya, saya malas nak berpenat pada bulan puasa nanti. Lagi pulak sementara kami berada di rumah NS, mudahlah nak cari baju di Bangi. 

Alhamdulillah setelah penat keluar masuk kedai, akhirnya kami berjaya membeli sepasang baju Melayu Teluk Belanga untuk encik suami dan sepasang baju kurung Pahang untuk saya. Warna pilihan kali ini cream beige, bolehlah sesuaikan dengan warna tema majlis perkahwinan anak saudara yang bakal berlangsung pada Syawal nanti. Tak wajib pun ikut tema, tapi alang-alang kami memang nak beli baju raya jadi bolehlah cari warna yang sesuai.

Setelah tiga kali raya tanpa persalinan baru, akhirnya tahun ini kami beli baju raya. Tahun depan mungkin tak membeli baju raya. Saya nak cuba hidup gaya minimalis, tak bolehlah ada banyak pakaian. Menambah bila perlu je.






23 comments:

  1. Bestnya. Tahun ni tak decide lagi nak beli baju raya ke tak utk saya dgn suami. Biasanya kiteorg recycle je, tapi baju budak2 kena beli sbb dieorang cepat membesar baju tahun lepas dah tak muat tahun ni 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang keperluan beli yang baru untuk budak2.

      Lagi pun biarlah budak2 rasa happy puasa dan sambut Raya dengan baju baru.

      Delete
  2. betul la tu teguran Ustazah
    bkn artis shj , yg biasa ni jga trend bj balut aurat bkn tutup aurat kan
    kadang2 yg terdekat dgn diri , ank 2 keluarga sedara mara jga payahh kita tegur ni setakat tegur je
    paling risau pakai tudung tp telinga @ tunjuk anting2 dan leher jga nampak
    risauuuuuu
    bj raya thn ni ank2 dara ciknur beli , warna pilihan dorang jga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang terdekat memang kadang lebih susah untuk kita tegur. Paling kurang kita doakan jelah kita dan dia sentiasa lembut hati ikut perintah Allah.

      Wah..untung ciknur. Semua anak2 siapkan.

      Delete
  3. Belum beli baju baru.😀..ya saya juga mau belajar hidup minimalis saja ,sudah penuh baju di lemari,pantasnya saya sumbangkan saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru saja sumbangkan baju2 yang sudah bertahun tak digunakan. Daripada membazir tersimpan, lebih baik diberi kepada yang memerlukan.

      Delete
  4. alang² dah dkt, seblm puasa kita buat persiapan...dkt² nak raya, sesak dgn org ramai...

    di tik tok, ada pompuan brtudung berjoget sbb nk tunjuk exercise, kita yg pompuan tgk pun terpesona apatah lelaki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aritu pergi pun dah sesak jugak sebenarnya. Orang Q panjang nak masuk butik BulanBintang. Tahun ni nampaknya orang beli baju raya awal.

      Kan...sebab tu kita tak boleh berjoget depan umum. Memang lelaki kena tundukkan pandangan, tapi perempuan pun kena jaga diri, jangan sibuk nak tunjuk2 😁

      Delete
  5. Sayapun sudah ada. Itupun baju pemberian blogger.
    Samalah malas beli sebab saya ini banyak baju kurung. Ulang-ulang pakaipun bukan orang perasanpun.
    Hehe cari awal-awal banyak pilihan. Adik sayapun pergi cari baju anak-anak. Hehe tapi masalahnya susah buat pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah jugak tu ya...hehe
      Saya pulak pergi 2x sebab tak ada yang berkenan, akhirnya beli jelah walaupun bukan 100% suka. Malas nak cari2 lagi.

      Delete
  6. tahun ni baju raya lelaki ramai yg pakai bulanbintang rasanya..kami pun dah selesai sebelum puasa beli online saja tak nak dah hujung2 nanti tak puas hati dengan abg posmen lambat hntr hehe

    ReplyDelete
  7. selamat menyambut ramadhan Ujie... selamat berpuasa esok :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, selamat dah ye, beli baju raya.
    Bagus perkongsian Ujie di atas. Saya tak tahu apa berlaku, sebab tak ada media sosial.
    Cadangnya, nak cari baju melayu anak-anak, sebab masing-masing dah meninggi. Harap jumpa yang sesuai.

    ReplyDelete
  9. Wow..dah siap eh baju raya ..Sy pun mesti ada sepasang la paling kurang sebab sunat memakai baju Baru tu je ..then pakailah baju taon taon sebelum..sebab jarang pakai.kan....

    ReplyDelete
  10. Sebab dia dh macam trend tau, baju melayu pun semua ikut badan kalau baju kurung pun ketat melekat tudung cuma selit kt leher je. Akak lebih suka baju melayu yang berpesak biasa tu baju kurung pun sama berpesak longgar lebih sopan.

    ReplyDelete
  11. salam ramadhan almubarak., aminn

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah kami juga sudah setel bab baju raya :D
    Selamat berpuasa puan 💐

    ReplyDelete
  13. Wahh tersama tema warna raya .. Ccl ingat tahun ni nk pakai tema nude / cream gitu ..

    ReplyDelete
  14. Wah..berbaju kurung Pahang ye..
    Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  15. Sama kak ujie. Saya juga jarang beli baju raya. Terkadang beli, lebih sering tak. Apalagi kalo baju di lemari masih banyak yg bagus. Saya punya prinsip, saat membeli 1 baju, berarti hrs ada 1 baju di lemari yg saya hibahkan atau donasikan. Dah tak suka menumpuk barang terlalu banyak

    ReplyDelete
  16. yg ini memang betul.. elok dibuat teguran.. ada yg ikut bentuk badan, ketat dan jarang.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****