CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEDUA - KHAMIS, 5 DISEMBER 2024
Jemput baca catatan terdahulu --> Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi
Pukul 11.05 pagi, kami tiba di Oishi Park - sebuah taman di tepian Tasik Kawaguchi, Fujikawaguchiko yang menawarkan pemandangan memukau Gunung Fuji. Oleh sebab itu, ia menjadi tumpuan para pelancong untuk memotret keindahan gunung ikonik ini dengan berlatarkan kawasan taman dan Tasik Kawaguchi.
Kami diberi masa kira-kira 1 jam untuk berada di sini. Sebelum berpecah mengikut langkah kaki masing-masing, Encik M arahkan kami berfoto kenangan di sini.
Oishi Park juga terkenal dengan keindahan bunga-bunganya. Tetapi ketika kami di sini, taman ini nampak kurang berseri disebabkan peralihan musim luruh memasuki musim sejuk - dedaun pokok berguguran dan tak banyak bunga-bunga. Apa pun, saya tetap bersyukur kerana dapat juga ke sini menyaksikan perubahan alam di negara empat musim.
Saya dan Encik Suami berjalan-jalan seketika di kawasan taman bahagian hadapan - berhampiran tempat parkir kenderaan. Suasana di sini meriah dengan jumlah pelancong yang ramai. Udara terasa begitu sejuk walaupun matahari sedang memancar terang.
Monument of Fuji - dibina dengan menggunakan batuan yang dikumpul dari 252 tempat di 47 prefecture (negeri) di Jepun. (Sumber info : kawaguchiko.net)
Jom kita masuk ke bangunan Natural Living Centre yang menempatkan jualan makanan ringan dan cenderamata.
Paling terkenal di sini - aiskrim lavender berwarna purple. Tapi saya tak mencuba aiskrim lavender sebab tak buat carian terlebih dahulu berkenaan status halal (boleh juga bertanya langsung di kaunter jualan), selain kurang berminat untuk makan aiskrim dalam suasana sejuk.
Lagi pula, mata saya lebih tertarik mahu membelek deretan produk cenderamata yang ditawarkan di sini. Semuanya nampak sangat menarik!
Pelbagai jenis beg dengan motif menarik.
Produk daripada lava Gunung Fuji. Harga semuanya tertera dengan jelas, mudahlah nak memilih ikut bajet kita. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas.
Pelbagai jenis tuala muka dan sapu tangan.
Lebih kurang 20 minit juga saya di sini membelek dan memilih cenderamata.
Dengan pembelian minima sebanyak 5,500 yen, boleh dapat diskaun 10% sebab membeli di 'Tax-free Shop'. Perlu berikan pasport semasa membuat bayaran bagi menunjukkan bukti bahawa kita bukan penduduk Jepun dan juga tidak menetap di sini.
Sementara Encik Suami uruskan pembayaran di kaunter khas tax-free, saya keluar bangunan untuk berjalan-jalan di bahagian lain taman yang tadinya belum sempat pergi.
Di bahagian ini lebih banyak jenis pokok. Ada juga yang sedang berbunga.
Cantik bunga berwarna merah oren. Jenis bunga ros agaknya.
Berada di sini kita dapat menikmati sepuasnya keindahan Gunung Fuji tersergam di depan mata. Tak jemu memandang dan memerhatikan puncak Fuji yang berubah rupa - boleh bandingkan dengan foto puncak Fuji dalam entri terdahulu.
Kita zoom-in, perhatikan terdapat pembentukan awan di atas puncak Fuji.
Pemandangan puncak Fuji yang diselimuti salji memutih. Masya Allah indah sungguh!
Berfoto kenangan di Oishi Park berlatarkan Gunung Fuji dan hasil shopping di sini. Tak sempat nak fikir sudut yang cantik, ambil sajalah foto di sudut mana pun.
Untuk info, barang yang dibeli dengan diskaun tax-free tadi akan di masukkan dalam beg plastik khas dan siap seal. Peraturannya - selagi kita berada di Jepun, kita dilarang buka seal tersebut.
Anjing comel yang lalu di hadapan saya. Sepanjang berada di Tokyo, saya selalu jumpa orang bawa anjing comel begini berjalan dicelah orang ramai. Sekali pandang, nampak macam anak patung pula.
Setelah lebih kurang satu jam berada di Oishi Park, kami kembali berkumpul bersama keluarga Encik A di kenderaan sewa. Encik M maklumkan selepas ini kami akan dibawa ke masjid terdekat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat.
Subhanallah cantik nya Mt Fuji. Moga dapat ke sana lagi. Walaupun beralih musim di Oishi Park, tapi semua tetap cantik kan.
ReplyDeleteCantik pokok kecil-kecil pada gambar kedua, kena pula dengan latar belakang Gunung Fuji yang tersergam indah. Winter di sana masih nampak matahari, gambar automatik jadi cantik. Harap adalah rezeki menatap Gunung Fuji di depan mata suatu masa nanti.
ReplyDeleteCantik pulak awan betul2 atas gunung tu... macam ufo
ReplyDeleteGunung Fuji tetap tersergam menawan pandangan!
ReplyDeleteCantik sapu tangan dan tuala muka yang dijual.
ReplyDeletePuncak Gunung Fuji nampak jelas. Terima kasih kongsi beberapa gambar.
Gunung Fuji tu cantik sangat seolah2 gambar edit!
ReplyDeleteCantik² gambar. Yang kelakar siap dapat arahan utk bergambar lagi, hahaha. Anjing tu pun sy selalu nampak macam anak patung, hihi.
ReplyDeleteMemang cantik gambar Gunung Fuji. Macam lukisan pun ada. Saya ada puzzle Gunung Fuji di rumah, sebijik rupanya. Begitu peraturan ye, barang dibeli letak dalam plastik sealed. Pokok-pokok renek hijau tu rupa macam mini bonsai.
ReplyDelete