Monday, 17 February 2025

Riadah Hujung Minggu | Taman Awam Bukit Lagi, Gua Cenderawasih dan Bukit Lagi, Kangar

Catatan hari Sabtu, 15 Februari 2025.

Buat kali pertama sejak berpindah ke Perlis, saya dan Encik Suami mengunjungi Taman Awam Bukit Lagi, Gua Cenderawasih dan melakukan aktiviti pendakian Bukit Lagi.

Tiga tempat tersebut berada di kawasan yang sama. Lokasinya di bandar Kangar. Perjalanan dari rumah kami mengambil masa kira-kira 35 minit dengan jarak sejauh 28 km.


▶ TAMAN AWAM BUKIT LAGI

Taman Awam Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Kawasan parkir di Taman Awam Bukit Lagi. Cukup luas untuk penduduk Perlis yang tak begitu ramai. Ada sebuah lagi kawasan parkir berhampiran Gua Cenderawasih, tapi petak parkir di situ sangat terhad.

Kami tiba di sini pada pukul 9.20 pagi, dah lewat 😅. Orang beriadah waktu awal pagi sebab nak elak cahaya matahari di negeri yang cuacanya lebih panas ni. 

Taman Awam Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Papan info Bukit Lagi (sila klik foto untuk paparan lebih jelas). Bukit Lagi merupakan bukit batu kapur berkepentingan tinggi sebagai rujukan geologi.

Taman Awam Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Laluan riadah di Taman Awam Bukit Lagi, terdapat juga laluan untuk basikal.

Taman Awam Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Taman awam ini terletak di kaki Bukit Lagi. Sambil berjalan kaki, saya dapat menikmati keindahan bukit batu kapur dan pelbagai tumbuhan yang ada.

Taman Awam Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Antara bunga yang menarik perhatian saya. Entah apa namanya.

Taman Awam Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Sampai di hujung kawasan taman, kita akan jumpa laluan begini. Cantik dan bersih, sedap mata memandang. Tapi kami tak teruskan ke hujung jalan sana sebab tujuan kami hari ini nak mendaki Bukit Lagi.

InsyaAllah lain masa kami akan berkunjung ke sini lagi. Seronok rasanya dapat ke tempat riadah yang bersih dan diselenggara dengan baik. Syabas buat Majlis Perbandaran Kangar 👍


▶ GUA CENDERAWASIH
Dari Taman Awam Bukit Lagi, kami berjalan kaki melewati bangunan gerai makan, tandas dan surau menuju ke Gua Cenderawasih.

Gua Cenderawasih, Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Pintu hadapan Gua Cenderawasih, gua ini suatu masa dahulu dikenali sebagai Gua Sami. Menurut sejarah - di ruang utama gua ini dahulunya terdapat kuil Siam.

Gua Cenderawasih, Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Ruang gua ini kecil je, tak banyak yang dapat saya perhatikan. Terdapat binaan seperti tangga dan ruang bilik, mungkin inilah tinggalan tapak kuil. 


▶ MENDAKI BUKIT LAGI, TAPI TAK SAMPAI PUNCAK 😂
Pukul 9.50 pagi, kami memulakan pendakian ke puncak Bukit Lagi. Ini merupakan pengalaman pertama kami mendaki bukit di negeri Perlis. Bukit Lagi berketinggian 170 meter.

Gua Cenderawasih, Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Permulaan laluan pendakian Bukit Lagi terletak di tepi Gua Cenderawasih. Tertera tulisan pada batu di dinding - laluan ini telah dirasmikan pada 14 Mac 1998 oleh Dato' Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Besar Perlis ketika itu.

Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Laluan di sini bertangga sepenuhnya. Nampak mudah, hakikatnya tidaklah begitu mudah sebab anak tangganya curam. Kurang selamat kalau datang ke sini selepas hujan.

Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Batuan di sini tajam ya, maklumlah ini bukit batu kapur. Jadinya berhati-hati bila nak berpaut pada batuan di tepi laluan, jangan sampai luka tapak tangan. Sebaiknya pakai sarung tangan bila mendaki di tempat yang memerlukan kita berpaut pada batu atau handrail.

Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Dalam perjalanan, kami berselisih dengan dua orang perempuan yang sedang menuruni bukit. Katanya, tak berapa jauh lagi akan tiba di puncak.

Kami teruskan melangkah sehingga tiba di sebuah pondok rehat (rujuk foto di atas). Masa ni kami perasan ada sekumpulan monyet bergayutan di pokok dan bersantai cari kutu di pondok rehat.

Tak lama kemudian, muncul dua orang lelaki muda. Hasil perbualan ringkas, kata mereka - tiada sesiapa lagi di atas. Alamak! Encik Suami terus ajak saya berpatah balik. Tak berani teruskan sebab masih trauma dengan peristiwa serangan monyet agresif sewaktu ke Taman Negara Bako. Kalau jadi sesuatu yang buruk, tak ada orang dapat bantu kami.

Dalam masa yang sama, terdengar perbualan mereka berdua - salah seorang agak takut-takut lalu di kawasan ada monyet ni, katanya dia pernah luka sampai berjahit kerana diserang monyet. Lebih kurang begitu perbualan mereka.

Bukit Lagi, Kangar, Perlis
Ini saja foto indah alam yang dapat dirakam sewaktu saya menuruni bukit - pemandangan sawah padi terbentang luas.

Perjalanan menuruni anak tangga curam nampaknya lebih sukar berbanding semasa mendaki. Ada ketikanya saya perlu duduk pada anak tangga untuk turun ke anak tangga seterusnya. Pada kebanyakkan masa, saya perlu berjalan seperti ketam - turun secara mengiring 😅

Alhamdulillah kami selamat menuruni bukit. InsyaAllah akan kembali mendaki di sini lagi untuk sampai ke puncak, tapi kena datang awal pagi waktu ramai orang mendaki.







18 comments:

  1. Teringin nak ke Perlis belum pernah sampai. Entah bila la agaknya ada rezeki nak jejak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ada rezeki Cie datang ke Perlis.

      Delete
  2. Jangan main2 dengan monyet. Dia boleh cederakan kita. Tapi kalau kita cederakan monyet .. kena denda!

    ReplyDelete
  3. Bila cakap tentang monyet memang seramm...
    Cuya pon tak suka kalau masuk hutan. Rumah Cuya sendiri ada monyet, bahaya monyet liar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bahaya dan menyusahkan tu, kalau ada monyet di rumah.

      Delete
  4. Aiiih dr foto pun kliatan curam kak 😄😄. Saya sebenernya masih mau naik, tp kalo dengar ada monyet, ok tak usahlah , makasih 🤣.

    Saya juga traumaaa dengan monyet. Takut sangat digigit. Ntah rabies pula dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, paling risau kalau dijangkiti rabies boleh bawa maut.

      Delete
  5. Perlis negeri yang aman damai, banyak tempat-tempat healing rupanya. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sini banyak taman rekreasi, sepanjang jalan pun boleh healing tengok sawah dan gugusan bukit batu kapur.
      Sama-sama.

      Delete
  6. Byk taman² awam dekat Perlis ni ye... Sy pun tak tau hihi
    Batu² nmpk berlumut, mmg kena hati²
    Monyet liar ni agresif kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah banyak taman awam, saya je belum sempat explore.

      Iya, rasanya kalau lepas hujan licin dengan lumut. Sekarang musim panas, kering semua.

      Delete
  7. ini gua untuk fans MU hahaahaha gurau je

    tetiba sy pula yg terasa sejukkk je kalau masuk dlm gua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa Anies, akak tak minat bola. Jadi tak faham gurauan pasal fans MU 😄

      Delete
  8. Patutlah tidak sampai ke puncuk Bukit Lagi. Rupanya sebab tiada orang dan takut serangan monyet.
    Takpelah memang kena datang lagi untuk meneroka kawasan taman juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...memang nak kena datang lagi pun 😀

      Delete
  9. Lain kali, boleh repeat, bawa kayu dan mercun bola banyak-banyak. :D
    Cantik la, kawasan riadah di taman awam Bukit Lagi tu, ada anak sungai dan sawah padi terbentang. Rindunya nak pergi Perlis.

    ReplyDelete
  10. Di Kuantan ni ada kawasan perumahan Cenderawasih namanya. Menarik nya Gua Cenderawasih tu, semuanya pun menarik sangat. Moga dapat ke Perlis lagi.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****