Hari Ahad lepas, saya berbelanja bahan masakan di Nat Pokok Getah. Antara sayuran yang dibeli - seikat daun pucuk ubi berharga RM2. Awalnya saya bercadang nak buat masak lemak, jadi saya beli juga sebungkus kecil santan segar berharga RM2.
Bila balik rumah, duduk berbual dengan Encik Suami. Antara topiknya - pucuk ubi boleh buat masakan apa selain masak lemak? Hasil perbualan tersebut dan carian internet, maka semalam saya masak - pucuk ubi goreng belacan.
Pucuk ubi goreng belacan. Alhamdulillah sedap memuaskan selera kami suami isteri.
Seikat pucuk ubi dapat masak banyak gini, sesuai untuk 3-4 orang makan (bersama lauk lain).
Resepinya sama saja dengan resepi kangkung goreng belacan, cuma berbeza persediaan daun pucuk ubi untuk dimasak goreng belacan.
Siang daun ubi (ambil pucuk ubi dan daun yang lembut), selepas itu saya celurkan dalam air mendidih selama 5 minit (lepas ni kena tambah masa lagi beberapa minit sebab rasa tak cukup lembut pulak). Kemudian angkat, bilas dan toskan. Saya tos (keringkan air pada daun ubi) dengan menggunakan salad spinner. Mudah sungguh nak keringkan sayur dan buah sejak ada salad spinner, silalah beli ya. Lepas daun ubi dah tos airnya, saya gumpalkan dan potong kasar supaya mudah nak makan tak panjang sangat. Ni cara saya, terpulang ikut cara mana yang kalian suka.
PUCUK UBI GORENG BELACAN
Bahan-bahannya :
Seikat daun pucuk ubi
Garam
Air
Bahan tumbuk kasar (saya guna chopper) :
Sebiji bawang merah - saya guna bawang merah saiz besar, kalau kecil guna 2-3 biji.
2 ulas bawang putih
Sedikit potongan belacan
Sedikit ikan bilis
5 biji cili padi
1 biji cili besar merah - saya buang biji dalamnya.
Cara memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk kasar hingga naik bau harum.
2. Masukkan daun pucuk ubi, kacau rata dengan bahan tumis.
3. Masukkan air dan sedikit garam secukupnya.
4. Kacau rata seketika, dah boleh angkat.
Saya suka kuah banyak, jadinya saya letak air lebih.
Alhamdulillah percubaan kali pertama yang dikira menjadi. Encik Suami kata - nanti nak beli pucuk ubi lagi, nak masak goreng belacan. Sebelum ni sangat jarang kami beli pucuk ubi. Berkenaan rasa masakan, kalau ikut pendapat saya - kena tambah masa celur sebab rasa ada bahagian yang kurang lembut. Ikut pendapat Encik Suami, katanya ok je dah cukup lembut.
iye la kak bila sebut pucuk ubi mesti bayang masak lemak,masak tempoyak..tak pernah nak cuba masak lain..nak cuba juga la nanti buat goreng belacan
ReplyDeletewalaupun banyak pokok ubi di rumah mak, kami x pernah makan daunnye.. huhuhu.. kami hanya makan ubinya... boleh try nanti daunnya.. biasanya kami kutip daun2 lain dalam semak untuk dijadikan sayur, daun ubi kami letak sikitttt jerk.. mungkin arwah ayah dulu ade mslh angin kot sb tu kami x pernah makan pucuk ubi sb pernah arwah ayh bgth pucuk ubi ni angin...
ReplyDeletesedapnyaaaaa kalau mkn dgn nasi panas + ikan kerisi gorengggg yummyyyyy
ReplyDeleteDi rumah Cuya tak pernah beli pucuk ubi, biasa makan sayur sawi, brokoli dan kobis je selalu beli
ReplyDeleteBanyak juga hasilnya masak seikat pucuk ubi RM2. Biasanya seco'et saja hihiii.
ReplyDeleteNak kena try ni. Selalunya celur je pun pucuk ubi ni tak pernah try masak lain.
ReplyDeleteTak pernah rasa lagi. Tapi, mesti sedap. Saya biasa makan masak lemak pucuk ubi.
ReplyDelete