Penat bersangka baik tidak sepenat bersangka buruk.Letih memaafkan tidak seletih menyimpan dendam.
Apabila difikirkan secara mendalam kata-kata di atas, ternyata ada benarnya. Perbuatan bersangka buruk dan menyimpan dendam amat meletihkan jiwa.
Tentang Sangkaan
Bukan semua hal kita tidak boleh bersangka buruk, memang ada situasi yang sangat jelas di mana kita perlu bersangka buruk bagi mengelakkan kejadian buruk benar-benar berlaku. Namun dalam kehidupan kita seharian, sebenarnya lebih banyak situasi di mana kita sepatutnya bersangka baik sahaja demi ketenangan jiwa.
Contoh paling mudah : Kita keluar rumah lalu ternampak jiran sebelah, kita mengukir senyuman mesra. Tapi jiran tadi yang kelihatan memandang kita, terus memalingkan badan tanpa membalas senyuman. Kita mula bersangka buruk - sombongnya dia! Sangkaan buruk tersebut memberi rasa tidak seronok dalam hati kita, mungkin juga menjejaskan hari kita. Hakikatnya, jiran kita mempunyai masalah rabun jauh. Pandangan matanya gagal melihat jelas kehadiran kita apa lagi senyuman yang terukir di bibir. Buat penat jiwa kita kerana telah bersangka buruk.
Tentang Memaafkan
Dalam kehidupan seharian, semakin ramai manusia kita jumpa maka tinggilah kebarangkalian kita berada dalam situasi yang tak menyenangkan hati. Kita rasa geram, sakit hati malah sampai tahap lebih teruk bila kita menyimpan dendam. Kita nak pembalasan buruk berlaku terhadap orang tersebut. Selagi tak berlaku sesuatu yang buruk, tak hilanglah rasa sakit hati kita. Perasaan itu kita bawa dari hari ke hari, mungkin bertahun lamanya. Tanpa kita sedar, jiwa menjadi letih kerana membawa beban perasaan dendam tersebut.
Imbas kembali pengalaman diri - sekitar 25 tahun lalu saya pernah menyimpan dendam yang amat dalam terhadap seseorang. Tak dapat saya nyatakan secara terperinci kisah sebenar secara terbuka di sini kerana ia melibatkan privasi keluarga besar kami. Saya menyimpan dendam bukan sekadar dalam hati, darah muda saya menzahirkannya dengan melakukan hal-hal yang pada sangkaan saya mampu membuat hati rasa puas. Memang saya puas seketika, tapi ternyata menyimpan dendam menjadi satu beban jiwa.
Akhirnya setelah sekitar 10 tahun berlalu, pada satu situasi yang membuat kami bertemu di ruang rumah keluarga, saya datang kepadanya lalu meminta maaf dan begitu juga dengan orang tersebut. Bukan kerana saya yang memulakan masalah sehingga perlu meminta maaf terlebih dahulu (ah…masih terselit ego di situ), tetapi ternyata kata maaf itu membuat seluruh beban perasaan saya lenyap. Bagaikan saya telah membuang seketul batu besar yang dibawa di belakang badan. Fikiran jadi lapang dan jiwa tenang!
Memetik kata-kata Gurutta Ahmad Karaeng dalam novel Rindu karya Tere Liye :
“....saat kita memaafkan seseorang, itu bukan persoalan apakah orang itu salah, dan kita benar. Apakah orang itu memang jahat atau aniaya. Bukan! Kita memutuskan memaafkan seseorang karena kita berhak atas kedamaian di dalam hati."
Kalian ada pengalaman berkaitan tentang sangkaan dan tentang memaafkan? Boleh kongsikan kisahnya di ruangan komen sebagai satu perkongsian pengalaman dan untuk kita sama-sama ambil iktibar.
.
Sangat benar...
ReplyDeleteCuma kadang nak didik hati agar memaafkan tu berat jugak la..
huhuhu
Ia, ada perkara yang sangat membekas di hati kita jadi sangat susah nak memaafkan 😕
DeleteSaya cintakan ketenangan hati.
ReplyDeleteItulah yang sebaiknya, utamakan ketenangan hati.
Deletegood sharing.. tq.
ReplyDeleteSama-sama MA :)
DeleteMemaafkan itu mudah, tapi membuang sangkaan buruk itu susah. Kita kata sudah memaafkan, tapi kita sukar melupakan kerana masih bersangka buruk kesalahan bukan bermula dari kita sebaliknya dia.
ReplyDeleteErkk…terasa saya 😅
DeleteSangat mendalam ayat ni. Saya pun pernah marah dgn seseorang sampai bertahun-tahun tak bertegur-sapa dan berjumpa tapi akhirnya cuma ada rasa menyesal sebab banyak hubungan yang terjejas akibat dendam terlalu lama. Baru2 ni masa raya, saya gagahkan diri buang ego dan berjumpa dengannya untuk bersalam-salaman. Ada rasa lega tapi hubungan kami takkan macam dulu lagi 🥲
ReplyDeleteBetul, situasi akan jadi berbeza. Tapi takpelah, at least dah rendahkan ego untuk bermaafan. Kurang sikit beban perasaan.
DeleteSetuju kata-kata tu....
ReplyDeleteKata-kata yang sangat bagus.
DeleteMasa boleh hilangkan dendam tu. Saya memang ambil masa lama. Mula-mula, hari-hari terbayang. Kena banyak-banyak baca Quran, bagi jiwa tenang. Tak seperti Ujie, saya tak jumpa langsung dengan individu terlibat. Tapi setiap kali sebelum tidur, saya maafkan orang tu, dan semua orang keliling saya. Dalam solat pun macam tu. Supaya hati tenang. Betul cakap Ujie. Dah tua-tua ni, nak hidup tenang je. Sangka baik pada semua orang, lantak la apa orang kata atau buat pada kita.
ReplyDeleteBenar Nur, luka di hati cuma masa saja dapat menyembuhkan.
DeleteSetiap orang pastilah erbah punya asalah berujung dendam. Hanya perlu bijak dalam memanajemen perasaan dan pikiran.
ReplyDeleteMengurus perasaan dan fikiran itulah yang sukar 😅
DeleteDendam tu kadang2 tajam seperti pisau makin lama di simpan makin binasa hati yg menanggung.. Ujian Allah dlm menguji kesabaran kita ..
ReplyDeleteIya, semua ini memang satu ujian hidup.
DeletePerkongsian yang bermakna
ReplyDeleteTk
Sama-sama Wak :)
DeletePernah ada rasa kesal dan marah, akhirnya lama"mendiamkan perasaan itu,tapi rasanya gak enak dan jadi serba salah, di satu sisi kesal sekali, di satu sisi lagi takutnya berubah jadi penyakit hati, akhirnya mencoba untuk lebih menerima dan memang benar belajar ikhlas dan memaafkan itu hati jadi lebih lega, walaupun susah .
ReplyDeleteMungkin juga sukar untuk benar ikhlas, tapi setidaknya sudah memaafkan itu membuat hati lega.
DeleteAgree sangat kak ujie ❤️. Capeeek loh mendendam itu. Sangat menguras energi. Dan yg rugi kita nantinya. Orang yg kita benci belum tentu mikirin kita. Bisa jadi, di saat kita menghabiskan waktu benci dia, dia malah senang2 hidupnya. Siapa yg rugi?
ReplyDeleteSebelum dengan suami sekarang, saya pernah menikah dengan yg lain, tapi gagal Krn alasan si ex selingkuh. Jgn tanya bencinya saya waktu itu. Rasanya habis waktu hanya utk membenci dia.
Tapi seiring waktu saya ketemu dengan suami sekarang, dan di situ saya mulai berpikir jernih. Ga ada guna saya mendendam. Yg ada capeek banget. Justru seharusnya saya bersyukur bisa lepas dari lelaki macam itu, dan bertemu dengan suami yg jauuh LBH baik. Mungkin kalo saya tetep dengan si ex, hidup bisa lebih sengsara.
Dari situ akhirnya saya bisa legaaa banget, ga ada lagi benci, ga ada lagi dendam. Cuma pembelajaran supaya jangan naive seperti dulu. Saya maafkan dia, tapi bukan berarti saya lupa 😁. Saya cuma ga mau membenci lagi.
Allahu…hebat ujian hidup Fanny 🥲
DeleteSyabas dan syukur Fanny berjaya mengatasinya dengan cukup baik sekali 💪🏼
Ternyata Allah gantikan yang lebih baik buat Fanny ❤️
Terima kasih juga sudi berkongsi kisah.
Sayapun sudah maafkan orang itu cuma itulah dia tagih kemesraan dan sentiasa berhubung sebelum peristiwa itu berlaku. Itu yang tidak boleh. Forgive but not forget. Entah ingatan sebagai sempadan supaya tidak terkena lagi. Lagipun dia lelaki kena jaga sempadan pergaulan. Saya pula sudah 13 tahun peristiwa itu berlaku.
ReplyDeleteSetuju NA, kita tak perlu pun melupakan perkara tersebut kerana ia memang sudah menjadi sebahagian kisah hidup kita dan paling penting ia sebagai sempadan supaya tak terkena lagi.
DeleteCuya belajar memang boleh kita memaafkan, cuma untuk melupakan itu adalah sesuatu perkara yang mustahil.
ReplyDeleteCuya maafkan semua orang dan berdoa agar Allah mendekatkan Cuya dengan orang yang baik2. Sekurang-kurangnya sakit dalam hati tak banyak
Bagus doa Cuya tu 👍🏽
DeleteMemang senang memaafkan, sukar melupakan. Rasa pernah dengar kata2, jauhkan diri dari mereka untuk kita melupakan dan tidak lagi akan dilukakan. Tu hubby kata, live and lead your own life. Jangan pikir nanti stress, sakit jiwa, kita yang tersiksa. Hidup kita biar happy. Hidup kita. Doa yang terbaik.
ReplyDeleteFuhhh nak memaafkan tu bukannya mudah jugak. Kalau simpan dendam juga melelahkan. Nak melupakan tu bukan mudah. Kita ni manusia biasa jadi kena slowly la memaafkan tu walaupun senang je cakap tapi nak buat tu bukan mudah.
ReplyDeletesy penah kena tipu hidup2 ms study dulu. bla dpt tau kebenaran, skt tu smpi ke hari ni 'mencucuk cucuk' jiwa bla teringatkan hal tu. sy dah cuba memaafkan dan bersangka baik. tp tiap kali ditipu (org lain yg buat) sy pasti teringatkan hal tu. hati jd skt blk. dan mula menyalahkan hal yg berlaku kat U tu. mmg penat bersangka baik dan memaafkan... tp tu laa... kita manusia...serba serbi.lemah...
ReplyDelete