Sunday, 16 February 2025

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEDUA - KHAMIS, 5 DISEMBER 2025

Jemput baca catatan terdahulu --> 'Day Trip' Ke Yamanashi | Menyaksikan Pesona Gunung Fuji

Sebelum ke tempat tumpuan utama pelancong, Encik M iaitu drive cum guide kami memberhentikan kenderaan di suatu tempat - di tepian Tasik Kawaguchi.

Yamanashi, Jepun
Cantik pemandangan di sini dengan dedaun berwarna hijau dan kemerahan.

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi
Nun di sana tersergam megah Gunung Fuji. Ketika ini pukul 10.50 pagi, sinar matahari memancar terang tetapi udara begitu sejuk dengan suhu rendah 9℃

Di bawah sana (di tasik), kelihatan kumpulan itik liar berwarna kehitaman menjadi penyeri tasik. Tapi saya tak berjaya merakam foto kumpulan itik ni, jadi tak payah cari itik dalam foto di atas ya 😄

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi
Puncak Gunung Fuji - foto hasil zoom-in. Masya Allah, begitu indah mempesona!

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi
Fakta ringkas Gunung Fuji (Fuji-san dalam bahasa Jepun) :
  • Merupakan gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.12 meter.
  • Gunung ini terletak di sempadan Shizuoka Prefecture dan Yamanashi Prefecture.
  • Ia diiktiraf sebagai Warisan Budaya Dunia pada tahun 2013.
  • Gunung ini merupakan sebuah gunung berapi aktif dengan letusan terakhir pada tahun 1707.
  • Terdapat lima buah tasik di sekelilingnya iaitu Tasik Kawaguchi, Tasik Yamanaka, Tasik Saiko, Tasik Shoji dan Tasik Motosu. (Sumber : wikipedia.org).

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi
Kadang saya rasa tak percaya dapat menatap Gunung Fuji di depan mata. Terima kasih Allah atas kesempatan ini 💜

Puncak gunung ini juga bukan sentiasa dapat dilihat, ada ketikanya ia terlindung dek awan dan kabus. Jadinya ada juga pelancong yang datang ke sini tapi tak berpeluang menyaksikan puncak Gunung Fuji.

Encik M tolong ambilkan foto-foto di atas. Foto saya, saya bersama Encik Suami dan foto kami berdua serta Encik A sekeluarga berlatarkan Tasik Kawaguchi dan puncak Fuji.

Sebenarnya, agak sukar juga nak dapatkan hasil foto yang bagus ketika ini kerana pancaran cahaya matahari di belakang kami. Sebab itu juga, foto puncak Fuji tak dapat dirakam dengan jelas. Apa pun, Alhamdulillah dapat juga kami menatap indah Gunung Fuji dari tepian Tasik Kawaguchi ini.

Dari sini, kenderaan kami menuju ke Oishi Park. Tempat yang membuatkan saya rambang mata melihat pelbagai produk jualan oleh-oleh Fuji 😀







30 comments:

  1. Sama foto kami, Mt Fuji di belakang namun begitu tetap cantik Subhanallah.

    ReplyDelete
  2. cantik kan gunung fuji dari jauh?
    sy pun lama juga laa ralit tgk...
    sambil2 tu mcm2 fikir...
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat memukau.

      Tapi akak tak sempat nak layan lama² sambil mikir macam², pasal day trip je..kena laju² gerak tempat lain 😄

      Delete
    2. x pe next time kite g lg boleh dok lama2 hehe

      Delete
  3. jammed tak jalan raya sebelum sampai sini? masa sy tiba dulu, jammed jugalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, lancar je.
      Balik dah gelap tu ada la tempat yang sesak, sebab orang balik kerja kot.

      Delete
    2. ok laa tu x jammed...
      waktu sy g pun lebih kurang time ni juga...
      hampir nak kena tggl train sbb jln jammed

      Delete
  4. subhanallah cantiknyaaaaaa gunung fuji!

    ReplyDelete
  5. Teringinnya nak tengok Mt. Fuji depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ada kesempatan buat Uncle. Boleh selfie dengan Fuji 😀

      Delete
  6. Subhanallah!
    Indahnya Allah ciptaan-Nya yang tiada bandingan.

    ReplyDelete
  7. Cantik sangat, gunung Fuji. Macam dalam poskad. Bestnya, dapat tengok depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya pun macam tak percaya dapat pandang Fuji depan mata.

      Delete
  8. Subhanallah cantik sungguh!
    Tengok gambar pun dah rasa kagum, apatah lagi dapat lihat sendiri kan.
    Wpun dah lama meletus, masih dikira aktif ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan yang bagus ni PH 😀

      Jawapan hasil carian saya :
      Mt. Fuji has not erupted in over 300 years, yet is still considered active by many because it is located in a tectonically and seismically active region.

      Terima kasih cetus pemikiran, jadi lebih faham situasi.

      Delete
  9. Tak jelas pun dah cantik pemandangan berlatar belakangkan mt fuji tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, gini pun dah cukup memukau pandangan.

      Delete
  10. adakah lukisan pada botol Hazeline Snow tu adalah gunung ni... mcm sama (tp ingtn tu pudar sb hazeline snow tu ldy ingt makcik lady yg pakai)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat carian Internet, memang betul kata Lady. Hazeline Snow gambar jenama guna gambar Fuji 😀

      Delete
  11. Cantik betul gunung Fuji! Kalau depan2 mesti lagi indah dipandangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Cuya, sangat memukau. Asyik nak ambik gambar je padahal gunungnya itu itu jugak 😂

      Delete
  12. Danau ini lah yg saya blm pernah datangin 😄. Krn waktu itu melihat gunung Fuji dari Themepark Fuji Q Saja.

    Baguuus memang yaaa, 😍😍😍.

    Gunung berapi Fuji ini masih aktif tp sudah lama tidak erupsi . Semoga tidaklah, ga terbayang hebatnya ledakan dia nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke theme park, harus habis masa seharian. Tak apa, next time Fanny boleh datang lagi ke sini 😀

      Lebih 300 tahun sejak letusan terakhir. Sangat menakutkan membayangkan jika ia meletus lagi.

      Delete
  13. Kira bernasib baik dapat ambil gambar yang jelas Gunung Fuji.
    Subhanallah memang cantik. Ini lama saya renung dan tenung ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya NA, Alhamdulillah ada rezeki dapat tengok dan ambil gambar puncak Fuji sepanjang siang kami di sana.

      Cuma masa perjalanan balik lewat senja tu, puncak Fuji terlindung dengan kabus/awan.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****