Saturday 21 January 2023

Philips Pressure Cooker | Kacang Kuda Rebus

Dah terlalu lama saya tak buat entri masakan menggunakan Philips Pressure Cooker (PPC). Sebabnya, sejak berpindah ke PP ni memang saya jarang memasak macam-macam. Jarang guna PPC. Gaya hidup minimalis - keperluan rumah termasuklah peralatan di dapur tak selengkap seperti di rumah NS. Pinggan & cawan pun cuma untuk beberapa orang saja tau 🤭. Mudahlah bila-bila kami nak berpindah semula ke NS nanti, tak terlalu banyak barang perlu diuruskan.

Berbalik kepada tajuk entri, hari ni bermula cuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina tetapi saya tak ke mana-mana. Teringat kacang kuda yang dibeli di kedai Shopee masih berbaki sebungkus. Jomlah kita masak…

Kacang Kuda Rebus guna PPC
1 kg kacang kuda mentah dibeli dengan harga RM8.50. Basuh dengan cara lalukan air bersih. Saya tak rendam semalaman sebab nak masak menggunakan periuk tekanan.

Kacang Kuda Rebus guna PPC
Terus masukkan kacang kuda ke dalam PPC. Letak air melebihi paras kacang, jangan sikit sangat tau sebab kacang tu perlukan air untuk kembang. Lepas tu saya tambahkan sesudu kecil garam, serbuk kunyit secukupnya dan helaian daun kari. Kacau-kacau sikit supaya mesra bahan yang kita tambah.

Garam tu sebaiknya tambah bila hampir siap memasak, bila air rebusan tinggal sedikit. Tapi disebabkan agak leceh kalau nak buat begitu bila memasak guna PPC, jadi saya letak je di awal proses memasak. Serbuk kunyit saya tambah bertujuan memberi sedikit warna kekuningan pada kacang, nampak lebih menarik. Daun kari pula sebagai menambah aroma. Semua ni ikut suka nak letak atau tidak ya, terpulang kepada cita rasa sendiri.

Lepas tu bolehlah tutup periuk. Pastikan tombol SEAL - pilih mod BEANS/TENDON - tambah KPT 10 minit - tekan START. Jumlah masa yang saya set adalah selama 40 minit (mod Beans/Tendon 30 minit + KPT 10 minit).

Kacang Kuda Rebus guna PPC
Hampir 60 minit kemudian, PPC berbunyi beep. Dah siap! Walaupun tadi saya set masa memasak 40 minit, tapi masa akan bertambah sebab proses nak memanaskan air rebusan akan mengambil masa.

Tekan OFF dan biarkan sekitar 20 minit atau lebih sehingga tekanan dalam periuk dilepaskan secara automatik. Boleh tengok pin pada penutup, kalau dah jatuh ke bawah maksudnya dah boleh buka PPC tanpa sebarang tekanan dalam periuk. Atau kalau nak cepat, gunakan sudip panjang untuk tolak perlahan-lahan tombol ke VENT dan tunggu sehingga pin jatuh barulah buka penutup ya.

Kacang Kuda Rebus guna PPC
Keluarkan kacang kuda yang telah direbus dan toskan sebelum dipindah masuk ke bekas simpanan. Inilah hasil daripada kacang kuda mentah sebanyak 1 kg tadi. Cukup banyak buat kudapan kami berdua selama beberapa hari.

Kacang Kuda Rebus guna PPC
Kacang kuda rebus. Alhamdulillah memuaskan selera. Saya lebih suka makan semasa masih hangat. Kalau dah sejuk boleh panaskan semula dengan cara mengukus atau guna microwave (percikan air supaya kacang tak terlalu kering).

——————————————————————————-

Khasiat kacang kuda pada kesihatan :
  1. Mengawal penyakit kencing manis.
  2. Menghalang obesiti.
  3. Mencegah penyakit kanser.
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  5. Menghalang penyakit hiperkolesterolemia.
  6. Mengawal penyakit tekanan darah tinggi.
  7. Menjaga kesihatan sistem pencernaan.
  8. Menghasilkan kesan estrogenik.
  9. Membantu pesakit anemia.
  10. Menjaga kesihatan kulit.
Terbukti bahawa kacang kuda mengandungi kandungi nutrisi dan berkhasiat pada kesihatan. Kacang kuda berupaya dalam membantu mengurangkan risiko penyakit disebabkan oleh kandungan nutrisi dan komponen istimewa yang dijumpai dalam makanan tersebut.

Sumber dipetik dari laman web The Diagnosa. Bacaan lanjut berkenaan khasiat kacang kuda boleh klik DI SINI ya. Saya cuma kongsikan secara umumnya saja buat pengetahuan dan motivasi untuk kita menjadikan kacang kuda sebagai makanan pilihan. Ianya murah dan mudah dimasak.





17 comments:

  1. Lama tidak makan kacang kuda.
    Banyak juga Puan Ujie beli. Puas kunyah dan makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah terus beli banyak dan terus masak banyak. Senang 😁

      Delete
  2. Sambil-sambil bersantai tepi pantai enak mengunyah kacang kuda.

    ReplyDelete
  3. Oh? Lama jugak nak siapkannya tu...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terasa lama sebab tak payah tunggu dapur. Bunyi beep baru kita pergi dapur.

      Delete
  4. Bolehlah sy cuba nanti... Tq resepinya puan 👍

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum salam kenal sis. Dari Blog Sal membawa ibu kesini. Ibu singgah dan follow sini ya. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam ibu Aqil. Salam kenal, terima kasih sudi singgah & follow 🌹

      Delete
  6. Suka kacang kuda!
    Syoknya ada PPC. Cepat sikit masaknya 😋

    ReplyDelete
  7. Makanan nostalgia ni...
    beli kat bus stand bungkus kon kertas surat khabar..hihihi

    ReplyDelete
  8. Mak saya suka ni, tapi dia suka masak stail tradisional walaupun rumah ada je Noxxa

    ReplyDelete
  9. Sangat suka kacang kuda ini.. Nak kena buat juga nie..

    ReplyDelete
  10. Saya suka makan kacang kuda, buat kudapan memang cukup mengasyikkan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****