[ Catatan kisah hari Jumaat, 13 Januari 2023 ]
Menara Berkembar Petronas (KLCC) terletak tak begitu jauh dari hotel penginapan kami, masih boleh sampai dengan berjalan kaki. Jadinya selepas menikmati makan malam di sebuah tapak food truck berhampiran, kami menuju pula ke KLCC.
Sesekali kita meronda melihat kehidupan malam di hutan batu ni pun seronok juga tau. Berjalan menyusuri laluan pejalan kaki, melewati bangunan-bangunan tinggi, menyaksikan kesibukan aliran trafik dan memerhati gelagat manusia di ibu kota. Kita ambil pengalaman.
Biarlah foto-foto berikut bercerita tentang keindahan malam yang saya saksikan di Menara Berkembar Petronas (KLCC) :
1. Pukul 9.26 malam, jalanan masih sibuk.
2. Antara tempat yang sesuai untuk berfoto dengan latar menara berkembar, iaitu di tempat melintas menuju ke KLCC. Tapi jangan berlama, orang lain nak berfoto juga dan nak melintas jalan. Boleh ikut contoh pasangan di atas cara bagaimana kedudukan subjek dan juru gambar. Saya dah kaburkan mereka berdua, harap tak menjadi kesalahan saya paparkan foto ini di blog.
3. Di sudut atas tangga ini juga antara tempat yang sesuai untuk berfoto dengan latar menara berkembar dan air pancut. Itulah sebabnya ramai orang berkumpul di sini untuk mendapatkan hasil fotografi yang menarik.
4. Selain para pelancong, tempat ini juga menjadi tumpuan orang-orang menjual aksesori/mainan bercahaya. Juga para juru gambar yang berkeliaran menawarkan servis fotografi. Di tangan mereka memegang gimbal (alat penstabil) lengkap dengan telefon bimbit dan reflector (alat memantulkan cahaya kepada subjek). Entah berapa harga servis yang ditawarkan, saya pun tak bertanya walaupun kerap kali disapa oleh para juru gambar ini.
5. Menara Berkembar Petronas berdiri gagah menyerlahkan keindahnya di malam hari.
6. Air pancut yang bertukar warna menambah keindahan suasana malam di sini. Saya bercadang nak ke hujung barisan air pancut ini untuk memotret dari sudut berbeza. Tapi rupanya tepat pukul 10 malam, air pancut ini berakhir. Kalaulah saya tau lebih awal…
7. Suasana malam di sini meriah, pelancong luar dan tempatan sibuk berfoto. Ada juga yang sekadar duduk santai menikmati suasana di bangku-bangku yang tersedia.
8. Foto menara berkembar dirakam dari sudut lebih dekat. Begitu hebat ciptaan manusia dengan akal fikiran anugerah Allah.
9. Saya zoom in kamera untuk memotret puncak menara. Ada kumpulan serangga berterbangan di puncak sana.
10. Pukul 10.33 malam, foto dirakam sewaktu kami dalam perjalanan kembali ke hotel penginapan. Dapatlah juga merakam foto Menara Kuala Lumpur dari kejauhan.
Rakaman video berdurasi 0:26 minit memaparkan suasana di KLCC.
keindahan belantara konkrit..cantik sangat gambar2 tu kak
ReplyDeleteMasyaAllah cantik sangat view waktu malam.
ReplyDeleteSeronoknya acting like a tourist.
cantik gambarnya..
ReplyDeletesaya kalau stress, balik keje, suka duduk tengok fountain warna-warni KLCC ni. Jadilah healing stail orang Kolumpo.
ReplyDeletekamera mahal ni yg buat gambar lebih indah....
ReplyDeleteSekali-sekala melayan suasana pemandangan waktu malam di bandaraya KL memang mengasyikkan. Cantik2 gambar yg Kak Ujie ambik.
ReplyDeletestill the world tallest twin towers kan cikkak ujie tuuuh., ;p
ReplyDeleteCantiknya!
ReplyDeletePandai Ujie ambil gambar.
Ambil gambar jangan ganggu laluan orang ramai.
ReplyDeleteCantik gambar KLCC waktu malam. Gemerlap dengan lampu.
Cantik gambar2 Uji ambik
ReplyDeletekalau lalu memang tumpuan.mata tgk ke atas tu.
kerlipanan cahaya
menarik jika pandai mengambil gambar. Sejak pindahke selangor ni memang tak pernah lagi jejak kaki ke KLCC
ReplyDeleteTersergam indah menara klcc ni . View siang mahupun malam tetap cantik
ReplyDeleteCantik!!! Suka jugak tengok ni kalau sampai sana..hihi
ReplyDeleteSeronok jalan malam kat KL ni ..tak panas & happening kan
ReplyDeletenice shot...mcm2 gaya org nak snap menara berkembar ni, sambil berbaring pun ada...hehe..
ReplyDelete