Dah agak lama saya berhajat nak beli satu alat yang boleh menggantikan kerja menumbuk lesung.
Kalau memasak kuantiti banyak, saya terus je gunakan blender. Tak ada masalah. Tapi kalau sekadar untuk masakan harian yang sedikit atau perlu kering, kena jugak ketang ketung menumbuk. Dan pada kebanyakkan masa tentulah saya masak sedikit, ahli rumah cuma dua orang 😀
Selepas fikir-fikir (baca : buat carian internet, baca review orang, lihat perbandingan harga), saya akhirnya buat keputusan nak membeli Philips Chopper. Dah tau brand, model dan harga normal, bolehlah tunggu bila Shopee atau Lazada ada buat sale. Hehe...bukan barang kategori urgent pun kan. Ngam kena harga yang kita nak...cepat-cepat klik beli.
Alhamdulillah...dapat beli Philips Daily Collection Chopper model HR1393/01 pada harga RM83 di Shopee. Ada sale di kedai Philips Official Estore, dapat juga percuma pos. Beli 31 Mac, dengan pantasnya dapat pada 2 April.
Jom ler kita cuba...ni nak 'menumbuk' bawang, kunyit, halia dan serai. Saya potong kecik-kecik jugak supaya lebih mudah hancur. Haha...dah terbiasa buat untuk menumbuk.
Inilah hasil beberapa kali tekan. Chopper ni guna kaedah tekan-tekan (easy press-down operation). Sama macam menumbuk di lesung, bolehlah kita sesuaikan nak kasar atau halus mana.
Setakat ni saya puashati dengan chopper ni. Mudah untuk bahan masakan yang sedikit, senang nak menumbuk cili tak lagi terpercik ke mata dan dah boleh kisar kering. Nak guna untuk kisar basah (letak air sedikit) pun boleh.
Satu lagi ciri penting - ia mudah dibasuh. Ada 3 bahagian yang perlu dibasuh - mangkuk (bowl), bahagian pisau (mudah pasang/buka) dan penutup. Nak beli apa-apa alatan dapur, memang inilah antara ciri yang mesti kita ambil kira. Kalau leceh, lama-lama kita jadi malas nak pakai. Membazir beli.
Kot esok-esok rindu nak menumbuk, boleh la guna balik lesung tu. Ketang ketung...lain feel memasak tu kan! Dan selepas ini blender saya tak lagi perlu buat dua kerja berbeza - kadang kisar buah untuk buat jus, kadang kisar bahan masakan. Mujur setakat ni belum pernah lagi jus tembikai saya rasa bawang/serai/cili 😅
dah ada pilihan..guna chopper dan lesung batu...saya masih guna lesung batu utk tumbuk bahan2 menumis..exercise tangan..hehe..
ReplyDeleteRajin ni...bagus! :D
DeleteSelalu tengok Datin Shahida, isteri Aliff Syukri gunakan chopper ni.
ReplyDeleteOooh..hehe
DeleteOh, this tool is practically easy to use ... it's also easy to carry while traveling.
ReplyDeleteNice info.
:)
DeleteDana baru order kt shoppee kak, tak sabar nak tunggu sampai
ReplyDeleteWah...makin ligat la Dana memasak.
Deletemenarik juga.. memudahkan kerja. and laju juga kan penghantaran Shopee time2 MCO ni..
ReplyDeleterasa nak membeli macam2 pula =D
Tapi tak semua laju Siti, ikut seller. Chopper yang akak beli ni fulfilled by Shopee, tu yg pantas delivery.
Delete