Wednesday, 12 February 2025

Menikmati Hidangan Malam di Halal Kitchen Restaurant, Nippori

CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI PERTAMA - RABU, 4 DISEMBER 2024


Selepas daftar masuk hotel, kami berehat selama beberapa jam di bilik penginapan - ganti semula waktu tidur yang terganggu disebabkan penerbangan malam. 

Pukul 7.30 malam kami keluar untuk makan malam dan jalan-jalan melihat suasana malam di sekitar hotel penginapan kami.

Depan hotel di seberang jalan terdapat sebuah kedai serbaneka 7-Eleven. Di Jepun, kedai serbaneka dikenali sebagai 'konbini'.
What is a konbini?
Konbini (コンビニ) is a Japanese convenience store, shortened from the fuller konbiniensu sutoa (コンビニエンスストア).
Konbini are so popular in Japan as they sell a wide range of hot and cold foods, drinks, alcohol, cigarettes and house-hold items plus many stay open 24 hours a day (generally in the bigger cities). (Sumber info : planmyjapan.com)
 
Kami berjalan kaki meredah dingin malam dengan suhu 13℃ menuju ke sebuah restoran halal yang terletak kira-kira 500 meter dari hotel. Kena jalan laju-laju supaya cepat sampai sebab suasana di luar sangat sejuk! Setiap kali angin bertiup, setiap kali tu saya menggigil kesejukan.

Alhamdulillah tak begitu susah mencari Halal Kitchen Restaurant dengan berpandukan aplikasi Google Maps. Kedudukan pintu masuknya agak tersorok.

Kami disambut oleh seorang lelaki yang berpakaian kemas seperti pelayan hotel. Kami buat pesanan makanan dengan cara tunjuk hidangan pada kad menu sebab lelaki tersebut nampaknya tak boleh berbahasa Inggeris. Boleh je kalau nak gunakan Google Translate, tapi lebih cepat kalau tunjuk je mana kita nak makan tanpa bertanya lanjut.

Halal Kitchen Restaurant, Nippori, Tokyo, Japan
Minuman kami - organic herb hot tea dihidangkan dalam teapot dan diberi dua cawan.

Halal Kitchen Restaurant, Nippori, Tokyo, Japan
Hidangan pertama - jenis sup. Entah apa nama sup ini, sedap rasanya. Tambahan pula dimakan ketika cuaca sejuk, terasa hangat badan. Sup ni berjaya dimakan sampai habis.

Halal Kitchen Restaurant, Nippori, Tokyo, Japan
Mapo tofu with lamb. Tofu empat segi dimasak dengan potongan kecil daging. Rasanya sedap jugalah, ada rasa pedas. Cuma agak masin pada deria saya dan ditambah pula dengan tahap panas masakan ini yang semacam tak berkurangan, jadi agak susah nak makan sebab tak sejuk-sejuk. Tak dapat nak habiskan makan.

Makanan kami dihidang panas berasap.

Halal Kitchen Restaurant, Nippori, Tokyo, Japan
Dapat juga saya merakam foto suasana dalam restoran ni sebelum kami beredar. Masa ni hanya tinggal kami saja pelanggan yang ada. Kos makan-makan kami di sini sebanyak 3,110 yen.

Lepas makan, kami berjalan balik ikut laluan lain. Saja nak jalan-jalan tengok suasana malam di sini, lagi pula siang tadi memang belum sempat berjalan di kawasan sekitar.

Saya perhatikan, di sini banyak notis peringatan berkenaan larangan merokok dan minuman alkohol. Bukan saja di bangku begini, malah di lantai laluan pejalan kaki pun ditampal dengan notis peringatan. Satu usaha yang baik untuk mendidik dan membentuk budaya yang baik di kalangan masyarakat. 

Sebelum balik bilik, kami masuk ke Family Mart. Sajalah membelek makanan yang dijual dan cuba scan kod bar produk dengan menggunakan aplikasi Halal Japan untuk semakan status halal. Saya beli biskut kapal (biskut kecil ditampal dengan coklat ada imej kapal) untuk kudapan, harganya jauh lebih murah berbanding beli di Malaysia.

Beli juga minuman mineral Evian. Harga di sini lebih murah berbanding di Malaysia. Disamping tu air mineral bagus untuk tubuh kita yang keletihan sewaktu bermusafir.

Harga jualan air mineral Evian di sini berbeza mengikut tempat atau vending machine. Harga paling biasa yang saya jumpa untuk isipadu 330 ml adalah sekitar 130 yen. Kalau di Malaysia saya pernahlah membeli untuk merasa, tapi di sini terus rasa jadi orang kaya sebab sentiasa minum Evian bila membeli air mineral 😄

Pukul 11.25 malam - foto suasana malam dari jendela penginapan kami.

Esok awal pagi kami akan ke suatu tempat yang jauh dari Tokyo dengan menaiki kenderaan sewa khas. Teruja rasanya dan sedikit berdebar sebab kami berdua akan berkongsi kenderaan serta perjalanan dengan sebuah keluarga dari Malaysia yang tidak kami kenali.







2 comments:

  1. Sedap nya nampak Mapo Tofu tu. Senang kan guna Google maps di sana.

    ReplyDelete
  2. Sama macam di Madinah, suhu 13 darjah celcius juga.
    Ada jagung dalam sup panas tu. Mesti sedap hirup semasa cuaca sejuk.
    Di Jepun, bersih ye, persekitaran, tiada puntung rokok, dan sebagainya.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****