Tuesday 20 September 2022

Keropok Lekor Bayu, Kg. Merang, Terengganu

Orang lain mungkin dah lama tahu berkenaan kedai Keropok Lekor Bayu ni. Saya dan encik suami pula baru saja tahu keenakan keropok lekor di sini selepas adik ipar bawa balik ke kampung semasa hari raya.

Jadinya semasa ke Terengganu tempohari, kami tak melepaskan peluang untuk ke kedai Keropok Lekor Bayu yang terletak di Kg. Merang. 

Keropok Lekor Bayu, Kg. Merang, Terengganu
Kedai Keropok Lekor Bayu terletak di tepi jalan bersebelahan dengan Stesen Petronas Merang. Dari jauh dah nampak deretan kenderaan memenuhi bahu jalan. Juga barisan panjang orang ramai di hadapan kedai. Kami ikut masuk barisan.

Keropok Lekor Bayu, Kg. Merang, Terengganu
Keropok keping ikan tamban berharga RM17/pek 500 gram.

Keropok Lekor Bayu, Kg. Merang, Terengganu
Keropok segera baby (baby sebab saiz kecil), berharga RM15/pek 500 gram. Kami suka makan keropok segera ni, jadinya lebih 10 pek kami beli untuk stok makan sendiri dan beri keluarga/kawan. Keropok segera ni sedap rasanya dan rangup. Kalau makan dengan sos pencicah, memang lagi susah mulut nak berhenti mengunyah.

Keropok Lekor Bayu, Kg. Merang, Terengganu
Suasana kesibukan di kedai ini. Masing-masing pantas bekerja. Sambil beratur kita boleh melihat proses kerja mereka. Ada yang sedang menguli, selesai dibentuk keropok lekor terus direbus dengan menggunakan kayu api. Berasap-asap panas di sini. Siap direbus, ada yang dibungkus untuk dijual sebagai keropok lekor rebus dan ada yang digoreng untuk dijual sebagai keropok lekor goreng.

Keropok Lekor Bayu, Kg. Merang, Terengganu
Leka saya memerhatikan pekerja yang sedang membuat keropok lekor di balik cermin kaca. Ada 3 orang di situ. Pantas dan mahir tangan mereka menguli dan membentuk keropok lekor. Siap dibentuk, terus ditolak ke bawah, masuk ke dalam bekas merebus. Menarik juga kita dapat melihat proses menghasilkan keropok lekor begini.

Selain membeli keropok segera, kami beli keropok lekor yang sudah dipek vacuum untuk dibawa balik ke PP. Harganya RM10/pek ada 40 batang keropok lekor. Kami beli juga keropok lekor goreng untuk dimakan segera, harganya RM5/25 batang.

Saya lupa pula nak merakam foto keropok lekor goreng yang sedap tu - saiz kecil mudah dimakan, rangup di luar dan lembut di dalam. Digandingkan pula dengan sos pencicahnya yang agak pekat, memang makan sambil tersenyum bahagia tau. Kalau dah sejuk pun masih lembut dan sedap dimakan.

Jadinya berapa lama kami beratur tadi? Dari mula masuk barisan sehinggalah siap membayar, mengambil masa kira-kira 40 minit! Sebenarnya kami bukanlah jenis sanggup beratur demi makanan. Tapi yang ni terkecuali sebab dah lama menyimpan keinginan sejak pertama kali merasa. Datang dari jauh pula tu, gigihkan diri beratur lepas tu kita belilah banyak.

Menurut cerita, ada yang perlu beratur sehingga 2 jam. Jadinya cerita kami beratur 40 minit tadi tidaklah begitu lama. Tapi tetaplah saya rasa 40 minit tu sudah cukup lama. Tak apalah, sesekali melayan keinginan tekak kan…


——————————————————————————————-
KEROPOK LEKOR BAYU ENTERPRISE
Kg. Baru Merang, Chalok,
Terengganu.
019-936 8257

Waktu operasi :
9 pagi - 6 petang
Tutup hari Selasa






.

13 comments:

  1. Agak susah nak cari keropok lekor yg isi ikannya banyak. Kebanyakan yg jumpa di pasar malam atau mana2 tempat lain lebih tepung dari isi ikan. Kami sekeluarga mmg gemar keropok lekor. Saya suka yg direbus, anak2 suka yg digoreng.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak makan kopok ganu..asyik makan kopok mersing je

    ReplyDelete
  3. Takpelah tahu sedap sanggup beratur lama. Apapun mesti tidak rasa penat menunggu sebab asyik tengok pekerja buat kerja.
    Saya pun baru tahu keropok lekor Bayu, Kampung Merang sedap.

    ReplyDelete
  4. wahh..mesti sedap ni..orang tempatan lebih tahu..

    ReplyDelete
  5. Sedap ni, keropok lekornya. Ada pulak sos cicah dia sendiri, lagi best.

    ReplyDelete
  6. Kami kalau ke sini memang tak pernah ada rezeki. Samada panjang sangat barisan, atau dah habis!

    ReplyDelete
  7. Beratur 40 minit pun rasa terlalu lama, inikan pula sampai 2 jam. Mesti istimewa sungguh tu keropok lekor bayu. Mana tahu nanti ada kesempatan jalan-jalan ke sana, bolehlah saya singgah. Harap tidaklah beratur lama...ahaks!

    ReplyDelete
  8. Sy pun suka keropok baby, senang nak masuk mulut :D

    ReplyDelete
  9. Sampai beratur tuuuuu...! mesti viral!

    ReplyDelete
  10. dana tergoda tengok keropok ikan sira nya tu kak, nampak sedap betul. Biasa kita beli yang segera bersira pedas tu kadang manis sangat bila nampak paket gini mesti dia buat sendiri bukan kilang yg segera tu.

    ReplyDelete
  11. entah bila dpt ke ganu.. memang teringin nk mkn2 di sana sambil jumpa keluarga pak cik

    ReplyDelete
  12. Alang-alang dah sampai ganu kan. Rugi tak beli keropok lekor. 40 minit ok lah

    ReplyDelete
  13. sedapnya keropok.. Kalau dapat makan yang baru digoreng memang puas..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****